Monday, December 13, 2010

Kak Limah Oh Kak Limah


Result final exam semester lepas dah keluar.
Alhamdulillah.
Tidak mengecewakan langsung.
Aku ingat dah lama tak sekolah, otak ni dah berkarat.
Tapi tak pon.
Pencapaian masih lagi memberangsangkan, malah lebih baik dari dulu.
Syukur.

Jadi lepas dah tengok result aku pon melayan diri aku untuk menonton wayang.
Lama jugak tak tengok wayang ni.
Last tengok before sibuk sibuk buat final project dulu.
Pastu dah tak tengok dah sampai sekarang.

Cerita yang menjadi pilihan aku adalah citer Kak Limah.
Memang aku tak menyesal pilih cerita Kak Limah ni.
Terbahak-bahak aku gelak dalam wayang tempoh hari.
Memang kelakar habis.
Part seram dia memang boleh tahan seram, part kelakar memang menghiburkan hati.
Jadi memang sangat berpuas hati tengok citer Kak Limah.
Aku syorkan kat kau orang yang belom tengok tu pegi la tengok.
Tak kan menyesal punyalah.
Confirm!

Lagi pulak wayang tempoh hari memang fullhouse.
Penuh gila!
Dah macam tengok citer-citer hollywood pulak.
Double thumbs up to Mamat Khalid
Yeah!
=D

Rating Filem : 9/10

P/S : Kalau sape yang tak tengok citer Zombie Kampung Pisang tu rugi jugak sebab citer Kak Limah ni ader sinambungan dari citer Kampung Pisang tu.

Wednesday, December 8, 2010

Hye Hye Hye


Hi semua.
Semua tu merangkumi followers, silent reader, kawan-kawan, musuh-musuh semua lah.
Selamat bertemu kembali.
Lama betul aku tak bukak belog ni.
Sebabnya sekarang cuti aku dihabiskan dengan membantu pak cik aku handle kedai dia.
Jadi bila dah siang hari aku kerja, malam jadi penat sampai kadang-kadang tu lepas isyak terus lena depan tv.
Betul la cakap mak, nak cari duit bukan senang.
Phew!

P/S : Bila nak banyak duit ni? Da banyak benda aku miss bila pergi window shopping ni. Alahai!

Friday, November 12, 2010

Bye Semua


Esok nak pegi sini.
Bye.

Wednesday, November 10, 2010

Kerja Kerja Kerja.


"Dah cuti ni kerja, jangan nak membongkang jer kat umah"
"Takder nanti nak duit jer"
"Mak bukan cop duit, kalau abah kau keje kat kilang duit mak tak kisah sangat"
"Berape kau nak mak boleh bagi, petik jari jer"

Ni dia kata-kata motivasi dari mak aku.
Suruh aku kerja lah tu cuti sem ni.
Nampak gayanya cuti-cuti ni takder lah nak rehat-rehat kat umah.
Isk Isk Isk.

Tuesday, November 9, 2010

S.e.r.o.n.o.k.


Minggu lepas mungkin minggu paling terbaik sekali sebab aku menghabiskan 3 hari cuti dengan sebaik-baiknya.
Dari jumaat malam sampai ahad petang memang full with activities.
Memang bersesuaian dengan aku yang baru habis final exam and final project.
Release tension la kata orang kan?
Ni catatan ringkas untuk minggu sudah :

Jumaat :
21.00 - Pergi Jusco beli sushi sebab dan lama tak makan and mengidam yang amat.
22.30 - Lepak ber'picnic' dekat mapley sebab si dia datang membawa bekal dan Zambri Latip join sekali. Ajak jugak Helmy Nur Firdaus tapi dia kata dia busy.
00.30 - Tgk Unstoppable and menarik dan agak suspen cerita dia. Aku boleh bagi 8/10 dan cerita ni tak silap aku mengingatkan balik cerita Speed.

Sabtu :
10.00 - Breakfast dengan si dia. Dah lama tak breakfast dengan dia jadi memang banyak yang dibebel oleh si dia.
12.00 - Off to Desa Waterpark. Ikutkan plan nak pergi Wetworld sini jer tapi ramai yang amat jadi plan A terpaksa dibatalkan.
18.00 - Sumpah seronok mandi manda. Best giler weih! Rating keseronokan memang aku bagi 10/10 and rating tempat aku bagi 8/10. Shockwave memang terbs and Thunderbolt pon boleh tahan jugak. As a result kulit aku dan si dia terbakar. Wahaha. =D
20.00 - Makan asam laksa dekat Jusco Mid Valley. Malas nak cakap aper sebab memang sedap.
21.30 - Movie time again. Kali ni tengok Life As We Know It. Rating movie ni 9/10. Kelakar, sedih, gembira, marah, bengang, geli hati semua bercampur aduk. Cerita yang best dan aku recommend untuk kau orang pergi tengok cerita ni.

