Wednesday, March 31, 2010

Mak Abah ; Saya Sayang Semua.


Wahai adik-adik kenangkan jasa ayah
Hormatilah dia tanda kasih padanya
Pengorbanannya yang tiada terhingga
Mencari rezeki membesarkan kita

Ingatlah adik kasih ibu tercinta
Mengasuh mendidik tanpa letih dan jemu
Namun di wajahnya tetaplah ceria
Dapatkanlah ibu itulah kasih kita
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi


Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
Sayang sayang ayah
Sayang sayang ibu
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
Sayang sayang ayah
Sayang sayang Ibu


Kau orang mesti pernah dengar bibit-bibit lirik lagu seperti di atas kan??
Dulu masa lagu ni tengah-tengah top memang selalu kot diputarkan dekat radio.
Lagi-lagi lepas pengumuman waktu solat dekat radio, mesti ada punya lagu tu.
Tapi tu dululah, sekarang mana ada lagi yang minat lagu-lagu nasyid kan?
Sekarang orang layan lagu ni ;

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Okey, okey aku bagi separuh saja lirik sebab aku tau kau orang dah humming lagu ni dah.
Mesti nyanyi bagai nak gila dah ni.
Kan Ajai kan?

Sebenarnya bukan pasal lagu ni yang aku nak cerita.
Tetiba cerita pasal lagu ni pula.
Lari tajuk betul.
Nanti tak pasal-pasal kena kutuk sebab minat lagu Aril AF
Ni aku nak cerita pasal perbezaan di antara mak dengan abah aku.
Banyak juga perbezaan antara mak dengan abah aku ni.
Perbezaan macam mana tu kenalah baca, okey jom cekidaout. (Check it out lah maksudnya tu)

Perbezaan pertama : Situasi masa sebelum keluar rumah.

Mak :
"Haa. ni jangan lupa pulak nak kunci pintu ni semua. Sekarang ni banyak curi-curi ni."

Selang 5 minit.

"Jangan lupa kunci pintu ni, Check semua plug dah tutup ke tidak"

Selang 5 minit.

"Kunci pintu ni. Pintu belakang tu sekali. Check semua"

Selang 5 minit.

"Al-Aiman, rumah ni nanti check semua pintu, tingkap kunci. Jangan lalai nanti pencuri masuk"

Okey, ni cara mak aku sebelum dia nak keluar rumah.
Iya mak, Mohammad Al-Aiman faham semua tu.
Tetapi disebabkan naluri seorang ibu, memang tak sah kalau tak cakap banyak-banyak kali kan?

Abah :

"Ni semua pintu tingkap semua kunci, plug tutup cabut sekali. Nanti abah check tak buat semua siap kena sekeh okey"

Haa, jawapan aku senang saja.
"Baik boss" sambil tunjuk isyarat bagus.
Memang tepat dan padat abah punya sound.
Tak payah nak ulang 3-4 kali.
Sekali jer cukup untuk faham.

Perbezaan kedua : Situasi masa nak minta duit belanja sekolah.

Mak :

"Ni duit belanja ni ada lebih simpan. Jangan nak gatal-gatal beli benda-benda mengarut. Mak ni susah cari duit. Ingat mak ni kilang cop duit ke nak mintak duit hari-hari?

Tu dia mak punya sound.
Memang berdesup menusuk, mendalam habis.
Tapi dalam bising-bising tu dia hulur juga.
Mak mana yang tak sayang anak kan?

Abah :

"Ni duit belanja sekolah hari ni. Cukup tak? Kalau tak abah bagi lebih sikit"

Haa, yang ni memang aku tak tau nak cakap apa.
Siap nak bagi lebih tu.
Siapa yang tak nak kan kalau duit belanja dapat lebih dari selalu?

Perbezaan ketiga : Situasi masa kecik-kecik dulu dekat shopping mall.

Mak : "Masuk tengok saja!"

Mak memang tegas masa tu.
Yang paling aku tak boleh lupa aku akan ikut cakap mak lepas tu letak tangan belakang pinggang sambil tengok-tengok saja barang-barang mainan.
Peh, mana boleh tahan kalau tengok Lego, Senapang apa semua mainan tanpa sentuh kan?
Tapi takut mak bising tu yang sampai tak sentuh tu.

Abah : "Ambil barang yang paling murah saja!"

