Tuesday, June 14, 2011

Blank


Banyak benda yang menarik berlaku tapi aku tiada mood nak menulis.
Jadi sekarang belog ni tak terusik.
Bila mood tu datang mungkin aku akan menulis kembali.
Aku perlukan cuti untuk merehatkan minda ni.
Pulau Perhentian mungkin?

Monday, May 30, 2011

Penantian Yang Berbaloi


Ada dua benda aku nak cerita.

1. Barcelona menang Liga Juara-Juara untuk kali yang ke-empat. Jadi ianya satu perasaan yang tidak dapat digambarkan sebab aku merupakan penyokong tegar Barca sejak 2003. Tahniah. (Tak lupa juga kepada penyokong Man Utd sebab kau oranglah alasan aku untuk terus mengutuk kau orang bulan ni. Haha)

2. Akhirnya, pencarian telah berakhir. Jadi cuti semester ni tak der lah aku nak duduk mengangkang saja. Ada jugak benda yang akan aku buat sehingga bulan 9. Mudah-mudahan segala ilmu yang ada aku dapat aplikasikan selama 3 bulan ni.

Okey, tu jer lah nak cerita. Bye.

Tuesday, May 24, 2011

Still Searching


Sedang berusaha sebaik mungkin mencari part time job.
Kalau boleh dapat, aku nak terus start.
Boring pulak aku duduk melepak kat umah ni.
Awal awal cuti dulu best la.
Sekarang ni hampeh, tak syok langsung.
Kan best kalau duduk umah jer dapat elaun.
Alangkah bahagianya dunia ni.

Wednesday, May 18, 2011

Masa Bebas


Sekarang ni hanya duduk melepak dirumah.
Makan,tidur,main game,ber-internet.
Itu sahaja rutin harian untuk bulan ni.
Tak rasa lagi nak part-time atau buat apa-apa.
Hanya menikmati masa yang indah ni.

Thursday, May 12, 2011

Panas.Panas.Panas


Disebabkan kepanasan yang melampau sekarang ni, semua benda pon jadi slow and jadi malas.
Nak buat aper pon malas.
Aper pon tak boleh.
Sampaikan tajuk entri ni pon aku tulis sampai 3 kali.
Tu menunjukkan yang panas sangat sekarang ni.

Panas sangat sampaikan satu hari mandi 5-6 kali.
Aku dapat rasakan bil air rumah aku naik mendadak bulan ni.
Ah, tak kisahlah.
Janji badan sejuk.
Tapi dah mandi pon tak sejuk sejuk jugak.
Isk, aper solution eh?

P/S : Mungkin semua ni Tuhan nak uji umat-Nya. Jadi bersabar jer lah banyak-banyak. Teringin nak makan Lai Chee Kang panas panas ni, tapi tekak plak sakit. Isk, isk.

Sunday, May 8, 2011

Relaks


Alhamdulillah.
Semua da settle.
Lapang sikit dada ni.
Sekarang ni bolehlah relaks-relaks kan kepala otak ni.

Cadang nak pergi jalan-jalan nk clearkn minda.
Jalan-jalan jauh,belajar budaya orang lain.
Tengok budaya orang lain.
Baru minda boleh terbuka kan?
Tapi tak tau lagi nak ke mana.

Minggu ni nak survey tempat mana yang syiok.
Pastu baru decide.
Memang tak sabar.
Yeah!

P/S : Selamat hari ibu utk Cikgu Rogayah Md.Raji. Tanpa anda, saya tidak kemana. Sekian.

Friday, April 29, 2011

Kawan atau Lawan?


Benda ni rasanya kau orang pon dah biasa dengar.
Pasal kawan kawan yang menyusahkan kita.
Pasal kawan kawan yang bagi kita baik tak payah nak cakap yang dia tu layak bergelar kawan.
Aku rasa kat dunia ni tak ada kawan yang betul betul kawan baik.
Tu pada pendapat aku lah.
Pada kau orang aku tak tau lah kan?

Sebab aku cakap macam tu banyak sebenarnya.
Tapi malas nak kupas sebab benda ni dah berkali-kali rasanya kau orang baca atau dengar.
Jadi kat sini aku nak kau orang semua bagi pendapat atau komen pasal soalan yang akan aku ajukan ni.

Persoalan dier begini :

" Harus ke kita gelarkan mereka ni kawan kalau mereka ni ingin kan balasan atas setiap perbuatan dia? dan haruskah kita gelarkan mereka kawan kalau meraka ni berat hati nak menolong kita tapi kita ni tolong mereka macam nak gila?"

Haa, aper lagi.
Jawab jangan tak jawab.
Tiada masa diberikan dan jawablah selama mungkin.
Aku perlukan jawapan sebab benda ni dah lama aku pikirkan.
Sama-samalah kita pikir.
Terima kasih ya.

P/S : Aku setuju ngan Calvin.