Thursday, December 31, 2009

Yeah.Yeah.Yeah II










Best times ever.

Wednesday, December 30, 2009

Yeah.Yeah.Yeah.




One Down More To Come.
I'm wonder who's next?
Can't wait!
=D

Tuesday, December 29, 2009

Time Is Running Out.


Masa Itu Emas.

Tik.
Tok.
Tik.
Tok.

Lagi beberapa hari untuk menuju ke tahun 2010.
Masa sekarang berjalan dengan begitu pantas.
Sedar tidak sedar, sudah 22 tahun aku hidup di muka bumi ni.
Aduh!
Banyak lagi benda yang belum aku dapat buat.

Thursday, December 24, 2009

Trendy.Trendy.


Muka Buku.

Semalam sekali lagi aktiviti membunuh masa dengan melepakkan diri di rastoran mamak berjalan.
Sembang punya sembang, dengan tiba-tiba aku diajukan dengan soalan ini.

"Eh, tak cool la kau tiada facebook."

Aku jawab ringkas.
"Mak dengan bapak kau pun tak cool la sebab tiada facebook juga kan?"

Bukan ingin menghina atau apa.
Apa masalahnya kalau tiada facebook?

Tuesday, December 22, 2009

Kecantikan Dan Rupa.


Cantik bahasa, cantik rupa paras.

Semasa bersembang bersama rakan kelmarin, aku terpikir juga beberapa perkara.
Dalam banyak-banyak topik yang dibincangkan secara sihat adalah antara rupa paras dan budi pekerti.
Apa yang dapat aku simpulkan semasa dan selepas perbincangan sihat (ok ok, tidak berapa nak sihat kerana beberapa orang rakan terlibat dengan aktiviti merokok dan perbincangan berlaku dalam keadaan berasap sentiasa) tersebut adalah :

1. Rupa paras = ok, Budi pekerti = tidak ok adalah bersamaan dengan tidak ok
2. Rupa paras = tidak ok, Budi pekerti = ok adalah bersamaan dengan ok
3. Rupa paras = ok, Budi pekerti = ok bersamaan dengan bonus!

Ya.
Memang ramai akan memilih pilihan no. 3 tu.
Tetapi bagi aku pilihan no. 2 pun ok juga.
Tidak guna kalau rupa paras menarik tetapi budi pekerti tidak cantik.
Betul lah kata-kata mak :
"Nak pilih calon hidup ni rupa paras tidak penting, yang penting budi pekerti"
Tambah mak lagi :
"Kalau dapat yang cantik manis tu dah kira bonus dah"
Cakap mak ni memang selalunya betul.

Monday, December 21, 2009

R.E.S.P.E.C.T.


"If You Respect Us, We'll Respect You Back"

Memetik lirik lagu dari Kids On The Move.
Aku tidak gemar sangat dengan orang yang tidak tahu nak hormat orang lain.
Benda ni mesti berlaku pada anda kan?
Tidak kira tua atau muda.
Kita mesti hormat antara satu sama lain.
Tapi kalau yang tua pun tidak menunjukkan contoh yang baik, pun tiada guna.

Seperti di pejabat tempat kerja aku, ada makhluk tuhan ni yang memang tidak tahu ingin hormati orang :
1. Orang lain dengar lagu, dia pun ingin dengar juga tapi kalau nak dengar lagu pun, buka lah volume tu cukup untuk kau dengar seorang.
Tidak perlu nak buka sampai satu ofice dengar lagu kau tu.
Sungguh annoying la.
2. Kalau bercakap melalui telepon tu mesti nak kuat. Haduih! Tidak perlu lah cakap kuat-kuat kan? Macamlah orang lain nak dengar kau bersembang.

Tolonglah.
Kenapa perlu perangai macam ni?
Bukannya kau tu muda lagi, dah tua dah pun.
Berilah contoh pada yang muda.
Kalau tidak macam mana yang muda nak ikut kalau yang tua perangai tidak elok.
Kepimpinan melalui teladan.
"Lain aku tidak marah tapi perangai tu"

Thursday, December 17, 2009

Al-Arabia







Selera Oasis.

Makan tengahari lain daripada kebiasaan memang syok.
Hari-hari makan nasi campur dengan air sirap pun boring juga kan?
Sesekali ubah selera tiada salahnya.

Tempoh hari, waktu rehat tengahari rakan-rakan ajak makan.
Sebenarnya tiada mood ingin makan tengahari tetapi disebabkan oleh rakan-rakan yang ingin membelanjakan diri aku ni, jadi aku tiada masalah.
Ikut sahaja.
Orang memberi, kita menerima.
Chewah!

Pertama kali untuk makan menu arab di waktu tengahari ini.
Jadi aku memilih 'Chicken Shawarma' serta 'Punch Fruit'.
Rakan-rakan lain memilih 'Beriyani Arab' dan 'Chiken Kebab'.
"Beriyani Arab' dekat sini memang champion.
Boleh kongsi 2-3 orang makan.
Sebab banyak sangat.
Lain-lain menu pun menarik juga, lain hari datang boleh cuba.

