Monday, June 21, 2010

A To Z.


Cerita yang paling aku tunggu-tunggu akhirnya dapat aku tengok semalam.
Remake balik cerita klasik tahun 1983.
Dulu masa kecik-kecik memang aku selalu jugak tengok cerita ni.
Disebabkan aku minat dengan G.I Joe, abah aku bagi aku layan cerita ni sekali.
Dia cakap kalau minat G.I Joe, mesti minat cerita ni.
Memang recommendation abah tu berbaloi.

Agak teruja kot kalau tengok time kecik-kecik dulu.
Cerita yang mengisahkan tentang pasukan khas askar amerika yang mempunyai kepandaian dan kebolehan pada setiap anggota kumpulan.
Kalau dah habis tengok aku dengan adik-adik lelaki aku terus ambil senapang yang beli kat pasar malam tu terus pergi main perang perang.
Sampai mak aku nak aku adik beradik jadi askar sebab tengok gelagat kita orang main perang perang tu.
Punya semangat habis lah.

Tu cerita dulu, tapi bila ingat ingat balik memang kelakar.
Okey, tengok A-Team semalam memang berbaloi.
Dari tahun 2008 aku dengar nak buat remake cerita ni.
Bila dah dapat tahu yang 2010 akan premier cerita ni, terus buatkan aku bertambah teruja.
Cerita ni dari awal sampai ke habis penuh dengan aksi.
Jalan cerita dan plot yang berlainan dari cerita cerita aksar amerika yang biasa kita tengok.
Ditambah dengan perangai sorang sorang watak dalam cerita tu yang ada sifat tersendiri dan sedikit humor yang diselitkan di dalam cerita membuatkan cerita ni tak bosan.
Memang puas tengok.
Kalau ada peluang, memang aku nak pergi tengok lagi sekali.
Siapa mahu ikut?

Rating Filem : 8/10

10 comments:

  1. ada tak movie yg aku dan engkao saling menyukai? haha.

    ReplyDelete
  2. cerita amerika mesti ada bab askar la, aapa la. hihi

    ReplyDelete
  3. affnie : ada ada..semua cerita arahan dato' yusuf haslam di bawah produksi skop production..wahaha..=D

    ReplyDelete
  4. fatin : tu suma nk menunjukkan sikap patriotik depa tu..kan?

    ReplyDelete
  5. aku2..aku nk join...tapi bila ek????

    ReplyDelete
  6. ben : biler? nnt aku lepak s.alam kita pegi nak? =D

    ReplyDelete
  7. I like your blog !!Thank you. They are really great .
    do not miss my goods , they are very beautiful !!
    Fashion watches
    Discount watches
    Antique pocket watches
    Engraved pocket watches
    pocket watch
    Keychain Watches

    ReplyDelete
  8. me ! hee hee .

    cousin i pun cakap cite ni best . best sangat ke ?

    ReplyDelete
  9. anon : wow! tak sangka ader peminat i ni taw!! awww! ahaha..i will view yours later okey? :D

    ReplyDelete
  10. syida : best! tak caya u g tgk okey? =D

    ReplyDelete