Ahad :
12.00 - Pekena ABC dengan Lychee Kang seksyen 2. Memang superb!
14.00 - Jalan-jalan cari pasal dekat IKEA. Nak cari barang untuk decorate bilik. Memang rambang mata weih.
16.00 - Meatball, Cheese Sandwish, Chicken Wings menu untuk petang tu. Thumbs Up! =D

Jadi secara kesimpulannya memang sangat best minggu lepas.
Yeah!

Monday, November 1, 2010

Happy Holiday For Me (Yeay!)


Yeay!
Alhamdulillah, everything sudah selesai.
Final exam sudah, final project pon sudah.
Yang belum hanya presentation untuk final project.
It is this coming wednesday and i've not even prepared yet.
OMG, sigh!

So, after that i've been free for the whole two month straight.
And of cause i wanna sleep all day long to recharge my battery.
Then after that i'll planned other stuff.
Should i get a part time job or should i just goyang kaki dekat rumah or should i go for trip or else?
And the answer is i dunno it yet.
I'll think about it later.
So, i'm going to continue to tido which is sudah lebih kurang 3 minggu tak cukup tido.
Ciao.

P/S : See ya in my dream.

Friday, October 22, 2010

Kenapa Macam Ni?


Kenapa bila pergi kedai melayu ada saja slack.
Mesti ada macam-macam problem.
Kenapa jadi macam ni eh?
Kenapa kalau pergi kedai bukan melayu layanan bagus jer (tak ada lah bagus sangat tapi kalau compare dengan kedai melayu tu memang ketara lah kan?)
Entah.
Aku pun tak tau.
Sama-samalah kita fikir-fikirkan.

P/S : Benda ni buat aku terfikir banyak kali bila pergi kedai melayu sebab dah banyak kali kena dekat aku. Aku rasa kau orang pun sama dengan jer dengan aku kan? Haih.

Tuesday, October 19, 2010

Dia Datang.


Tadi pagi aku bergegas ke fakulti untuk menghantar assignment last semester ni.
Lepas aku hantar terus aku menuju ke kelas part 8.
Kelas final sarjana muda senibina landskap.
Sebab ada presentation mock-up design.

Tujuan aku satu jer,
Nak melihat sendiri hasil kerja budak-budak final.
Sambil-sambil tu boleh jugak cedok-cedok idea untuk diselitkan dalam design aku nanti.
Dalam aku melihat presentation tu, memang banyak yang input yang aku dapat.
Memang tak rugi aku luangkan masa selama 3 jam untuk melihat dan mendengar komen-komen dari lecturer.
Dari situ ia boleh aku jadikan guideline untuk aku tidak buat mistake untuk final presentation aku this coming november.
Balik dari presentation tu terus idea aku mencurah-curah ke ladang gandum.
Memang terbaik habislah.
Yeah!

P/S : Confident sikit nak present biler tengok budak-budak final tadi. Heh!

Sunday, October 17, 2010

'This Final Exam Is Killing Me Softly'


Sekarang ni musim peperiksaan.
Esok dah masuk study week.
Bagi aku memang istilah study week tiada langsung pun.
Sebab busy dengan final project jer ni.
Paper untuk final exam pun hanya dua paper jer.
Tapi killer paper lah, kalau tak study memang tak boleh nak score.

Diam tak diam, sudah satu semester aku dekat uitm ni.
Hish! dah satu semester lepas dah.
Kejap betol masa berlalu sekarang ni.
Rasa-rasanya untuk semester ni aku yakin dapat pointer lagi cun dari diploma dulu.
Sebab aku kurang main sekarang ni.
Mungkin sebab dah tua dah kot?
Haha =D

P/S : Wish me luck for my final exam and my final presentation alrite fellas.

Wednesday, October 13, 2010

Kesedaran Sivik


Tadi lepas kelas, aku ke library.
Buat sikit research untuk subject Urban Design.
Memang kat library tu banyak idea yang aku dapat.
Siap jugak 3 sketches dalam masa 3 jam.
Alhamdulillah.

