Sunday, April 4, 2010

Ayu Sungguh Cik Adik Bertudung.


Ya, bertemu kita lagi.
Pada yang setia mengikuti blog aku ni mungkin akan perasan pada
entri yang lepas aku cerita pasal rambut budak-budak lelaki masa zaman-zaman sekolah dulu.
(Ceh, padahal entri lepas baru semalam =D)
Kali ni aku nak kupas pula cerita pasal budak-budak perempuan masa zaman-zaman sekolah.
Kalau sudah cerita pasal budak-budak perempuan ni tak lain tak bukan mesti pasal tudung lah kan?
Sebab majoriti sekolah dekat seluruh Malaya ni semuanya wajib untuk memakai tudung.

Semua ni aku perasan sebab sudah banyak aku lihat iklan-iklan tudung yang berlumba-lumba tayang.
Tak kiralah dekat dalam surat khabar ke, dekat dalam fliers iklan ke, dekat dalam internet ke, dekat dalam t.v ke, even dalam radio pun tak silap aku ada aku terdengar.
Jadi aku rasa fashion tudung sekarang sudah menjadi-jadi.
Alhamdulillah lah sebab sambil-sambil kau orang bergaya tu boleh juga tutup-tutup aurat apa semua kan? (Chewah!)
Evolusi tudung-tudung berfashion ni semua kalau tak silap aku Wardina Safiah yang mulakan.(tegur aku kalau salah ya kawan-kawan)
Lepas tu sekarang isteri mawi si Ekin, then si budak AF tu Heliza tak silap aku nama dia.
Farah Adeeba pengacara tv9 tu pun cantik molek saja menggayakan tudung berfashion-fashion ni.
Tak lupa kepada Datin Nurjuma bekas pengacara tv3 tu dengan anak penyanyi dangdut tu, nama dia Beinda tak silap aku.

Pendek kata bila mana artis atau selebriti ni semua bergaya dengan fashion-fashion tudung masing-masing aku tengok makin ramai yang terbuka hati untuk bertudung.
Termasuk beberapa orang kawan-kawan aku sebab dia orang cakap antara sebabnya dia orang bertudung kerana terpengaruh juga dengan fashion artis-artis ni bertudung.
Bagi aku tu sudah kira okey.
Alhamdulillah sekali lagi.
Two thumbs up guys.
Pada yang tak tahu, semua nama yang aku sebut dekat atas tu semuanya personaliti, artis dan selebriti Melayu.
Kalau tak kenal silalah google saja nama-nama tu.

Okey, sekarang aku nak flashback balik fashion-fashion tudung budak-budak perempuan masa zaman sekolah dulu.
Ni masa zaman aku dulu lah, sekarang aku tak pasti kalau-kalau ada lagi ke tak sebab aku pun dah lama tak jenguk-jenguk budak-budak sekolah.
Dan ni juga pada pemerhatian aku masa dekat sekolah dulu.

1) Tudung jenis labuh.

Budak-budak yang pakai jenis tudung labuh ni memang sudah semestinya tergolong dalam golongan yang baik-baik, sopan santun kan? Iya lah, pakai tudung labuh tu bagi aku menggambarkan mereka ni betul-betul menjaga diri. Nampak mereka juga terasa sejuk hati. Budak-budak yang pakai tudung lebuh ni juga adalah budak yang paling kurang kena sakat dengan budak-budak lelaki masa aku dekat asrama dulu. Tak sampai hati kot nak sakat dia orang ni.

2) Tudung jenis hujung tudung selit dengan cincin.

Haa, faham tak apa maksud aku? Okey, dia macam ni tau. Kau orang bayangkan kain skarf pengakap yang kita pakai dulu waktu ko-ko tu. Kan kena selit dengan wogel (sila google ya) Lebih kurang macam tu lah. Tapi aku tengok budak-budak masa tu suka pakai cincin tak pun pengikat rambut yang jenis getah bergulung-gulung yang macam wayar telefon tu selit dekat hujung tudung yang bahagian bawah tu. Aku pun tak tahu apa motif dan sebab budak-budak buat style macam ni. Tapi apa yang aku nampak macam dia orang ni nak tayang dada pun ada. Eh, serious weih.

3) Tudung jenis biasa tapi bahagian bawah lilit dekat bahu.

Yang ni pula aku tengok memang kebanyakan budak-budak sekolah aku pakai macam ni. Aku rasa sebab simple dan senang saja kot. Tapi aku tengok dia orang ni macam selekeh pun ada. Iya lah, mana tidaknya kan? Aku perhatikan budak-budak ni biarkan tudung dia orang yang bahagian atas tu menggelebeh. Lepas tu hujung tudung tu main lilit-lilit saja dekat bahu. Kadang-kadang tu ada yang tak pakai anak tudung. Serabai oh. Adoiyai. Tapi ada juga budak yang kreatif sikit dan tak nak nampak selekeh jadi dia orang beli plastik yang keras tu then potong-potong kemudian selit dekat bawah bahagian atas tudung tu bagi tak menggelebeh. Haa, yang jenis macam ni tak adalah nampak selekeh sangat lah.

