Monday, November 9, 2009

Private Practice


Latihan Oh Latihan.

Sekarang hampir setiap petang aku akan menghadirkan diri untuk latihan bola sepak.
Mewakili team STP 3000 agak mengujakan aku sebenarnya.
Kerana?
Sudah lama tidak bermain bola sepak padang.
Lebih-lebih lagi untuk bermain dalam pertandingan liga bola sepak peringkat kampung-kampung.
Memang terasa seperti geng 'Usop Sontorian'
Setakat bermain futsal, hampir setiap malam minggu aku akan bermain di SPK.

Apa yang aku paling berat hati dan malas ialah latihan.
Ya.
'Practice make perfect'
Benar.
Tetapi apabila sudah lama tidak membuat latihan, ianya benar-benar memenatkan.
Kali terakhir melakukan latihan pada zaman sekolah dahulu.

Aku masih ingat, bagaimana coach membuat latihan ala-ala tentera.
Lari keliling padang 5 pusingan.
Lari turun naik bangunan sekolah 10 kali.
Lari sambil mendukung rakan yang mempunyai berat yang sama keliling sekolah.
Berlari secara berdua-duaan merentas ladang kelapa sawit.
Memang memenatkan.
Tapi itu 5 tahun dahulu.
Sekarang memang tidak larat untuk membuat latihan-latihan seperti dulu.
Lari keliling padang 2 pusingan pun sudah termengah-mengah.

Aduh.
Bagaimana ingin mengembalikan tenaga kuda seperti dahulu?
Coach pun sudah bising-bising aku berlari lembab.


2 comments:

  1. stp 3000 tu bukan brand minyak itam ke beb?

    takpe. tggu aku jadi coach, latihan intensif pertama adalah berenang dalam jakuzi...

    amacam?

    ReplyDelete
  2. pergh..bila nk start jd coach?..xsabar!

    ReplyDelete