Tapi ada jugak perangai manusia ni yang buat aku pelik.
Dah tau library tu tempat orang nak baca buku, study, etc.
Tapi aku tengok ada si manusia ni dengan selambanya membuat onar dengar berborak bersama si manusia yang lain dengan begitu kuat dan rancak lagi.
Aku jadi pelik sebab aku rasa aku kat dalam library tapi kenapa dia punya bising tu macam kat pasar malam?
Lepas tu pulak, ada si manusia ni menjawab phone dengan kuatnya jugak macam dia seorang yang ada phone.

Aduhai.
Dulu kat sekolah cikgu tak ajar ke bila masuk dalam library tu kena senyap.
Ke memang kau orang tak reti bahasa?
Tapi kalau ikutkan, masing-masing belajar dah tinggi.
Takkan tak paham bahasa kot?
Aduh, aku pun tak paham dengan perangai kau orang ni.
Tolonglah jaga adab tu sikit.
Tak rugi pun kalau kita ada sikit civic minded.
Kan?

P/S : Aku tengok kebanyakan manusia di Lembah Kelang ni memang civic minded kurang. Kenapalah eh agaknya?

Tuesday, October 12, 2010

Ulangtahun Yang Pertama. Yeah!


Sedar tak sedar rupa-rupanya dah setahun aku ber-blogging.
Macam tak percaya pulak.
Iye lah, mana nak percaya.
Dulu buat blog ni pun hanya suka-suka dan ikut-ikutan sahaja.
Sebab aku buat blog dulu memang sebab aku terpengaruh dengan kawan-kawan.
Tengok dia orang semua asyik mengadap laptop masing masing ber-blogging membuatkan aku sedikit curious pada awalnya.

Mula-mula memang aku tak nak ber-blogging ni.
Tapi bila aku mula baca blog kawan-kawan : Affnierously dan Asrul Hadi terutamanya ; tu yang buatkan aku terpengaruh untuk menulis.
Memang pada ketika tu aku bodoh bodoh lagi.
Nak tulis entri pun tiada idea.
Kebanyakan entri yang aku tulis pada awal-awal pembabitan mem-blog ni memang kelakar.

Bila baca-baca balik memang aku tergelak sakan.
'Bongok jugak aku ni dulu-dulu'
Tapi tu dulu lah, masa awal-awal dulu.
Sekarang ni pun aku rasa entri aku pun tiada isi dan motif nak bercerita pun.
Tapi sekurang-kurangnya ada jugak idea dan berlainan dari entri aku awal-awal dulu.

Memang blog aku ni kau orang akan jarang baca kisah-kisah peribadi aku.
Sebab?
Memang aku tak minat nak jaja kisah peribadi aku.
Lagi pun aku bukannya artis atau selebriti yang nakkan populariti.
Jadi, apa yang aku cerita dan tulis dalam blog aku ni semuanya berkisarkan tentang pengalaman hidup aku dan isu-isu semasa yang aku rasa boleh dikongsikan dengan kau orang.
Dan, blog aku ni jugak simple.
Dari dulu awal awal sampai sekarang memang sama jer layout tu.
Memang aku ni bukan jenis yang nak fancy fancy tu semua.
Bagi aku cukup sekadar berkongsi cerita.

Jadi, untuk setahun ni aku rasa aku dah banyak achieve benda-benda yang aku tak jangka.
Dan setahun ni jugak, banyak benda yang jadi kat aku.
Benda baik dan buruk.
Kepada yang sudi singgah dan baca bebelan aku ni, aku ucapkan terima kasih banyak dan jangan bosan nak singgah dan baca.
Dan kepada follower yang aku dah anggap macam kawan-kawan aku, terima kasih banyak jugak dan blog-blog kau orang pun best jugak.
Yeah!

Friday, October 8, 2010

Malas Yang Amat.


Yeah!
Keadaan sudah semakin reda sekarang.
Assignment pun da semakin sikit.
Jadi adalah ruang untuk aku relex-relex meng-online-kan diri ni.
Kalau tak jangan haraplah nak mengadap internet ni.
Ini pun kejap jer nak mengadap pon sebab nak sambung study balik lepas ni.