Barang yang paling murah?
Kau orang nak tau apa yang aku ambil?
Askar-askar yang kecil-kecil warna hijau yang ada macam-macam gaya dan aksi tu.
Tu saja yang paling murah pastu dapat banyak.
Tapi tak kisah pun sebab janji dapat barang mainan.
Bila dapat memang senyum sampai telinga lah.

Perbezaan keempat : Situasi semasa dapat keputusan peperiksaan.

Mak : "Ni apa pasal banyak subjek dapat macam ni? Kat sekolah main ke belajar ni?"

Kalau masa nak tandatangan report card tu lah memang masa paling tak best sekali.
Bukan apa, kalau kena bebel saja aku tak kisah tapi siap sedialah nak kena rotan apa semua.
Haa, tu memang peritlah kan?
Tapi nak elak macam mana pun tetap kena rotan juga sebab keputusan tak pernah nak cantik.

Abah : "Lain kali buat lain. Jangan nak main saja!"

Sambil abah tandatangan sambil tu dia nasihatkan aku sekali.
Tapi kalau teruk keputusan tu memang kena rotan juga.

Perbezaan kelima : Situasi masa nak keluar rumah lepak dengan kawan-kawan.

Mak : "Ni sudah malam-malam buta baru nak keluar? Apa tak boring ke asyik lepak tengok muka kawan-kawan tu?"

Dulu masa zaman sekolah mak memang pantang kalau lepak waktu tengah-tengah malam.
Aku macam biasalah, pekakkan telinga saja.
Sebab nak tengok bola punya pasal.
Dulu zama sekolah mana ada astro dekat rumah kan?

Abah : "Haa, nak pergi mana tu? Kalau lepak tak lama abah nak join. Dah lama tak pekena teh tarik mamak tu"

Ni memang serious weih.
Abah aku join aku lepak dengan kawan-kawan.
Apa ada hal kan?
Sampaikan kawan-kawan yang tengah hisap rokok buang semua rokok tu waktu aku dengan abah aku datang nak lepak.
Memang kelakar gelagat dia orang tu.
Iya lah, budak bawah umur hisap rokok kan?
Memang cuak habislah.
Dia orang ingat aku datang bawa abah nak tangkap dia orang bagi dekat mak bapak.
Padahal nak datang lepak.

.............................................................................

Ni antara perbezaan mak dengan abah aku.
Ada banyak lagi sebenarnya tapi nantilah next time aku cerita lain.
Tapi walaupun mak tu garang dan abah tu cool tak bermaksud aku sayang abah lebih ke apa ke atau mak tu tak cool ke kan?
Sebenarnya aku nak cakap yang memang mak dan abah tu berbeza tapi kasih sayang aku dengan mak dan abah tiada perbezaan pun.
Dua-dua pun sama sayang.

Okey, sekarang aku nak pergi download lagu Aril AF tu.
Eh, silap. Bukan-bukan.
Aku nak download lagu atas sekali tu, kumpulan Huda tak silap aku.
Nak dengar balik lepas tu forward dekat kawan-kawan.
Yeah!

P/S : Kalau ada cerita pasal mak abah kau orang bagitaulah aku. Aku pun nak dengar juga. Itu pun kalau kau orang sudilah kan?

P/S lagi : Aku buat entri ni sebab aku baru ter-pecah-kan pinggan mangkuk favourite mak abah. Hampeh betul. Tak pasal-pasal kena buat entri bodek.

Tuesday, March 30, 2010

Dulu & Sekarang.


Ni ada cerita sikit (banyak juga sebenarnya) pasal benda-benda yang dulu-dulu jadi ikutan (alahai, bermusim lah orang cakap) tapi sekarang sudah kurang menjadi ikutan.
Aku teringat benda-benda ni bila aku lepak-lepak sembang dengan kawan lama dekat ym kelmarin.
Dulu-dulu masa budak-budak memang ketagih habislah dalam erti kata lain memang batak habis dengan benda-benda ni semua.

1) Microgenius.

Siapa-siapa yang tak pernah main benda ni memang loser habislah. Konsol game ni lah yang buatkan aku ketagih hampir setiap hari main Mario Brothers, Tank, Contra, Pacman, Tetris. Aku sangat bersemangat nak kalahkan monster yang culik puteri tu okey?

