Thursday, April 29, 2010

Gila Bola.


Sambil sambil menunggu game Champion League antara Barcelona dengan Internazionale tadi, aku saja saja online kejap.
Biasalah, nak membunuh masa kononnya.
Jadi seorang kawan ni buzz lah aku dekat facebook aku.
Haa, aku sudah ada facebook (fyi) berkat doa kawan-kawan yang tak sudah sudah nak aku open account facebook tu.
Meh meh add aku then kita dapat merapatkan lagi ikatan silaturahim yang sedia terjalin tu.
Tak gitew u'olls?

Si Polan : Aiman, kau buat apa tu? Online jer lah kau eh?
Mohammad Al-Aiman : Alahai, tak ada buat apa pun. Tunggu bola kejap lagi ni ha. Kau?
Si Polan : Haa, eloklah tu. Aku pun nak tanya pasal bola ni. Apa pasal lelaki minat sangat bola eh? Tak rimas ke haa?
Mohammad Al-Aiman : Ler, apa punya soalan la dey? Nak rimas apanya?
Si Polan : Oit, aku tanya ni confirm confirm lah bersebab.
Mohammad Al-Aiman : Haa. Apa pasal?
Si Polan : Ni si ***** boyfriend aku tu. Minat sangat bola. Naik muntah aku. Asal dating jer mesti nak balik awal. Alasan dia nak tengok bola. Hish!
Mohammad Al-Aiman : Ler, dah namanya lelaki mesti lah minat bola. Kang kalau minat dekat alat alat make up tu kau nak ke?
Si Polan : Ahh kau ni, asyik asyik nak back up si ***** tu. Sama jer lah kau orang lelaki ni.
Mohammad Al-Aiman : Yang kau nak angin sangat ni apa pasal ni? Period ke hape?

Haa, tu antara petikan dari conversation aku dengan kawan aku tadi.
Nak tulis semua malas jadi aku ambil point sajalah.
Punyalah nak marah marah kawan aku tadi tu.
Rupanya point pasal bola jer pun.
Ish ish ish.
Okey lah tu boyfriend kau pergi tengok bola.
Ni aku nak bagitau sikit ni.
Lelaki memang normal lah kalau tengok bola.
Kau orang-orang perempuan tu kenalah terima kalau kalau boyfriend kau orang tu minat bola.

Aku kadang kadang rimas jugak tengok kawan kawan aku yang bila tengok bola bawak girlfriend.
Kalau girlfriend diaorang tu okey aku tak kisah sangat.
Ni macam macam perangai.
Ada yang sampai bergaduh gaduh sebab boyfriend nak tengok bola tapi girlfriend tak nak.
Lepas tu ada yang kelakar, boyfriend tengok bola tapi girlfriend tunggu dalam kereta buat muka masam.
Weih, kalau iya pun tak suka layankan sajalah.
Tak letih ke duduk dalam kereta tu?
90 minit beb, tu belum lagi campur masa tambahan.
Peh, memang kebas bontot weih.

Jadi kepada member aku tadi (tu kalau kau bacalah blog aku)
Kau tak payahlah nak rimas rimas ke hape ke dekat boyfriend kau tu.
Biarlah tengok bola pun, dari dia buat benda tak berfaedah.
Kenalah give and take kan?
Kau ingat dengan kau marah marah tu dapat halang dia dari tengok bola ke?
Tak dapat la weih.
Lelaki ni kalau dah minat bola tu memang susah nak tinggal.

P/S : Barcelona kalah tadi dengan 2-3 aggregate. Damn la weih! Tapi tak kisah sebab barca pegang game. Barca pegang bola 75%-25%. Nampak sangat Milan main defensive gila vavi.

12 comments:

  1. nasib baik lelaki minat bola . kalau lelaki tu menggatal dengan tah mana2 perempuan ke curang ke tak ke lagi haru ahah

    ReplyDelete
  2. saye x minat bola...
    mesti ade perempuan minat saye....
    kekekekekeekeeeee....
    -zambri latip-

    ReplyDelete
  3. syida : haa..tu lah..xper la,bukannyer xfaedah kan tgk bola tu kn?kn?..mkn,minum,tidur bola..=D

    ReplyDelete
  4. faridrul : haa..kalau xminat bola tu xleh nk dipaksa..cinta tu tak boleh dipaksa - mcm lagu budakacamata tu..ngeh ngeh =D

    ReplyDelete
  5. saya minat bola ! mst rmi laki nk. hahaha :D

    ReplyDelete
  6. enab : wow!..tapi awk minat arsenal..ngeh ngeh =D

    ReplyDelete
  7. yeah. THE BEST TEAM EVER !! ;D

    ReplyDelete
  8. enab : yeah..ikut awk la eh gunners girl,tp da lame xmenang piala kn?kn?..aha.. =D

    ReplyDelete
  9. haha tak pelik pun kalau lelaki minat bola
    kalau dah itu minatnya, tak payah lah halang, kan?

    ReplyDelete
  10. saya nak enab!

    ayat postscript ko yang last tu agak menyedapkan ati sendiri laa. takpe, aiman tak kesah.

    mmg realtionship neh memerlukan give n take. masalahnya selalunya proses give n take ini tak seimbang. ada yang mintak macam-macam tapi taknak bagi apa-apa.

    "U punye, I punye; I punye, I punye laa"

    tu yg payah bila nak ajak main kompromi ini. adalah lebih masyuk sekiranya dapat pasangan yg sama gak kaki bola macam kita.

    so, enab, solo lagi ke awak neh?

    tapi member aku pernah berkata, "benda yang kita nak tu lah biasanya yang kita takkan dapat."

    dem!

    ReplyDelete
  11. ajai : kau xpayah nk ayat ayat si enab tu ah..ahaha..=D

    tu aku setuju la ngan kau,mmg susah nk cari partner yg kepala sama gila,suka kentut sama,suka korek idung tanpa segan silu (ni perumpaan jer) sbb yg ader nyer kita akan dpt yg bertentangan.

    tp yg bertentangan pon ader jgk bagusnya.dengan erti kata lain ader la jgk pro n kon dier kan?

    tp perenggan kau yg bwh tu aku xberape nk setuju sbb kalau kita berusaha sungguh sungguh,berdoa pd yg maha mendengar aku rasa mungkin akan dpt.

    sekian terima kasih

    ReplyDelete