Haaa!
"Mohammad Al-Aiman study?"
"Gila tak percaya weih!''
"Aiman tu gurau jer tu"

Haa, tu semua antara suara-suara sumbang kawan-kawan aku bila dia orang nak ajak aku lepak malam ni tapi aku tolak pelawaan mereka.
Sebab?
Aku nak study 3rd language aku ni haa.
Esok ada test, 2 test aku nak mengadap esok.
Oral test and writing test.
Phewwww!

Cuak jugak, tapi bak kata buah hati aku ; "Relex sudey, study and jawab dengan tenang jer. Insyaallah boleh"
Lebih kurang macam tu lah dia punya kata-kata perangsang.
Aku dengar jer lah.

Okey, aku nak chow.
Next time sambung merapu meraban lagi.
Nak start study ni.
Italiano oh italiano!

P/S : Wish me luck for tomorrow guys! yeah!

Tuesday, October 5, 2010

Rindu Main Benda Ni.

Dulu sanggup pergi pasar malam beli benda ni.
Satu brick game sepuluh ringgit sekali dengan bateri.
Lepas tu main sampai jahanam.
Tapi main benda ni memang tak boring sebab selalu battle dengan kawan-kawan siapa yang dapat highest score.
Memang nostalgia bila ingat-ingat balik.

Saturday, September 18, 2010

Rutin Harian.


Semalam macam biasa, membuat assignment sambil bermain internet.
Alahai.
Biasalah tu, kau orang pun sama dengan jugak kan?
Jadi dalam google-google tu, aku terjumpa benda ni.
Haa.
Ni aku tujukan kata kau orang - kau orang yang gila fesbuk tu.
24/7 mengadap benda tu tak boring ke weih?

Sunday, September 12, 2010

S.e.l.a.m.a.t.h.a.r.i.r.a.y.a.s.e.m.u.a.


Yeah!
Selamat beraya semua.
Bermaafanlah kita semua hendaknya.

Moga-moga lebaran kali ini lebih bermakna.
Amin! =)

Saturday, August 28, 2010

Tiga Dimensi.


Disebabkan sudah lama tidak me-manja-kan diri untuk menonton wayang, jadi aku pun pergi jugak semalam.
Cerita yang menjadi pilihan adalah Step Up 3D.
Yeah!
Ni first time aku tengok wayang in 3D.
Gila loser baru first time tengok 3D.
Tapi apa ada hal, janji dapat jugak aku tengok daripada tak dapat langsung.
Tak gitu?

Berbalik pada cerita Step Up tadi.
Aku sekuel Step Up ni tak habis tengok pun lagi.
Step Up yang first tengok sekerat jalan, Step Up yang kedua langsung tak tengok.
Jadi aku agak agak takut jugaklah kalau kalau Step Up 3 ni tiba-tiba tengok aku terlopong sebab tak faham.

Sepanjang tengok cerita ni memang buat aku kagum jugaklah dengan teknologi sekarang ni.
Mamang jaw dropped to the floor la orang putih akan cakap.
Tiga dimensi tu buat cerita ni lagi hidup sebab kau orang pun tau lah kan cerita cerita menari-nari ni memang kalau in 3D memang cun habis.
Aku pun sarankan jugaklah kau orang yang belum tengok tu pergi tengok.
Memang aku terhibur habis dan dapat release tension aku ni kejap.
Keluar jer wayang memang aku dah terkinja-kinja terpengaruh dengan tarian-tarian dalam cerita tu =D

Rating Filem : 8.5/10

Wednesday, August 25, 2010

Its Been A While.


Whoa!
Sudah agak lama tidak meng-update-kan blog aku ni.
Rasa macam kosong pulak blog ni bila sudah lama tidak update.
Semenjak sudah sambung belajar balik ni, memang masa untuk meng-update-kan blog sangat terhad.
Assignment memang berlambak sampai nak pergi berhibur pun terfikir dua tiga kali sebab takut kerja tak dapat settle.
Sekarang ni memang tiada idea untuk post entry baru.
Banyak yang nak aku cerita sebenarnya sebab banyak perkara baru berlaku sepanjang sebulan lebih yang lepas.
Jangan risau, aku akan ceritakan sedikit sebanyak kemudian okey?
Apa-apa pun sempena ramadhan ni, aku nak ucapkan 'Salam Ramadhan' untuk semua followers, kawan-kawan dan silent reader sekalian.
Mudah-mudahan ramadhan kali ni kita dapat banyak manfaat dan kelebihan.