2) Tamiya

Haa, benda ni memang sangat popular dulu. Masa tu kalau tak silap aku darjah 3 kot. Tahun 1996 ke? Memang puja habis benda ni. Nak-nak ada pulak kartun semua bagai. Ingat lagi Dash Yonkuro? Mana boleh miss kartun tu. Kalau miss memang esok nak sembang kat sekolah tiada point lah kan?
Lepas tu duit belanja sekolah siap simpan semua sebab nak beli set kereta mini dia tu. Satu set dalam lebih kurang $30-40 kalau tak silaplah. Tu belum dengan aksesori kereta semua. Siap dengan tool box untuk simpan kereta dengan aksesori. Setiap weekend mesti akan pergi ke shopping mall berhampiran untuk lawan lumba kereta. Last-last kalah dengan budak cina sebab dia orang punya kereta lagi champion. Memang dengki juga lah. Ada tu kawan aku siap nak bergaduh sebab kereta dia kena hentam belakang dengan kereta budak cina tu. Kelakar betul. Dah kereta kau lembab nak buat macam mana kan?

3) Digimon

Kau pelihara dia, bagi makan minum tidur semua cukup, training sampai peringkat champion lepas tu challenge kawan-kawan. Kalau menang memang bangga habis satu taman. Dulu lepas tamiya, gila dekat digimon pula. Benda ni lebih kurang tamaguchi juga tapi digimon ni bleh buat lawan-lawan. Tu yang syok tu. Ingat lagi sampai aku sanggup beli digimon punya encyclopedia sebab dalam tu ada strategi untuk bagi digimon kau kuat. Gila. Kalau masa belajar dulu buat macam ni kan bagus?

4) Pokemon

Masa-masa ketagih digimon tu, pencabar terdekat dia muncul. Si Pikachu dan rakan-rakan. Mula-mula tu memang tidak tertarik langsung sebab apa barangkan binatang yang comel-comel? Baik lagi digimon yang agak ganas-ganas tu. Tapi bila sudah tengok kartun dia, ambil kau. Melekat! Digimon terus simpan bawah katil. Pergi Sg.Wang beli gameboy sebab nak main game dia. Mahal pun tidak kisah sebab ketagih punya pasal.

5) Yo-yo

Benda ni dulu memang popular satu dunia masa tu. Siap pergi beli dekat stesen minyak Caltex sebab dekat situ saja yang ada jual. Kalau tak silap aku nama yo-yo tu Bumblebee. Sebab tertarik adalah yo-yo tu leh buat macam-macam trick yang sangat buat aku kagum. Yo-yo biasa tak boleh hanya yo-yo Bumblebee ni saja yang boleh buat trick-trick tu. Tapi trick-trick tu semua aku tak penah lulus pun buat. Hampeh betul.

Ni lah dulu permainan aku masa budak-budak dulu.
Tapi aku tengok budak-budak sekarang sangat advance.
Dah tak main dah benda-benda aku main dulu.
Pernah sekali aku lepak dekat kedai game kawan aku, tengok ada budak-budak ramai main game dekat situ.
Aku tak kisah sebenarnya tapi masa aku tanya berapa umur dekat budak-budak tu yang buatkan aku terkejut.
Umur baru 5-6 tahun beb tapi masa main game mencarut-carut kalah aku.
Haa, umur 5-6 tahun satu hal, mencarut-carut satu hal lagi.
Lepas tu main game yang bunuh-bunuh orang.
Adoiyai.
Dulu aku umur 5-6 tahun tak main game lagi nak-nak pulak main game bunuh-bunuh semua.

P/S : Aku loser ke budak-budak sekarang ni yang dah advance?

Sunday, March 28, 2010

"Dan Anugerah Seterusnya Jatuh Kepada...."


Yeah!Yeah!Yeah!
Terima kasih kepada Minarni Deswina kerana sudi memberi anugerah yang tidak seberapa ni.
Rasa macam dapat anugerah artis-artis dia punya bangga wa cakap lu.
Aku rasa macam tak layak lagi kot bagi-bagi award ni semua sebab aku pun baru berjinak-jinak dalam dunia ber-blogging ni.
Tapi kalau sudah diberi anugerah kita terima sajalah kan?
Terima kasih sekali lagi diucapkan.

