Monday, November 23, 2009

I'm Deft For Now.


Tone Deft.

Di waktu-waktu tertekan sebegini, apa yang terbaik adalah melayan muzik.
Ya.
Muzik bagi aku dapat menyelesaikan masalah.
Current rotation : The Deftones - Discography

Pertama kali mendengar kugiran ini adalah pada tahun 2001.
Zaman sekolah asrama dulu.
Masa dulu popular dengan muzik nu-metal dengan kegilaan rakan-rakan sekeliling dengan kugiran Korn.
Aku kurang minat dengan muzik Korn itu sendiri.
Dalam ramai-ramai yang meminati Korn, ada seorang kawan yang memperkenalkan aku dengan The Deftones.
Dia seorang skaters.
Agak pelik kerana skaters pada tahun 2001 jarang yang aku jumpa yang meminati metal.
Semua rakan-rakan skaters aku minat muzik 1,2,3 - Go!.
Muzik punk rock.
Tetapi yang seorang ini agak berlainan.
Aku telah jatuh cinta dengan kugiran ini setelah mendengar lagu 'My Own Summer (Shove It)'

Alunan muzik yang berat dan bermelodi dan vokal yang agak berlainan dan melankoli menyebabkan aku tertarik dengan The Deftones.
Sehingga sekarang, kesemua album The Deftones telah aku miliki.
Dari Adrenaline, Around The Fur, White Pony, Deftones sehingga yang terbaru Saturday Night Wrist.
Tetapi yang paling menarik sudah tentu album White Pony.
Pada siapa yang berminat, aku sarankan dengar kesemua album.
Baru terasa feeling muzik The Deftones itu sendiri.

Footnote : Dude, go listen to the fuckin' Deftones.

No comments:

Post a Comment