P/S : Gila rindu nak ber-blogging macam dulu dulu weih!

Thursday, July 15, 2010

Back To School.


Tiada apa nak update sebenarnya.
Sebab sekarang aku sudah sambung belajar balik.
Dunia pekerjaan semua aku tinggalkan demi untuk meneruskan impian aku untuk belajar hingga ke menara gading (chewah!)
Jadi memang lumrah, kalau dah start kelas memang confirm assignment melambak.
Sampai satu tahap tu aku rasa macam rugi pulak berhenti kerja sebab masa untuk berehat tu sudah kurang.
Tapi itu mungkin permainan fikiran aku ni.
Jadi aku tidak akan mudah mengalah.
Insyaallah Julai 2012 aku tamat belajar.
Doa-doa kan kejayaan dan kesejahteraan aku ya kawan-kawan.

Sunday, July 4, 2010

Over-Confident.


Semalam lepak tengok bola dengan budak budak rumah.
Tengok game Netherland v Brasil.
Memang ramai yang menjangkakan Brasil akan membenam Netherland.
Tapi keputusan yang sebaliknya berlaku.

Memang gamat habis satu kedai mamak tu.
Kebanyakan yang pakai jersey warna kuning (jersey team Brasil la tu) semua kecewa.
Ada jugak yang kena kutuk.
Biasalah kalau kena kutuk tu, memang adat tengok bola.
Kalau tak tahan kutuk, balik rumah tengok Spongebob lah kan?

Masa ulang tayang gol pasukan Brasil tu, ada seorang mamat ni dengan confident menjerit.
'Haaaa!! tunjuklah lagi reply tu. Kasi tengok hebat tak hebat Brasil tu!
Amboi, selamba betul mamat tu sound.
Dengan suara yang kuat dan berkali-kali dia menjerit 'Reply lagi reply lagi'
Semua yang ada dekat dengan mamat tu terdiam sambil menjeling mamat tu.

'Bro, bukan reply la, replay'
Mamat tu terdiam tercengang.
'Reply tu balas sms dekat awek kau'
Terus mamat tu duduk diam diam.
Aku hanya senyum sinis.
Lain kali jangan confident sangat bro. Ahaha =D

P/S : Semua team pilihan nak julang piala dah balik kampung. Mungkin ada harapan Sepanyol nak jadi juara dunia lepas ni. Mungkin.

Sunday, June 27, 2010

Munajat Seorang Hamba.


Menangis aku dengar album Hijjaz - Pelita Hidup tadi.
Lirik dia buatkan air mata ni mengalir.
Memang terbaik lirik-lirik dia tu.
Kalau kau orang berani pergi dengar sekarang.

P/S : Dulu time sekolah rendah aku pernah ber-khemah ibadah dengan kumpulan Hijjaz ni. Ada masa aku upload gambar aku time khemah ibadah tu nanti.

Monday, June 21, 2010

A To Z.


Cerita yang paling aku tunggu-tunggu akhirnya dapat aku tengok semalam.
Remake balik cerita klasik tahun 1983.
Dulu masa kecik-kecik memang aku selalu jugak tengok cerita ni.
Disebabkan aku minat dengan G.I Joe, abah aku bagi aku layan cerita ni sekali.
Dia cakap kalau minat G.I Joe, mesti minat cerita ni.
Memang recommendation abah tu berbaloi.

Agak teruja kot kalau tengok time kecik-kecik dulu.
Cerita yang mengisahkan tentang pasukan khas askar amerika yang mempunyai kepandaian dan kebolehan pada setiap anggota kumpulan.
Kalau dah habis tengok aku dengan adik-adik lelaki aku terus ambil senapang yang beli kat pasar malam tu terus pergi main perang perang.
Sampai mak aku nak aku adik beradik jadi askar sebab tengok gelagat kita orang main perang perang tu.
Punya semangat habis lah.

Tu cerita dulu, tapi bila ingat ingat balik memang kelakar.
Okey, tengok A-Team semalam memang berbaloi.
Dari tahun 2008 aku dengar nak buat remake cerita ni.
Bila dah dapat tahu yang 2010 akan premier cerita ni, terus buatkan aku bertambah teruja.
Cerita ni dari awal sampai ke habis penuh dengan aksi.
Jalan cerita dan plot yang berlainan dari cerita cerita aksar amerika yang biasa kita tengok.
Ditambah dengan perangai sorang sorang watak dalam cerita tu yang ada sifat tersendiri dan sedikit humor yang diselitkan di dalam cerita membuatkan cerita ni tak bosan.
Memang puas tengok.
Kalau ada peluang, memang aku nak pergi tengok lagi sekali.
Siapa mahu ikut?

