Thursday, December 10, 2009

Night Market.







Pasar Malam.

Sudah lama tidak mengunjungi pasar malam.
Jadi, aku mengambil keputusan untuk singgah ke pasar malam berhampiran rumah.
Keadaan yang tidak banyak bezanya dengan pasar-pasar di tempat yang lain.
Cuma yang menariknya pasar malam berhampiran rumah aku ini adalah kepelbagaian juadah dan makanan serta orang berbilang kaum.
Meriah sangat.
Terhibur juga dengan gelagat-gelagat mereka yang mengunjungi pasar malam.

1. Mat Rempit
Dengan baju kemeja tuck-in, seluar jeans fit kaki bawah kecil, topi baseball dan berkaca mata gelap pada malam hari.
Wtf?
Nampak ke pakai kaca mata gelap malam-malam ni bro?

2. Mat Bangla
Semua mat-mat bangla yang mengunjungi pasar malam ni cuma satu tujuan sahaja iaitu membeli barang dapur.
Kalah makcik-makcik.
Beli bawang, cili, sayur-sayuran, ubi kentang semuanya ber'plastik' beg besar.
Sekali beli memang banyak.
Amboi.
Meriah.

3. Mat dan Minah Indon.
Ya, tidak dinafikan yang mungkin majoriti pengunjung pasar malam dekat rumah aku ni memang kebanyakkannya mat/minah indon.
Yang peliknya, cara berpakaian ke pasar malam seperti mahu ke bandar.
Haih.
Tapi bila singgah ke gerai bakso memang berpusu-pusu lah mereka-meraka ni.
Memang sesak dibuatnya gerai bakso tu.
Terfikir juga kalau buka gerai bakso mesti 'masyuk' ni.
=D

Akibat dari tidak tahan dengan bau-bau makanan sepanjang berjalan, tanpa berlengah terus aku membeli beberapa juadah.
(Rujuk gambar di atas)

Teringat zaman-zaman belajar dulu.
Membeli juadah di pasar malam Seksyen 7 bersama miss Affnie, Asrul Hadi dan Faridrul.
Beli macam-macam lepas tu membazir.
Nasib baik masa tu duduk studio, jadi ada lah orang yang akan menghabiskan lebihan makanan.
Akibat terikutkan nafsu makan sangat.
=D

P/S : Nasi Kerabu dengan Popiah dia memang terbaik dari ladang. Belum cuba, belum tahu.

5 comments:

  1. wah nasi kerabu.

    aku suke tgk nasi kerabu. aku juga suke tgk org makan nasi kerabu (especially pakai tangan laa)

    tapi aku tak makan pulak nasi kerabu. pelik kan?

    ReplyDelete
  2. weh.rindu nak g pasar ramadhan ngn korang....aku la yg sll habiskan makann kt studio..hee..

    ReplyDelete
  3. ajai : mmg pelik pun ko ni..mkn pakai tangan la paling nikmat sekali..amboi..=D
    affnie : haha,mmg ang tu selalu jd tukang habis..tu pasal dulu gemok!..=D

    ReplyDelete
  4. mmg popiah sedap huhuhuhu, aku rindu

    ReplyDelete
  5. akhmar : popiah s.s.ali kt kajang mmg champion la stakat ni..ader lg sedap?sila inform kt ak..
    =D

    ReplyDelete