Monday, November 30, 2009

Bercanda Di Ibu Kota















Aktiviti Malam Minggu.

Niat di hati ingin menonton wayang gambar di Cineleisure, tetapi ketiadaan tiket akibat suasana dan sambutan luar biasa muda-mudi di sekitar lembah klang telah mencacatkan sedikit sebanyak aktiviti malam minggu kami.
Jadi dengan sebulat suara, kami berlima bersetuju untuk terus menuju ke Kampung Baru.
Tidak lain tidak bukan.
Untuk makan.

Suasana mendamaikan dengan sesekali kesejukan malam telah membuatkan bulu roma tangan berdiri dengan megah.
Santai dengan menjamu selera di dalam dek kapal.
Seperti menjamah hidangan di tengah lautan.
Tambahan pula dengan hujan renyai-ranyai.
Memang berselera sekali.

Selepas makan, aktiviti bergambar serta berjalan menjelajahi segenap pelusuk ibu kota kuala lumpur pada jam 2.30 pagi sambil melihat gelagat warga kota.
Terhibur.
Sedikit sebanyak dapat membuatkan kami melupakan sebentar masalah yang membelenggu.

Restoran pilihan : Chip 'n' Steak.
Rating : 8.5/10.
Rating kemeriahan : Rujuk gambar di atas.

No comments:

Post a Comment