Monday, October 12, 2009

Saturday Nite Out.


Aktiviti malam minggu.

Bosan.
Tak tau apa nak buat.
Ajak rakan-rakan keluar minum.
Sembang punya sembang tiba-tiba seorang rakan meng'utara'kan pendapat berbunyi seperti ini,
"eh, kalau kita tonton tayangan gambar larut malam syok juga ni?"

Ya.
Satu cadangan yang amat bernas sekali dikala sedang kebosanan.
Tidak terlintas ingin menonton tayangan gambar.
Bermacam-macam cerita keluar dari mulut masing-masing.
Akhir sekali filem arahan Afdlin Shauki menjadi pilihan.
'Papadom'

Walauapapun aku tetap meletakkan filem lakonan Bruce Willis berjudul 'Surrogates' sebagai pilihan dan pencabar kepada filem 'Papadom' tetapi dengan majoriti undian rakan-rakan, pilihan filem aku terpaksa diketepikan.
'Haih, apakan daya.'

Tepat 10.30 malam kami terus menuju ke Damansara.
Cineleisure menjadi pilihan untuk menonton filem pada malam itu.
Masing-masing terlalu ghairah untuk membeli tiket dan hasilnya filem 'Papadom' yang menjadi pilihan telah 'sold out!'.
Ya.
SOLD OUT.

Pernah aku membaca keratan artikel di surat khabar (walaupun jarang membaca surat khabar kerana 99% berita adalah TIPU, hanya berita sukan dan keputusan sport toto sahaja yang hampir tepat!) dimana ia mengatakan bahawa filem tempatan kurang mendapat sokongan peminat kerana dibanjiri oleh filem-filem hollywood dan peminat lebih suka untuk menonton filem hollywood kerana nilai dan kepuasan menonton itu sendiri.
Bagi aku, apa yang aku baca itu hanyalah pendapat dan pandangan semata-mata kerana pada hakikatnya filem tempatan khasnya berjaya menarik minat peminat tempatan dan filem 'Papadom' itu sendiri telah SOLD OUT didepan mata aku.

Sebahagian rakan-rakan aku (terutama Affnie) hampa, hampa kerana terlalu ingin menonton filem 'Papadom' ini.
Akhirnya filem 'Surrogates' menjadi pilihan.

Walaupun hanya satu-dua plot yang memaparkan adegan aksi bergaduh, pada aku kekuatan cerita ini terletak pada plot yang banyak membuatkan penonton berfikir.
Aku suka menonton filem yang membuatkan aku berfikir.
Lebih 'thrill' dan lebih syok menonton.

Rating filem : 7.5/10

P/S : Pesanan ringkas untuk FaridLo : berbaloi pergi menonton filem ni, lagi-lagi lepas selesai final project. Hilang tekanan. Haha.

4 comments:

  1. bestnye cite surrogates! mmg aku nak g tgk sbnrnye..tp msa masa tak sesuai la wei.huhu

    "Aku suka menonton filem yang membuatkan aku berfikir.
    Lebih 'thrill' dan lebih syok menonton."

    aku sokong kenyataan ko kt atas tu..sesetengah org tak suke tgk cite yang ada fikir2 ni..tp kite sama beb! hehe

    ReplyDelete
  2. haha
    betul la tu Lo
    br syok kene fikir2 ni
    baru mcm ahli fikir kn?kn?

    =D

    ReplyDelete
  3. hehe..hari ni aku dpt tgk papadom la aiman..lalallalalal..puas hati...filem surrugates tu terlalu tinggi plot cerite die.sush utk aku phm.ngeh2..tapi tetap hepi dpt keluar brsm kamu n rakan2..its more than enuf..pegi menonton papadom.tak rugi menyokong filem tempatan..ngeh2..

    ReplyDelete
  4. affnie : okey,next time ak bwk g tgk citer yg berunsurkan komedi romantik sahaja..khas utk ko..=D

    ReplyDelete