Restoran Pilihan : Cafe Palma, Nilai.
Rating : 8/10

Monday, December 14, 2009

Berita Lama II.


Hairan Metro.

Merujuk kembali kepada entri aku yang lalu bertajuk 'Berita Lama'.
Tempoh hari aku 'terbaca' satu artikel dari akhbar Harian Metro (atau lebih dikenali Hairan Metro)
Artikel yang pada aku sungguh mengarut kerana terang-terangan menipu dan 'mengencing' pembaca.
Adakah ia satu perancangan atau kesilapan?
Entahlah.

Bukti : Rujuk gambar di atas serta sila baca berulang kali.

Thursday, December 10, 2009

Night Market.







Pasar Malam.

Sudah lama tidak mengunjungi pasar malam.
Jadi, aku mengambil keputusan untuk singgah ke pasar malam berhampiran rumah.
Keadaan yang tidak banyak bezanya dengan pasar-pasar di tempat yang lain.
Cuma yang menariknya pasar malam berhampiran rumah aku ini adalah kepelbagaian juadah dan makanan serta orang berbilang kaum.
Meriah sangat.
Terhibur juga dengan gelagat-gelagat mereka yang mengunjungi pasar malam.

1. Mat Rempit
Dengan baju kemeja tuck-in, seluar jeans fit kaki bawah kecil, topi baseball dan berkaca mata gelap pada malam hari.
Wtf?
Nampak ke pakai kaca mata gelap malam-malam ni bro?

2. Mat Bangla
Semua mat-mat bangla yang mengunjungi pasar malam ni cuma satu tujuan sahaja iaitu membeli barang dapur.
Kalah makcik-makcik.
Beli bawang, cili, sayur-sayuran, ubi kentang semuanya ber'plastik' beg besar.
Sekali beli memang banyak.
Amboi.
Meriah.

3. Mat dan Minah Indon.
Ya, tidak dinafikan yang mungkin majoriti pengunjung pasar malam dekat rumah aku ni memang kebanyakkannya mat/minah indon.
Yang peliknya, cara berpakaian ke pasar malam seperti mahu ke bandar.
Haih.
Tapi bila singgah ke gerai bakso memang berpusu-pusu lah mereka-meraka ni.
Memang sesak dibuatnya gerai bakso tu.
Terfikir juga kalau buka gerai bakso mesti 'masyuk' ni.
=D

Akibat dari tidak tahan dengan bau-bau makanan sepanjang berjalan, tanpa berlengah terus aku membeli beberapa juadah.
(Rujuk gambar di atas)

Teringat zaman-zaman belajar dulu.
Membeli juadah di pasar malam Seksyen 7 bersama miss Affnie, Asrul Hadi dan Faridrul.
Beli macam-macam lepas tu membazir.
Nasib baik masa tu duduk studio, jadi ada lah orang yang akan menghabiskan lebihan makanan.
Akibat terikutkan nafsu makan sangat.
=D

P/S : Nasi Kerabu dengan Popiah dia memang terbaik dari ladang. Belum cuba, belum tahu.

Tuesday, December 8, 2009

Slick Shoe.


New Shoe On Board.

Yeay!
Kasut baru sudah sampai.
Rasa berbunga hati ini.
Sweet.

P/S : Baru perasan yang kasut ini warna hitam.

Wednesday, December 2, 2009

Hitam Itu Menawan.


Men In Black

Tidak tahu lah kenapa aku ni suka sangat dengan warna hitam.
Semua benda pun nak warna hitam.
Kulit pun hitam.
=D

Tapi orang cakap lah, bukan aku yang cakap.
'Hitam itu menawan'
Entah betul atau tidak.
(Tapi mungkin betul juga sebab ingat lagi iklan rokok Perilly's?)

Sepanjang perjalanan hidup aku ni, memang aku suka warna hitam selain biru dan hijau.
Sampaikan dulu zaman sekolah rendah waktu sports day, aku sampai fikirkan..
'I think there must be rumah hitam somewhere?'
Gila mengarut kan?
=D
Tapi memang warna hitam style lah kan?

Memang sekarang dalam hidup aku semua pun warna hitam.
Tidak percaya?
This is the proof :
Kereta warna hitam (sweet livin da viva loca!) - checked!
T-Shirt hitam (almost all of my t-shirt hitam okey) - checked!
Jeans hitam (kudos to my black topman jeans) - checked!
Short dan cargo pants (my fave Dockers short pants) - checked!
Kasut hitam (Nike sb, Nike dunk, Garvis slip on, Converse all star - gila banyak kasut!) - checked!
Blackberry Bold (Oh, Yeah!) - checked!
Layout blog (pun warna hitam juga!) - checked!
and one more thing yang paling aku suka...
Kulit aku (gila gelap kulit aku ni tapi tidak kisah langsung sebab as all of my relatives, friends and my buah hati would say - hitam itu menawan!, so wtf kan?) - checked!
=D

So, yeah!
Black are ruined my life rite now!
And i love that.
=D

Beginning A New Chapter.


New Faces, New Attitude But More Cursing Than Ever.

