Sunday, October 4, 2009

Passion



Melukis.

Memang hobi aku dari sejak kecil
Teringat peristiwa menconteng almari pakaian di dalam bilik mak, conteng dinding rumah dan paling best conteng buku sekolah anak murid mak! (mak aku seorang cikgu)
Mengamuk sakan orang tua tu.
Haha!

Tapi sebenarnya dialah orang yang paling memberi semangat dan dorongan kepada aku.
Menghantar aku ke kelas lukisan setiap hujung minggu.
Menghantar aku ke setiap competition melukis & mewarna di segenap pelusuk.
Fuh!
Pengorbanan mak ni memang boleh difilemkan sebenarnya kerana terlampau banyak untuk diceritakan.

Terima kasih Mak!

Ini aktiviti aku pada hujung minggu. Mengambil upah melukis.
Berminat?
Email terus ke arnab_putih6@yahoo.com.

Aku cuba untuk memberikan yang terbaik.
Smile.

No comments:

Post a Comment