Rating Filem : 8/10

Wednesday, June 16, 2010

Viva La EspaƱa.


Mi equipo favorito son EspaƱa
Sekarang ni tengah mood World Cup.
Jadi waktu di malam hari aku sepanjang bulan ni hanya dihabiskan dengan menghadap peti televisyen bersama rakan-rakan menonton game bola.
Mungkin blog ni akan jarang untuk di-update-kan.
(Tak kisah pon sebab bukan ada orang nak baca pun kan?)
Jadi mungkin kalau rajin aku update nanti.
Selamat ber-World Cup lah kita eh?

Thursday, June 10, 2010

The Sands Of Time.


Dulu-dulu masa time sekolah memang ketagih habis main game dia.
Satu hari akan menghadap 5-6 jam depan tv sampai kena sebat baru nak off PS One tu.
Iya lah, mana tak ketagih kan?
Nak completekan stage dia tu yang buat kita ketagih disamping jalan cerita permainan tu sendiri memang menarik.
Itu cerita dulu time budak budak dulu.

Ini sekarang keluar pulak cerita dia.
Manalah tak excited kan?
Game pun dah buat aku ketagih ni kan cerita pulak dah keluar.
Memang confirm kena tengoklah kan?

Memang aku tak boleh nak cakap apa-apa.
Time tengok movie ni aku memang diam menghayati jalan cerita dia.
Jalan cerita yang penuh unpredictable.
Plot cerita memang paling best untuk setakat ni.
Dari awal hingga habis cerita, memanjang action scene saja.
Itu yang buatkan aku terhibur.
Amat berbaloi untuk setiap ringgit dan sen yang aku labur.

Rating Filem : 9/10

P/S : Confirm akan download dan repeat tengok balik ni.

Monday, June 7, 2010

Lepak-Lepak Warung Kampung.










Malam tadi lepak dekat sempadan Sepang/Putrajaya.
Port lepak ni belum pernah aku singgah lagi.
Baru tau sebab tempoh hari ingin ke Sepang lalu jalan kampung ni yang konon shortcut dari Putrajaya.
Sekali terperasan satu warung yang agak meriah suasananya.
Itu yang terfikir untuk lepak situ malam tadi.

Kalau lepak bersama-sama Ashraf Zaidon, Ahmad Azam, Azraii Abdul Hamid dan Khairil Amri kalau tak bergosip memang tak sah.
Lepak malam tadi memang best juga.
Sambil lepak minum boleh tengok pengunjung lain ber-karaoke.
Even bersuara sumbang pun, kita orang tetap terhibur.
Layankan sajalah.
Boleh buat bahan jugak time sembang kan?

Menu malam tadi kita orang hanya pilih yang ringan-ringan.
Sekadar untuk alas perut saja.
Menu : Spaghetti Beff Bolognese, Chicken Grilled, Chicken Sandwish, Fruit Juice.
Untuk makan tu aku recommend dekat Chicken Sandwish sebab agak sedap juga.
Yang lain hanya biasa biasa.
Tapi tu selera aku lah, kalau selera kau orang tak tau macam mana pulak kan?

Rating : 7.5/10

P/S : Next time lepak nak try karaoke pulak. Macam syiok jer tengok dia orang karaoke atas pentas tu..=D

Wednesday, June 2, 2010

Klik, Klik, Klik!











Dua minggu lepas, aku telah berguru dengan salah seorang kawan aku yang mahir dalam bidang fotografi.
Hujung minggu bersama beliau dan kawan kawan lain memang best.
Beliau sedikit sebanyak mengajar aku selok belok bagaimana untuk menangkap gambar menggunakan DSLR.
Aku yang memang minat dengan benda ni agak bersemangat jugaklah untuk belajar.
24/7 asyik dengan kamera saja.
Nak belajarlah katakan.

