Sunday, October 4, 2009

Mengasah Bakat


Karaoke oh Karaoke

Antara aktiviti yang wajib dilakukan dikala kebosanan. Ada cerita disebalik entri ini. Pilihan lagu ketika ingin menyanyi. Bagi aku, pilihan lagu aku semuanya bertemakan percintaan walaupun aku ni tidak minat sangat lagu-lagu cinta tetapi lagu-lagu cinta era akhir 80' an hingga awal 90' an menyebabkan aku tertarik dengan lagu-lagu cinta. Lagu-lagu ciptaan Eddie Hamid, Man Toba, Saari Amri, Patrick Kamis (sekadar menyebut beberapa nama) mempunyai melodi yang sedap untuk didengar dan senang untuk dicernakan. Sekali dengar sudah boleh hafal lirik dan melodi lagu. Walaupun lirik kadang kala agak jiwang dan tangkap leleh. Haha!

Antara seleksi lagu-lagu pilihan aku semasa ber'karaoke' adalah :

1. Final List - Lahar Cinta
2. Olan - Suratan Berbeza/Kenangan Semalam
3. Data - Mengulit Kenangan
4. Slam - Kembali Terjalin
5. Scoin - Biarku Simpan Rindu Dihati
6. Samudera - Bila Diburu Kenangan
7. Pearl - Aku Tak Bersalah

Aku tidak suka untuk menyanyikan lagu-lagu dari kugiran Indonesia. Bagi aku kugiran Malaysia sudah cukup bagus. Aku tidak hipokrit seperti sesetengah rakan-rakan aku yang tidak suka dengan seleksi lagu-lagu pilihan aku kerana bagi aku lagu-lagu kugiran Indonesia tidaklah bagus sangat jika dibandingkan dengan kugiran Malaysia. Kan?


No comments:

Post a Comment