Ha, sudah dapat anugerah ni kena pula jawab soalan bagai.
Tapi tidak kisah.

a) Thank & link the person that gave you the award

Yeay! Terima kasih ya cik Minarni Deswina. Nanti balik P.J nanti jangan lupa roger i, i belanja u minum. Okey?

b) Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are
fantastic.



Aku rasa blog mereka-mereka ni fantastik dan bombastik :
1) Minarni Deswina (Nak letak jugak sebab selalu baca kot =D)
2) Affnierously (Bakal sasterawan/pengarah filem)
3) Sasha Kaza (Blogger popular ni)
4) Azraie Jambang (Berbunga-bunga bahasa dia ni)
5) Yunie (Engineer terkenal ni)
6) Zazi (Bakal peguam negara)
7) Noorakhmar (Bakal cikgu tapi aku tak yakin boleh lagi..=D)
8) Noorhashura (Selalu baca tapi tak boleh komen)
9) Reyna (Bakal designer)
10) Nurul Huda (Cik gagap ni bila mau kahwin?)


c) Contact said blogs and let them know they've won the award

Beres!

d) State 7 thing about yourself

Mesti juga nak state benda-benda ni ke?

1) Punk rock.
2) Buku. Kalau boleh nak buat tour dekat semua library dekat dunia ni.
3) Tidur benda paling best kot.
4) Suka complaint tapi benda-benda yang meragukan lah kan?
5) Sketching.
6) Makan, makan dan makan.
7) Bola Sepak.

e) I dont want to keep this award alone, n wanna share this beutie award to :

Semua orang yang singgah/baca/curi-curi baca (semualah) blog aku ni. =D

Okey, kau orang-kau orang yang ada blog tu pun best juga.
Setiap blog lain-lain style kan?

Saturday, March 27, 2010

Pakcik Oh Pakcik.


Disebabkan helaian kertas-kertas yang ada gambar agong bermacam-macam warna tu sudah susut di dalam wallet, aku pun menggagahkan diri untuk ke bank berhampiran untuk keluarkan duit.
Sampai-sampai dengan bertongkat bagai semua, aku lihat bank ramai orang.
Oh, aku baru teringat. Time-time gaji ni memang penuhlah bank.
Ramai sangat orang masa tu sampaikan beratur panjang nak keluarkan duit.
Aku tetap bersabar menunggu giliran even bertongkat pun.
Ramai mata-mata yang memerhatikan aku, mungkin pelik sebab bertongkat tapi aku tetap cool saja.
Ah, lantak kau orang lah nak tengok ke hape ke.

Di depan aku ni adalah seorang pakcik ni.
Nak kata tua sangat, tak juga.
Aku budget umur dia dalam pertengahan lah.
Pakai kaca mata yang membuatkan aku fikir mesti rabun sangat ni sebab kanta kaca mata dia tu memang tebal kot.
Muka pun garang-garang macam cikgu displin sekolah.
Tak kisahlah, aku pun bukan nak berperasangka buruk sangat pun.

Sampailah giliran pakcik depan aku ni pula.
Memang lama bukan main dia nak keluarkan duit tu.
Adalah dalam 10 minit lebih.
Aku dalam hati sudah agak menyumpah-yumpah pakcik depan aku ni.
Mana tidaknya, aku ni sudahlah bertongkat kan?
Yang dia boleh pula lama-lama, penat tau tak.
Tapi aku tetap buat muka cool lagi.

Tiba-tiba pakcik tu mengamuk, marah-marah seorang diri sambil ketuk-ketuk mesin atm.
"Ni apahal pula pakcik ni? Kena sampuk ke hape?"
Aku pun memberanikan diri menegur pakcik tu.

Mohammad Al-Aiman : "Ni apahal ni pakcik? Apa masalah ni?"
Pakcik : "Ni ha kad bank pakcik ni, sudah 5-6 kali pakcik cucuk tapi tak boleh terima"
Pakcik : "Angin betullah. Servis macam haram"
Pakcik : "Apa bank ni tak maintain ke mesin atm ni?"

Bukan main marah lagi pakcik tu.
Aku macam biasalah, senyum-senyum kambing dan mengangguk sajalah apa yang di-complaint-kan pakcik tu.
Pakcik tu pula tak habis-habis membebel pasal kad dia tu.
Aku pun malas nak dengar apa yang pakcik tu membebel lalu aku pun tenangkan lah pakcik tu.

