Monday, October 19, 2009

Another Boring Sunday


Nothing to do.

Tiada apa yang mahu dibuat.
Melainkan duduk bersahaja di sofa sambil ditemani oleh bantal yang empuk dan secawan nescafe.

Ya.
Sekali lagi hari ahad yang bosan.
Malas untuk keluar.
Malas untuk melepak.
Malas untuk membuat aktiviti yang memerlukan banyak tenaga.
Dalam erti kata yang lain, malas dalam segala hal.
Hanya terperap di dalam rumah.
Makan, minum dan menonton peti televisyen.

Kerap kali bertukar saluran.
Kenapa?
Kerana tiada rancangan yang benar-benar menarik minat.
Sehinggalah aku terlintas di saluran 413 astro.
Satu filem yang telah menarik minat aku secara tidak sengaja.
Filem yang berjudul 'The Namesake'

Filem yang mengisahkan tentang generasi terawal masyarakat India di Amerika Syarikat.
Yang menarik tentang filem ini dari pandangan mata aku adalah bagaimana kuatnya budaya masyarakat India walaupun berada diperantauan dan jauh dari tanah air, bagaimana masyarakat India itu sendiri menjaga adab tatasusila dan adat resam walaupun berada di negara orang dan bagaimana mereka amat menjaga perhubungan baik sesama kaum dan agama (yang sepatutnya dicontohi oleh masyarakat kita)

Banyak pengajaran yang telah aku peroleh dari hanya menonton filem ini.
Dan paling aku tidak lupa pada ungkapan ini :
"Son, go expolre the world..you maybe will make a mistake but you won't regret it later"
Sweet.

Rating : 8/10

P/S : Kepada Affnie, cuba tonton filem ni. Dan aku akan mula keluar dari kepompong untuk jelajah dunia luar.

4 comments:

  1. oh... tahukah anda bahawa nama sebenar kal penn adalah kalpen suresh. nama cam tak glemer gitu kan?

    dan skang beliau sedang bekerja utk barrack obama di white house.

    citer neh mmg menarik tapi aku tak berapa suka plot berulang2 mcm yg aku pnah tgk dalam citer org india di amerika yang lain.

    tapi skrip dan lakonlayar mmg superb!

    ReplyDelete
  2. alamak..aku takde tv parabola la..tk dapat nak tgkk.papepon..semoga bergembira di hari minggu

    ReplyDelete
  3. aiman.aku kalao filem berkisarkan kehidupan ataopon cultural sesetengah etnik boleh diterime lagi.

    cume masa tengah serabot tidak boleh menonton filem yang memerlukan aku berpikir berat.

    *maseh belom berkesempatan nak tengok the proposal lor =(

    ReplyDelete
  4. ajai : haa,tau pon..sbb ni citer grad b dkt sana jd ader mcm citer2 indie sket..tp mmg ak stuju ngan ko la kn psl skrip ngan lakon layar tu...mmg superb..=D

    faridLo : xder tv satelit pon leh donlod jgk aper..kn ko ske donlod2 ni kn?..=D

    affnie : aha..xper,ader masa lapang leh tgk jgk kn?..jgn risau..=)

    ReplyDelete