Apa pendapat anda? Kesalahan ayat seperti gambar-gambar di atas mungkin sudah biasa di lihat. Tetapi aku teringat tentang bagaimana kerajaan ingin memperkenalkan bahasa inggeris di dalam sains dan matematik. Satu isu yang agak hangat dibincangkan di mana-mana. Bagi aku tidak perlu itu semua kerana masyarakat masih lemah berbahasa ibunda terutama dari segi tatabahasa. Bagaimana ingin memperkuatkan bahasa inggeris di dalam pengajaran sedangkan realitinya masyarakat kurang fasih dalam bahasa ibunda?
Teringat semasa aku membantu mak aku mengajar kelas tambahan di rumah sekitar tahun 2002. Gelagat anak murid yang membuatkan aku terhibur. Cuba bayangkan mereka dengan bersahaja dan selemba menterjemah ayat-ayat bahasa inggeris ke bahasa melayu.
Contoh :
1. Dragonfly - Naga Terbang (sepatutnya pepatung)
2. Firemen - Lelaki Api (sepatutnya bomba)
3. Ladybird - Perempuan Burung (sepatutnya kumbang)
Memang aku terhibur dengan gelagat mereka tetapi pada masa yang sama aku berasa sedih kerana mereka bukan berada di dalam darjah 1 atau 2 tetapi sudah darjah 6. Aku terfikir juga bagaimana mereka ini akan menghadapi pengajaran di dalam bahasa inggeris kelak? Mungkin satu keadaan yang tidak dapat aku gambarkan.
P/S : Aku sendiri masih lagi kurang fasih berbahasa ibunda dan inggeris. Masih banyak yang perlu dipelajari. Sekarang sedang membaca buku 'brush up your grammar' untuk mendalami ilmu tatabahasa.
No comments:
Post a Comment