Mohammad Al-Aiman : "Okey pakcik, sabar-sabar. Meh sini saya tengok apa masalah dengan kad pakcik tu. Boleh?"
Pakcik : "Ha, elok sangatlah tu" (Sambil hulur kad atm dia dekat aku dengan muka yang agak ketat)

Aku terkejut beruk betul bila dia hulurkan kad atm dia tu.
Rasa nak maki pun ada, tapi nasib baik perasaan hormat pada orang tua tu masih tebal lagi jadi aku pun cakaplah sebaik mungkin tapi dengan nada yang tegas.

Mohammad Al-Aiman : "Pakcik oi, ni kad jusco. Memanglah atm ni tak terima pakcik"

Muka pakcik tu memang terkejut dan jadi merah terus.
Dari jadi marah terus jadi malu.
Pakcik tu terus keluar dari bank sambil diperhatikan orang ramai.
Semua yang beratur dalam bank tadi senyum-senyum sambil jeling-jeling pakcik tu.

Mohammad Al-Aiman : "Hadoih, macam-macam la orang tua ni" (Ngomel aku sorang-sorang)
Makcik : "Sabar sajalah nak oi" (Tetiba makcik yang beratur belakang aku tegur)
Mohammad Al-Aiman : "Tengah sabarlah ni makcik, kalau tak sabar saya dah hempuk dengan tongkat ni dah"

Thursday, March 25, 2010

Wonder Wonder Land II.


Akhirnya, aku berjaya untuk menonton filem Alice In Wonderland.
Kredit kepada Ashraf Zaidon kerana dengan sudinya dapat membawa aku untuk menonton filem ni.
Excited juga sebenarnya sebab aku memang suka filem-filem macam ni.
Fantasi dan khayalan.
Plot filem ni memang menarik pada aku dengan jalan cerita yang ringan dan tidak perlu untuk berfikir panjang.
Memang sesuai kepada siapa yang minat filem-filem bercorak ringan.
Pengarah filem ni pula iaitu Tim Burton memang bagus.
(Batman, Edward Scissorshand, Nightmare Before Christmas, Planet Of The Apes, Charlie and The Chocolate Factory dia ni juga pengarah)
Senang cerita, memang kerja dia lah mengarah filem-filem macam ni.

"Kenapa burung gagak kelihatan seperti sebuah meja tulis?"

Sepanjang aku menonton filem ni, terfikir-fikir juga apa maksud dan jawapan kepadanya.
Sambil tengok sambil fikir memang susah juga nak tumpu perhatian pada jalan cerita.
Last-last, jawapan kepada soalan tu ialah "I don't know, you figured it out"
Ceh, hampeh betul.

Rating Filem : 8/10

P/S : Si Tweedledee dengan Tweedledum betul-betul meningatkan aku dengan sepupu aku si kembar tu.

Monday, March 22, 2010

Kipas-Susah-Mati.


Aku tau yang entri ni mungkin sudah beribu-ribu orang tulis dalam blog meraka.
Dan aku tulis entri ni juga bukan sebab aku penyokong fanatik Man Utd atau Liverpool.
Ini hanya pandangan aku tentang penyokong kedua-dua kelab ini apabila lepak minum tengok bola dekat kedai mamak semalam.
Kehadiran tidak dinafikan memang ramai.
Boleh dikatakan sold out juga kalau kedai mamak tu mengenakan tiket masuk untuk menonton perlawanan bola tu.
Kedai mamak tu sangat packed dan kebetulan hujan lebat jadi suasana amat meriah sekali.
Tahniah untuk Man U sebab menang ke atas Liverpool dengan jaringan 2 berbalas 1.
(Walaupun aku cakap tahniah, aku tetap tak suka Man Utd)

Penyokong Liverpool :
1. Sangat bersemangat sebab pasukan kesayangan mereka sedang menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini walaupun awal-awal musim nampak macam hampeh.
2. Pujian diberikan kerana sangat ketara ketaksuban meraka. Sebabnya adalah penyokong Liverpool lagi ramai berani memakai jersi pasukan berbanding penyokong pasukan lawan (Booo! untuk pasukan Man U)
3. Memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan sampaikan tengok bola mulut ternganga luas. (Oit abang, tutup sikit mulut tu. Lalat masuk kejap lagi nanti)
4. Aku lihat meraka mampu lagi tersenyum even kalah sekalipun. Pujian harus diberikan. (Sila tepuk!)
5. Kepada Ahmad Azam dan Fikri Shaari : Maaf pasukan kau orang main agak hampeh dan tidak aggresif. Mungkin lain kali ada rezeki lain. Nampak memang tiada harapan untuk ke Champion League musim depan.

