Sunday, April 18, 2010

Senandung Semalam.


Semalam memang hari yang penuh dengan kisah seronok-bengang-suka.

Pagi :

Okey, pagi-pagi aku sudah keluar rumah.
Menuju ke UiTM Shah Alam sebab aku perlu menghadiri temuduga untuk sambung belajar. Temuduga berjalan lancar dan seperti yang di duga para panel penemuduga semuanya lecturer aku time belajar dulu.
Jadi agak santai temuduga tu berlangsung.
Tapi memang ramai sangat orang tadi.
Semuanya bersemangat berkobar-kobar aku tengok.
Aku pula merasakan diri ni sudah nampak tua sebab yang datang temuduga tu majoriti average umur 18-20.
Wah,wah.
Memang nampak sangat kot muka dia orang semuanya muda remaja lagi berbanding dengan aku.
Barulah aku perasan yang aku ni sudah sedikit berumur (ceh! perasan muda kau ni)

Tengah hari :

Lepas temuduga terus aku gerak ke Shah Alam City Centre.
Jumpa mak dengan abah sebab hari ni nak celebrate birthday abah.
Makan dekat Kenny Rogers.
Sudah agak lama juga tidak makan.
Memang sedap oh Kenny Rogers.
Lepas makan aku pergi Maxis Centre.
Sedang-sedang menunggu giliran, ada seorang makcik dengan anak dia ni datang.
Gaya memang agak berlagak sikit.
Okey, tu aku tidak kisah pun. Lantak dia lah nak berlagak ke apa kan?
Tapi apa yang buat sakit hati tu, makcik tu selamba adab saja terus pergi kaunter dengan tak ambil nombor giliran.
Dengan erti kata lain potong line lah.
Potong line aku pulak.
Memang aku rasa nak mengamuk (kalau kau orang pun aku rasa confirm nak mengamuk jugak)
Aku pun tegur lah makcik tu dengan penuh tatasusila sebab aku sudah lama tunggu tak kan nak bagi terus dekat dia kan?
Banyak lemak makcik ni.

"Makcik, nombor giliran boleh ambil dekat sana eh?"

Sambil tunjuk-tunjuk dekat kaunter nombor giliran.
Makcik tu buat muka tak puas hati.

"Makcik tak nampak ke atau nak saya tolong ambilkan?"

Aku saja cakap kuat-kuat bagi semua orang dengar.
Bukan aku nak kurang ajar atau apa, tapi tak kan nak biarkan orang macam ni kan?
Muka makcik tu dalam tak puas hati tu jadi merah.
Terus dia tarik anak dia sambil bisik-bisik dan jeling-jeling aku (anak dia aku agak dalam umur 18-20)
Eh, tolonglah makcik oi.
Awak tu sudah tua. Tak kan adab tu tak reti lagi?
Lepas tu tunjuk sikap tu dekat anak kau tu.
Memang elok lah.
Emak borek, anak rintik nanti.

Malam :

Makcik aku datang bertandang ke rumah.
Jadi bila sudah ramai-ramai memang wajib untuk buat makan-makan besar.
Sekali lagi Dominos Pizza menjadi menu pilihan.
Memang meriah plus makcik aku ada baby baru jadi sepanjang malam tu asyik main saja dengan baby tu.
Baby tu comel oh!

P/S : Abah, Happy Birthday. Semoga panjang umur dan di limpahi rezeki. Amin.

P/S lagi : Baru aku perasan satu hari tak makan nasi. Sehari tak makan nasi memang akan rasa lain macam. Tekak melayu tapi acah-acah orang putih. Aha =D

8 comments:

  1. eika : aha..tu soalan yang paling susah nk jawab tu..ader pilihan jawapan x?..ngeh ngeh =D

    ReplyDelete
  2. wei,sorryla sy ingatkan sape la yg sms sy tu.no ko dh takde la kt nset sy haha.sms balik wei no ko :P

    ReplyDelete
  3. man, npe xgtaw ko dtg s alam??
    ~dd~

    ReplyDelete
  4. dalila diyana : d,aku turun s.alm kejap jer..g interview then g mkn ngan family..xsempat nk lepak pon..faridrul ngan bdk bdk lain pun xsempat nk ajak lepak..

    ReplyDelete
  5. cmne interbiu? sori, xingt.byk sgt bnd nk wat kt cni.selamat belajar aiman =)

    ReplyDelete
  6. affnie : interview tu okey jer,berlangsung dengan sungguh santai sekali..jd xder aper sgt pon..=D..lmbt lg la yang oi nk blajar..tp aper-aper pon yeah! thanks a lot..=D

    ReplyDelete