Sweet eh tajuk di atas.
Sekarang tajuk blog sudah ditukar.
Ini tajuk blog dan link yang baru :

Bebelan Kosong Mohammad Al-Aiman.
http://mohammadalaimanrock.blogspot.com

Harap maklum ya rakan-rakan.
=)

Tuesday, December 1, 2009

Sila Tambah Kuih Tu...





Minum Petang.

Waktu kerja kalau dapat minum petang memang syok.
Jangan salah sangka.
Bukan bermaksud mahu mencuri tulang.
Tetapi setelah seharian bekerja, mesti ingin berehat sebentar bukan?
Letih kalau sudah lebih kurang 8 jam duduk di depan komputer.
Pening kepala.
Sakit mata.
Boleh mereng dibuatnya.

Jadi, berehatlah sebentar.
Lagi-lagi sambil minum nescafe panas dan kuih muih.
Syok!

Monday, November 30, 2009

Bercanda Di Ibu Kota















Aktiviti Malam Minggu.

Niat di hati ingin menonton wayang gambar di Cineleisure, tetapi ketiadaan tiket akibat suasana dan sambutan luar biasa muda-mudi di sekitar lembah klang telah mencacatkan sedikit sebanyak aktiviti malam minggu kami.
Jadi dengan sebulat suara, kami berlima bersetuju untuk terus menuju ke Kampung Baru.
Tidak lain tidak bukan.
Untuk makan.

Suasana mendamaikan dengan sesekali kesejukan malam telah membuatkan bulu roma tangan berdiri dengan megah.
Santai dengan menjamu selera di dalam dek kapal.
Seperti menjamah hidangan di tengah lautan.
Tambahan pula dengan hujan renyai-ranyai.
Memang berselera sekali.

Selepas makan, aktiviti bergambar serta berjalan menjelajahi segenap pelusuk ibu kota kuala lumpur pada jam 2.30 pagi sambil melihat gelagat warga kota.
Terhibur.
Sedikit sebanyak dapat membuatkan kami melupakan sebentar masalah yang membelenggu.

Restoran pilihan : Chip 'n' Steak.
Rating : 8.5/10.
Rating kemeriahan : Rujuk gambar di atas.

Saturday, November 28, 2009

Berita Lama


Warta Berita.

Bulan ini genap 6 tahun aku jarang untuk membaca atau mendengar berita dari arus perdana.
Kenapa?
Kerana berita dari arus perdana ini semuanya hanya penipuan dan pembohongan semata.
Itu semua hanya ingin menutup isu-isu yang penting dan yang tidak sepatutnya diketahui umum.

Ianya bermula pada lewat tahun 2002.
Aku berkesempatan mengikut seorang rakan untuk ke bengkel penulisan dan kewartawanan.
Bermacam program menarik diadakan sepanjang satu hari bengkel tersebut berlangsung.
Disitu juga aku sempat untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru yang diluar kepompong rakan biasa.
Antara acara yang telah membuat aku tertarik adalah program kewartawanan.
Program dimana seorang penulis dapat menjadi wartawan yang telus tanpa terikat dengan mana-mana pihak.
Dimana kita sebagai wartawan, bebas untuk menulis apa sahaja.

Apa yang menarik adalah penceramah yang dijemput merupakan bekas wartawan akhbar arus perdana.
Di dalam bengkel tersebut, beliau telah menceritakan bagaimana penulisan wartawan akhbar arus perdana yang telah diikat oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.
Beliau juga menceritakan bagaimana rakyat yang sepatutnya mendapat berita yang telus sebenarnya ditipu kerana kebanyakkan berita yang disiarkan di akhbar arus perdana adalah pembohongan dan ingin menutup isu-isu negara yng sepatutunya diketahui umum.
Lebih kurang 85% berita di dalam akhbar arus perdana adalah pembohongan.
Aku agak terkejut juga apabila beliau berkata demikian.
Kerana aku tidak sama sekali menyangka yang aku telah ditipu dan apa yang aku dengar dan baca selama ini adalah pembohong semata-mata.

Apakah perasaan anda apabila ditipu?

Memang sejak dari itu, aku tidak lagi membaca akhbar arus perdana.
Kalau ada pun mungkin hanya kolum sukan yang akan hanya aku jengah.
Selebihnya aku akan melayari jalur lebar dan hanya membaca secara online.
Mungkin berita di MSN News dan laman MalaysiaKini menjadi tatapan aku saban hari.
Aku tidak mahu lagi ditipu dengan propaganda pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu di saluran akhbar arus perdana.

P/S : Ingat lagi akhbar Utusan Malaysia - Penyebar Fikiran Rakyat?
Agak-agak betul ke ianya penyebar fikiran rakyat?

Tuesday, November 24, 2009

Love Is A Four Letter Word


Cupid Chokehold.

Ingin rasakan penangan cinta?
Try menu seperti gambar diatas.
Sesuai sangat untuk orang-orang yang cintanya sedang berputik.
Untuk orang-orang yang ingin menyemarakkan hubungan percintaan itu sendiri pun boleh mencuba.
Tidak salah.
Sangat recommended untuk Affnie dan teman sejiwa (yang aku masih belum dapat kenal sepenuhnya)
Sweet.

Lokasi : Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.
Rating : 3/5