Penyokong Man Utd.
1. Semangat tu memang semangat. Tapi semangat hangat-hangat tahi ayam. Semangat sebab team kau orang menang. Kalau kalah memang masing-masing tidak boleh terima hakikat. Hampeh penyokong macam ni.
2. Mane pegi kau orang punya jersi pasukan? Kata kipas-susah-mati Man Utd? Ke sebab hujan jadi jersi basah?
3. Ada yang beri tumpuan tapi tidak semualah. Yang aku lihat mereka ni lebih berborak dan cakap-cakap besar dari menonton perlawanan tu. Bila pasukan meraka menyerang dan membuat percubaan ke arah gol pasukan lawan baru nak sibuk-sibuk semangat bersorak.
Adoiyai. Apa ni?! Baik duduk rumah tengok drama melayu la weih!
4. Macam biasalah. Menang memang sorak habislah. Cuba kalau kalah?
5. Kepada Shariz dan Amarezal : Mana kau orang? Oh,ok faham esok kerja.

P/S : Ulasan ni hanya dibuat berdasarkan perlawanan di kedai mamak semalam. Siapa-siapa ada yang terasa tu nasib kau orang lah.

Sunday, March 21, 2010

Strategi Atau Nasib?


Lepas lepak-lepak minum semalam memang tiada apa aktiviti yang nak dibuat.
Lagi-lagi jam sudah pukul 3 pagi.
Ingat nak lepak lama sikit sebab nak tengok La Liga tapi disebabkan siaran langsung badminton terbuka Switzerland, jadi perlawanan bola sepak liga Sepanyol terpaksa ditunda.
Wtf weih!
Sanggup tunggu sampai pukul 3 tiba-tiba tiada.
Memang agak bengang jugalah kan?

Sedang terfikir-fikir apa aktiviti yang boleh dibuat sementara bosan yang teramat tu, tiba-tiba seseorang memberi cadangan yang amat bernas sekali (tepukan untuk orang itu,yeah!)

"Jom main Saidina lah kalau berani weih?!"

Idea yang bernas sebab sudah agak lama juga tidak bermain permainan yang mencabar minda tu.
Kali terakhir kami main masa trip dekat Port Dickson
Kenapa mencabar minda?
Sebab permainan tu memerlukan strategi dan juga nasib.
Kalau kalah memang boleh buat modal bahan bila lepak.
Dan kalau agak-agak nak jadi broker tanah, boleh mainlah permainan ni.
Syok kot.
Pada siapa yang tidak pernah main Saidina memang loser habislah.

Kami berempat main dari pukul 4 pagi sampai 8 pagi.
Memang dalam 4 jam tu penuh dengan gelak-ketawa, hilai-mengilai macam hantu sebab terlampau geli hati dan seronok.
Mana tidaknya kalau sudah syok kumpul-kumpul harta tiba-tiba nak bayar hutang semua.
Memang terasa sedikit hampehlah kan?
Tapi tidak kisah pun sebab kami hanya main untuk mengisi masa terluang saja.
Aku rasa memang patut buat aktiviti macam ni dari buat aktiviti yang sama sepanjang minggu.
Sekurang-kurangnya tidaklah bosankan?

Disini disertakan keputusan perlawanan Saidina untuk pusingan pertama :
1. Mohammad Al-Aiman (Yeah, i'm lucky today okey guys!..=D)
2. Azraie (Sorry..too bad you're not lucky enough..ahaha..=D)
3. Afiq Aziz (Nak buat bantahan boleh, sertakan RM200 dengan surat rasmi bertandatangan ketua taman..=D)
4. Ashraf Zaidon (Memang tidak boleh nak tolong sebab kau dari main dekat P.D lagi dapat ranking last..ahaha..=D)

P/S : Ajai : Memang permainan ni memerlukan nasib sebab aku memang sentiasa bernasib baik..haha..next time main lain okey?

Thursday, March 18, 2010

Thankful.


