Rambut aku sudah panjang.
Erm, tak panjang sangat sebenarnya tapi sekarang memang tak boleh rambut panjang sikit.
Confirm rasa rimas.
Kalau kepala sudah rasa rimas, mulalah tak reti mahu duduk diam.
Sampaikan kawan aku si Ashraf Zaidon pelik sebab rambut aku ni pendek tapi mengada-ngada nak potong jugak.
Rasanya sejak awal masuk belajar time diploma dulu aku sudah tidak berminat mahu rambut panjang lagi.
Dulu iya lah, lepas SPM memang mahu rambut panjang.
Siap berlumba-lumba dengan kawan-kawan rambut siapa paling panjang.
Siapa rambut paling panjang, dia lah yang paling cool.
Lepas tu pula, awek minat kalau rambut panjang ni.
Tu dulu lah kot masa zaman-zaman sekolah dulu.
Aku cakap macam ni sebab dulu selalu aku perasan dekat sekolah tu kalau budak lelaki rambut panjang mesti ada seorang-dua perempuan jeling-jeling punya.
Confirm weih.
Bila cerita pasal rambut ni, aku teringat balik waktu-waktu sekolah dulu.
Macam-macam style rambut digayakan budak-budak.
Rambut panjang, pendek, botak semua ada gaya masing-masing lah.
Masing-masing tak nak kalah dengan rambut masing-masing.
Bila ingat-ingat balik gelihati pun ada.
1) Rambut jenis sikat belah tepi.
Antara style rambut yang agak popular juga dulu. Sebab senang saja nak buat, lagi-lagu kalau jenis muka-muka bulat ni. Siapa yang buat gaya rambut macam ni selalunya dulu kalau dekat sekolah mesti di panggil budak skema. Memang siapa yang sikat belah tepi tu memang nampak macam budak skema pun lagi-lagi kalau pakai kaca mata. Dulu aku time sekolah rendah rambut sikat belah tepi kot tapi nasib baik tak pakai kaca mata. Tak adalah nampak skema sangat.
2) Rambut jenis flat-top.
Haa, jenis rambut macam ni selalunya mesti bapak dia orang polis, askar atau apa-apa badan beruniform. Confirm ah. Style rambut ni memang kalau kita tengok tu nampak macam displin saja budak tu tapi sebenarnya dia orang tak suka pun style macam ni. Ni pun sebab dengar cakap bapak. Sebab dulu ada kawan aku ni asyik mengeluh sebab dia tak suka rambut flat-top ni sebenarnya tapi sebabkan takut dekat bapak dia yang garang tu punya pasal jadi terima sajalah. Aku rasa style flat-top pun okey juga, ada iras-iras Guile. (Karekter game Street Fighter tu)
3) Rambut jenis botak nipis. (Gondol)
Jenis botak nipis atau orang panggil gondol ni mungkin jenis yang malas nak gayakan rambut dia orang tu. Sebab senang saja kot nak jaga, tak perlu sikat atau tak perlu minyak rambut. Lepas mandi tu, siap-siap terus gerak ke sekolah, As simple as that. (Aku pun tak tahu sebenarnya kenapa diorang nak botak nipis ni tapi aku tengok kawan-kawan yang botak tu memang jenis yang malas nak gayakan rambut pun)
4) Rambut jenis jambul. (Sikat depan)
Jenis rambut sikat ke depan kata orang. Kalau dulu dekat sekolah budak-budak panggil rambut style gay-boy. Ingat lagi kan? Entahlah, aku pun tak tahu kenapa panggil gay-boy sebab aku tengok budak-budak gay tak ada pun buat rambut style macam ni. Tapi dari apa yang aku nampak budak-budak yang buat rambut style macam ni dulu memang ada nampak kasanova sikit. Antara style rambut yang popular jugalah dulu.
5) Rambut jenis sikat belah tengah.
Fashion rambut yang paling popular. Aku boleh bet yang kau orang (yang lelaki lah) dulu mesti pernah buat fashion rambut ni. Rambut mesti panjang dan tebal. Tepek-tepek minyak rambut banyak sikit lepas tu sikat rapi. Depan cermin saja nak gayakan rambut ni mahu makan 10 minit juga. Mana tidaknya, rambut ni lah dulu paling market sekali sebab semua pun terikut-ikutkan fashion David Backham. Lepas tu pula awek-awek mesti jeling-jeling punya. Dia punya bangga tu memang tak payah cakaplah kan? Kalau time perhimpunan pula, mesti pakai songkok sebab nak sorok rambut tu, kalau tak memang kena gunting free sajalah dengan cikgu displin.
Sudah semestinya rambut aku dulu fashion yang no.5 tu.
Memang habis style kot fashion tu dulu.
Memang merasakan diri ni adalah antara yang terkacak juga dulu.
Aha, aku tau tu tengah gelakkan lah tu.
Tapi bila tengok balik gambar-gambar zaman sekolah dulu memang kelakar.
Aku pun pelik kenapa aku buat gaya rambut macam tu dulu.
P/S : Ingat nak buat baliklah gaya rambut belah tengah tu. Baru terasa macam Tomok zaman New Boyz tu. Dulu ramai kot minat dekat dia sebab rambut dia belah tengah. Sejarah mungkin berulang.
P/S lagi : Kalau yang perempuan tu ceritalah dekat aku dulu kau orang rambut jenis apa yang style. Nak tau jugakan? Iya lah sebab dulu dekat sekolah semua pakai tudung, jadi tak boleh nak agak.

masa i freehair dulu , bob hairstyle ( rambut paras bahu) salu jadi pilihan i . sebab senang nak urus compared to rambut panjang . haha
ReplyDeletesyida : oho, i baru google td bob hairstyle ni..nmpk mmg mcm senang..yeay!..tenkiu for the info..=D
ReplyDeletedulu time sekolah byk org wt rmbut lurus je hjg tuh..means sm je rmbut tuh..lagi satu rambut layer..potong bertingkat2..hehe
ReplyDeleteeika : aha..rmbt bertingkat mcm mangkuk tingkat tu mmg popular..bila2 lepak dkt skolah convent mmg slalu tgk ah..=D
ReplyDeletemcm best lak tgk rambut julie andrews dalam filem the sound of music
ReplyDeleteejat : haa,rambut ala-ala boyish cut tu..sweet jgk..=D
ReplyDelete