Warta Berita.
Bulan ini genap 6 tahun aku jarang untuk membaca atau mendengar berita dari arus perdana.
Kenapa?
Kerana berita dari arus perdana ini semuanya hanya penipuan dan pembohongan semata.
Itu semua hanya ingin menutup isu-isu yang penting dan yang tidak sepatutnya diketahui umum.
Ianya bermula pada lewat tahun 2002.
Aku berkesempatan mengikut seorang rakan untuk ke bengkel penulisan dan kewartawanan.
Bermacam program menarik diadakan sepanjang satu hari bengkel tersebut berlangsung.
Disitu juga aku sempat untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru yang diluar kepompong rakan biasa.
Antara acara yang telah membuat aku tertarik adalah program kewartawanan.
Program dimana seorang penulis dapat menjadi wartawan yang telus tanpa terikat dengan mana-mana pihak.
Dimana kita sebagai wartawan, bebas untuk menulis apa sahaja.
Apa yang menarik adalah penceramah yang dijemput merupakan bekas wartawan akhbar arus perdana.
Di dalam bengkel tersebut, beliau telah menceritakan bagaimana penulisan wartawan akhbar arus perdana yang telah diikat oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.
Beliau juga menceritakan bagaimana rakyat yang sepatutnya mendapat berita yang telus sebenarnya ditipu kerana kebanyakkan berita yang disiarkan di akhbar arus perdana adalah pembohongan dan ingin menutup isu-isu negara yng sepatutunya diketahui umum.
Lebih kurang 85% berita di dalam akhbar arus perdana adalah pembohongan.
Aku agak terkejut juga apabila beliau berkata demikian.
Kerana aku tidak sama sekali menyangka yang aku telah ditipu dan apa yang aku dengar dan baca selama ini adalah pembohong semata-mata.
Apakah perasaan anda apabila ditipu?
Memang sejak dari itu, aku tidak lagi membaca akhbar arus perdana.
Kalau ada pun mungkin hanya kolum sukan yang akan hanya aku jengah.
Selebihnya aku akan melayari jalur lebar dan hanya membaca secara online.
Mungkin berita di MSN News dan laman MalaysiaKini menjadi tatapan aku saban hari.
Aku tidak mahu lagi ditipu dengan propaganda pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu di saluran akhbar arus perdana.
Aku tidak mahu lagi ditipu dengan propaganda pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu di saluran akhbar arus perdana.
P/S : Ingat lagi akhbar Utusan Malaysia - Penyebar Fikiran Rakyat?
Agak-agak betul ke ianya penyebar fikiran rakyat?
No comments:
Post a Comment