Kelmarin ada appointment di hospital untuk check kaki aku ni.
Memang berdebar-debar sepanjang berada dekat hospital tu.
Mana tidaknya, takut juga kaki aku ni tidak sembuh-sembuh.
Lepas tu pula, pada appointment lepas doktor kata kalau tidak sembuh kaki aku mesti operate.
Operate?
Oh, tidak!

Syukur alhamdulillah, tulang kaki aku sudah perlahan-lahan cantum.
Tetapi doktor kata akan ambil sedikit masa lagi untuk recover.
Aku lega setalah melihat penerangan doktor bersama-sama x-ray aku.
Memang nampak tulang kaki tu sudah cantum sedikit.
Kalau sebelum ni memang nampak tulang keting tu terkeluar.
Ngeri oh tengok.

Lepas doktor buka simen, aku agak terkejut melihat kaki aku.
Kecut weih!
Kaki aku kecut gila.
Kaki kiri kecil berbanding kaki kanan dan sendi-sendi kaki semua keras.
Tapi aku tetap legalah sebab doktor kata tu semua normal sebab sudah lama kaki aku bersimen.
Sekarang aku hanya buat latihan fisio.
Latih sendi-sendi kaki aku ni bergerak.
Kalau tidak latih nanti tidak boleh bergerak langsung.
Mungkin akan makan masa untuk kaki ni bergerak balik.

P/S : Ada masa aku upload gambar x-ray kaki aku kalau aku rajin.

Tuesday, March 16, 2010

Patriotisme.


Semalam lepak kedai mamak berhampiran rumah.
Seharian lepak dekat rumah memang boleh bebal kepala otak.
Jadi keluarlah aku bersama rakan-rakan lain.
Merekalah juga menjadi driver aku buat sementara ini.
(Ribuan ucapan terima kasih diucapkan kepada Ashraf Zaidon dan Afiq Aziz)
Disitu jugalah tempat aku dan rakan-rakan bermesyuarat belia 4b sambil ditemani dengan gelas-gelas teh dan kopi serta milo.

Kebetulan hujan lebat yang teramat sangat, jadi aku membatalkan hasrat untuk pulang ke rumah.
Jalan licin, kalau jatuh memang padan muka aku nanti.
Sebab baru 3 hari lepas jatuh dalam bilik mandi.
Sakit dia memang tak usah cakaplah kan?
Lebam kaki aku, nasib baik bukan kaki yang patah tu.

Televisyen dekat kedai mamak tu pula pasang saluran 811 astro, perlawanan akhir badminton All England.
Ha, memang selera aku dan kawan-kawan.
Lebih-lebih lagi perlawanan diantara pemain no.1 dunia, Lee Chong Wei dengan pemain keberapa dunia aku tak tahu dari jepun.
Perlawanan memang menarik tapi aku kurang berkenan dengan cara permainan Lee Chong Wei tu.
Kurang kreatif.
Lain-lain memang tidak disangkal hebat.
Sedang asyik menonton dan bersorak tiba-tiba saluran ditukar.
Mamak tu tukar saluran bola.
Aduh!
Potong betullah.

"Oit, apa ni? Tukar balik la weih, Malaysia tengah main tu weih!"
"Tak nak tengok balik India la weih!"

Semangat ke-Malaysia-an kami amat menebal sekali waktu tu.
Mamak tu dengan rasa tidak bersalah menuding jari ke arah sekumpulan anak muda yang bersemangat dengan jersi pasukan bola sepak kegemaran meraka tanda yang dia disuruh oleh sekumpulan anak muda tu.
Dengan tidak semena-mena hampir satu kedai mamak tu memaki-hamun sekumpulan anak muda tersebut.
Kesian pun ada tapi lantaklah, kau orang yang cari pasal.
Siapa suruh.
Dekat sekolah dulu cikgu tak ajar ke semangat patriotik?

Monday, March 15, 2010

Gatal Oh!


Arghhh!
Benda yang paling aku tidak suka berlaku pada aku sejak kebelakangan ini.
Tetapi sejak dua tiga hari ni benda ni menjadi semakin teruk.
Memang amat menyusahkan.
Ish.
Kadang-kadang aku berasa sakit hati yang amat sangat.

Oh kakiku!
Kenapa bila sudah bersimen ni terasa amat gatal sekali?
Gatal yang teramat weih!
Damn!
Kalau senang nak garu tak menjadi masalah, tapi susah tu.
Hadoih.

Saturday, March 13, 2010

Terkenang.


