Sunday, April 11, 2010

Psst..Psst..Bukan Sebarang Malam.


Sedara mara aku dari kampung semua turun Bangi malam tadi.
Lepak-lapak rumah aku sambil-sambil tengok final bola.
Kononnya nak sokong pasukan Hijau Kuning.
Habis satu rumah berwarna Hijau Kuning malam tadi.
Memang meriah kalau sudah ramai-ramai berkumpul.
Tahniah juga diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan kerana telah memenangi Piala F.A untuk kali kedua nya dalam sejarah bola sepak negara.
Kedah memang bagi peluang untuk kau orang menang.
(Ceh! Padahal dah kalah, nak bagi alasan banyak)

Kami kalau sudah berkumpul memang mulut masing-masing tak boleh nak diam.
Mesti ada saja benda yang nak diceritakan.
Sudah semestinya akan disulami gelak tawa yang menggila kalau sudah ramai-ramai macam tu.
Memang meriah habis macam ada kenduri pulak dekat rumah aku malam tadi.

Sedang-sedang menunggu separuh masa kedua nak mula, tiba-tiba ada satu iklan ni yang telah mengubah terus suasana malam tu.
Iklan yang dimaksudkan tu adalah iklan Psst..Psst..MJ Bukan Sebarang Malam.
Iklan pasal Malam Jumaat tu (kalau tak tahu tu pergi google)
Ala, kau orang-kau orang yang rajin mengadap tv tu mesti akan perasan punya.
Confirm!
Tiba-tiba anak buah aku yang sorang ni telah mengajukan soalan cepu-mas kepada mama dan papa dia (juga kepada semua yang mendengar)

"Mama, papa. Kenapa iklan tu sembur-sembur mulut dia? Malam jumaat memang kena buat macam tu ke? Mama dengan papa tak pernah pun adik nampak buat macam tu bila malam jumaat?"

Haa, apa nak jawab kalau soalan macam tu diajukan?
Lagi-lagi budak-budak pula yang tanya apa semua kan?
Memang aku lihat mama dengan papa dia tak tahu nak jawab apa.
Sengih macam kerang busuk then garu-garu kepala sajalah.
Aku pun jadi serba salah, sebab macam nak tolong jawabkan tapi aku pun tiba-tiba jadi kelu lidah sebab tak tahu nak jawab apa.

"Adik, jom kita pegi beli ice-cream jom! Pak Long terasa macam nak makan ice-cream lah"

Abah aku terus ajak budak tu keluar pergi 7-11 konon-konon nak pergi beli ice-cream.
Padahal tu semua taktik nak alih tumpuan saja tu.
Tapi memang kita orang malam tu tak tahu nak jawab apa.
Semua orang pun tercengang sebab budak tu baru umur 5 tahun kot.
Alahai.

P/S : Macam mana lah nanti agaknya kalau anak-anak aku yang tanya benda-benda ni semua kat aku nanti? Kena prepare dari sekarang lah jawabnya ni.

6 comments:

  1. baru taw kewujudan iklan ni masa tengok paper semalam . takda chance nak tengok kat tv . baca artikel dia pun dah rasa macam seram gila . haha

    ReplyDelete
  2. syida : haa,u kena tgk iklan dia tu dlu br u akn paham maksud sebenar i..try tgk kt youtube..=D

    ReplyDelete
  3. ika da tgk bende nih kt tv..gara2 naha yg ckp..barula ika sdr pe bende tuh..haih..malam jumaat..kih2..

    ReplyDelete
  4. eika : oh,ya..kalau tak tau,malam jumaat tu sinonim ngan malam bersama suami isteri..mmg in realiti pon cmtu jgk,kt office ak ni kalau hari kahamis mesti org-org yg da kawen nk blk awal..ahaha..=D

    ReplyDelete
  5. aiman xgtau pun ika da tau..hahah..aiman xbalik awl ke hari kamis?hahahahah

    ReplyDelete
  6. eika : ahaha..aku kalau da kawen confirm confirm balik awal jgk!..=D

    ReplyDelete