4) Tudung jenis pakai dan ikat.

Simple saja style ni. Pakai lepas tu ikat bahagian bawah tu. Tapi nampak lah jambul rambut tu terkeluar. Fashion tudung macam ni selalunya time pendidikan jasmani tak pun waktu ko-ko hari sabtu. Mungkin leceh kot bagi dia orang dan nak menyenangkan.

5) Tudung jenis senteng dan kecil.

Apa yang aku perhatikan, jenis pemakaian tudung ni hanya budak-budak yang budget popular yang selalu pakai. (budak-budak yang konon cun lah senang cerita) Sebab apa aku cakap macam tu? Okey, sebab dia kau orang boleh ingat balik kan yang selalunya budak-budak yang pakai tudung jenis senteng dan kecil ni selalunya nak tayang rambut. Tudung senteng jadi rambut bahagian belakang tu terkeluarlah. Jadi senang nak tayang yang dia orang sudah color rambut tu merah la, coklat la, kelabu tahi anjing la. Lepas tu habis waktu sekolah lepas pagar saja terus buka tudung. Iya lah, tak cool lah kan pakai tudung lepas sekolah. Pakwe-pakwe (dulu kan masa zaman aku sekolah panggil pakwe makwe) pun boleh usha-usha kan dan seterusnya jadi bangga dan gedik.

Ni antara jenis-jenis fashion tudung yang aku ingatlah masa zaman aku sekolah dulu.
Mungkin ada lagi 2-3 jenis tudung yang aku terlepas.
Lupa kot sebab sudah berapa tahun tinggalkan sekolah ni.
Jadi mungkin kau orang yang perempuan tu (lelaki pun tak kisah) boleh ingat-ingatkan aku balik.
Kadang-kadang tu gelihati juga bila ingat kawan-kawan aku yang perempuan tu kalau jumpa atau berselisih dengan budak lelaki yang kacak sikit mesti lah nak tiup-tiup bahagian atas tudung yang menggelebeh tu.
Sampaikan tu mesti lepas dia orang buat tu akan ada lah yang mengikut tiup-tiup sekali. =D

P/S : Sekarang ni aku tengok sudah macam-macam style orang pakai tudung. Paling terbaru aku tengok selendang pun boleh jadi tudung. Lepas tu tudung pun ada nama eh sekarang. Fareeda la, Sumayaa la, Hawa la, Miza la. Macam-macam.

P/S lagi : Kita seharusnya faham maksud sebenar bertudung tu dan bukan disebabkan mengikut trend semata-mata. Fahamilah maksud sebenar dan renung-renungkan lah.

P/S lagi lagi : Kau orang yang perempuan tu boleh juga cerita apa style kau orang pakai tudung dekat sekolah dulu pada aku. Boleh juga aku tumpang gelak kalau kelakar fashion kau orang tu. =D

16 comments:

  1. cerita tudung saji lak pasni man......

    ReplyDelete
  2. ejat : ahaha..boleh,boleh..ada masa aku cerita pasal evolusi tudung saji plak..=D

    noorakhmar : apa yang tudia tucheq?..=D

    ReplyDelete
  3. lagi satu trend..tudung jenis selempang orang panggil..hehe..

    ReplyDelete
  4. eika : whoa..tudung jenis selempang tu mcmane rupe dier tu?..ish,ish..ader lg yg ak xtau rupenyer..haha..=D

    ReplyDelete
  5. u tak cakap shawl ! haha . i think yang tudung no 1 tu my friend yang free hair banyak ja sekolah pakai tudung labuh sebab diorang diorang aliran agama . tapi lepas sekolah dah tak pakai dah . haha .

    ReplyDelete
  6. tudung selempang tuh maksudnye yang kite selempang je atas bahu..xletak pin sume..

    ReplyDelete
  7. syida : aha, i tak tau psl shwl tu..u tau u bleh citer sket kt i kn?..=)

    eika : oho..okey2, da dpt info baru da..=D

    ReplyDelete
  8. mcm yg kwn aiman ckp tuh.shawl tuh selendang mcm pic ika pkai ngn naha tuh..huhu

    ReplyDelete
  9. eika : oho..okey,ak masih samar2 lg..nnt aku check pic tu k..=D

    ReplyDelete
  10. aku pakai tudung sederhana labuh...takdok pon ko tulis..hahaha...tak percaya,tgk blog aku.ada gambar pakai tudung skola.hahaha.

    ReplyDelete
  11. zazi : aha..mungkin aku tertinggal la tu..da lama kot tinggal zaman-zaman sekolah ni..tp bila tgk pic ko yg pakai tudung tu mmg ak automatik gelak..ahaha..=D

    ReplyDelete
  12. Sekolah tak pakai tudung. Sekarang baru pakai. Hehehe. Tertggl lagi 1 - Tudung yuna!! Macam jedi!

    ReplyDelete
  13. wawa : ni tudung masa time aku skolah dlu wa..dlu xder lg trend yuna ke,luna ke,nana ke..haha..

    ReplyDelete