Di atas adalah antara gambar gambar yang aku tangkap.
Aku masih baru lagi dalam bidang ni jadi agak kaku gambar gambar kat atas ni.
Tak apa, budak baru belajar.
Apa ada hal kan?
Mungkin dalam tempoh masa 2-3 tahun lagi aku akan jadi expert dalam bidang ni kot?
Harap kawan kawan seperti Amir Fahrizat, Ahmad Faridrul Lizan, Musalizan dan Dalila Diyana dapat membantu aku dalam bidang ni.
Tapi memang agak ketagih dan seronok jugak menangkap gambar ni rupanya.

P/S : Ahmad Faridrul Lizan : Sila komen dan bagi pandangan membina ya! =D

Friday, May 28, 2010

The Third.


Setelah sekian lama nak pergi tengok movie, akhirnya tercapai jugak hajat nak pergi semalam.
Tengok Shrek 3 dimana kalau siapa yang dah tengok Shrek 1 & 2 wajib tengok Shrek 3 ni.
Sebabnya cerita Shrek 3 ni ada banyak sinambungan dari cerita Shrek 1 & 2 tu.
Aku memang agak excited nak tengok cerita ni sebenarnya.
Iya lah, nak tau jugak ending cerita dia sebab dulu tengok Shrek 2 ingat dah abis dah rupanya ada lagi.

Sepanjang cerita memang aku tergelak habis.
Masih lagi maintain dia punya lawak jenaka.
Si Donkey dengan Si Puss tu memang sidekick yang kelakar buat Shrek.
Tapi dalam kelakar kelakar tu ada jugak moment sedih sedih.
Sedih sedih tapi aku bantai gelak jugak sebab tak boleh tahan kelakar weih.
Plot cerita menarik dengan satu dua plot yang dapat jugak tackle kita punya feeling tu.
Grafik pun semakin mantap jugak.
Untuk yang sukakan jenaka Shrek dan kawan kawan tu aku syorkan pergilah tengok.
Boleh jugak release-release tension kan?

Rating Filem : 8/10

P/S : Si Puss tu makin comel pulak dalam cerita Shrek 3 ni. Ahaha =D

Friday, May 21, 2010

Laughter Is The Best Medicine.




Jangan tanya mana aku dapat gambar ni.
Tapi gambar ni memang buat aku tergelak-gelak seharian.
Apa punya fashion lah bergambar macam ni.
Yang paling terbaik tu gambar dengan Rani Mukherjee tu.
Peh, kalau bagi orang kampung tengok memang bangga habis lah.
Tak dapat bergambar dengan artis betul gambar macam ni pun boleh.
Memang bright up my day la weih! =D

P/S : Affnie : Tak nak bergambar dengan Remy Ishak ke Fahrin Ahmad ke macam gambar atas ni? Ahaks! =D

Monday, May 17, 2010

Aktiviti Hujung Minggu.











Sudah seminggu tidak meng-update-kan blog ni.
Beberapa keadaan tidak mengizinkan aku untuk update sebenarnya (ceh, alasan!)
Okey, kaki aku sudah sembuh tapi tidak sepenuhnya.
Masih lagi terasa kebas dan lenguh tapi yang bestnya sudah boleh memandu kembali.
Jadi tiada lagi alasan untuk aku tidak keluar meng-enjoy-kan diri.
Sebab sudah 4 bulan duduk terperap dalam rumah memang bosan amat oh!

Hujung minggu adalah hari aku lepak bersama kawan-kawan.
Sabtu aku lepak sambil tengok show Bane (tak tahu sila google)
Lama gila aku tidak lepak tengok show since last November.
Jadi show Bane semalam memang puas dan terbaik.
Dapat tengok band kawan-kawan bermain memang best.
Sabtu memang enjoy.

Ahad aku lepak Shah Alam bersama kawan-kawan diploma dulu.
Keluar melepak bersama Affnierously, Wawan dengan Raffiuddin Roslan memang syiok!
Banyak gila benda nak catch-up balik dengan dia orang ni sebab masing-masing sudah balik ke kampung halaman.
Chances untuk melepak tu memang tak ada lah kan?
Dia orang datang Shah Alam pun sebab ada raptai konvo.
Jadi kesempatan ini tidaklah dilepaskan begitu jer kan?
Melepak bersembang dengan mereka memang mengembalikan memori balik.
Oh, rindu pulak zaman-zaman belajar dulu.

P/S : Kepada kawan-kawan diploma : Tahniah sebab dah habis belajar apa semua tu dan selamat menempuh alam pekerjaan. Nanti aku nak collect kat semua orang mintak belanja. =D