Lagi kisah rokok.
Entah kenapa kebelakangan ini banyak sangat aku bermimpi pasal rokok.
Aduh.
Tolonglah.
Ia membuatkan aku rimas sangat sebab asap rokok tu yang sangat menyesakkan hidung ditambah pula dengan bau-bauan yang amat tidak menyenangkan.

Teringat dulu masa sekolah asrama.
Peraturan sangat ketat dan disebabkan peraturan ketat tu lah ramai pelajar melanggar peraturan.
Mungkin disebabkan jiwa muda-mudi pelajar, cepat memberontak.
Benda yang paling laris ketika di asrama dulu ialah rokok.
Ketika itu, siapa yang jadi tokan rokok memang champion lah.
Sebab dialah yang paling disanjung kerana berani menyeludup rokok ke dalam kawasan asrama.
Dan dialah juga yang mempunyai kuasa veto didalam aktiviti jual beli rokok di asrama.
Dan tokan rokok itu jugalah kawan sekatil aku dulu.
(Harap maklum, aku dulu katil dua tingkat. Jangan salah faham)

Memang tidak dinafikan bahawa kawan aku ni antara usahawan kecil yang berjaya masa di asrama dulu.
Tapi dalam waktu kemahsyuran kawan aku tu bergelar usahawan, benda yang dia paling tidak gemar ialah spotcheck.
Kalau ada khabar-khabar angin yang menyatakan akan ada spotcheck, kawan aku ni lah orang yang paling tidak tentu arah sekali.
Tetapi biasalah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Kawan aku tu ditangkap kerana memiliki serta menjual benda haram.
Dan aku juga ditangkap kerana disyaki bersubahat.

................................................

Warden Asrama : "Kamu tahu tak apa kesalahan kamu?" (dengan nada yang agak tinggi)
Kawan Aku : "Tidak pasti cikgu"
Aku : "Saya tidak bersalah cikgu"
Warden Asrama : "Mustahil! kamu kalau dah buat salah memang tak mahu mengaku kan?" (dengan nada tinggi lagi sambil menjeling-jeling)

Warden Asrama : "Entah apa nak jadi kalau sekarang pun kamu sudah perangai macam ni"(nada seperti tadi)
Warden Asrama : "Erm, cikgu Roslan boleh check budak-budak lain lah. Yang dua orang ni biar saya selesaikan" (warden tadi memberitahu kepada rakan sejawatnya)

Sekarang kami hanya tinggal bertiga di dalam bilik displin asrama.
Aku dan kawan aku ni memang sudah jangkakan hukuman yang akan dijatuhkan kepada kami.

Warden Asrama : "Rokok korang nanti aku simpankan, lepas ni ambil dekat rumah aku. Korang ni pun kalau nak berniaga tu pandai-pandailah. Nanti kantoi susah pula aku nak menjawab nanti dengan pihak atasan." (dengan nada berbisik)

Kami agak terkejut.
Biar betul cikgu ni?

Warden Asrama : "Nanti kau hulur-hulurlah satu kotak dekat aku nanti, aku punya stok malam ni habis, lupa nak pegi 7-11 tadi"

Aku dan kawan aku hanya tersenyum sesama sendiri.

Quote Of The Day.


"Love is the horible-horible things when its goes wrong"

Friday, March 12, 2010

Sentap.


Sepanjang hari aku lepak rumah sambil melayari laman sesawang untuk mengumpul ilmu pengetahuan dan baca berita online.
Aku malas nak baca surat khabar sebabnya kau orang pun tahu kan?
Kalau tak tahu, sila klik.

Tiba-tiba seorang kawan lama ni online jadi aku teruslah buzz.

Mohammad Al-Aiman : "Uit! Apa bikin sekarang?"
Kawan Lama : "Eh, ni siapa ni?" (nada macam budget-budget hot aku agak)
Mohammad Al-Aiman : "La, kawan lama pun sudah tidak kenal ke?"
Kawan Lama : "Eh, siapa eh?"

...................................

Kawan Lama : "Oh! Aiman eh?"
Kawan Lama : "La, tak perasan lah"
Mohammad Al-Aiman : "Haa, kenal pun. Ingat sudah tidak kenal"
Mohammad Al-Aiman : "Kau apa khabar? Sihat?"
Kawan Lama : "Sihat"
Kawan Lama : "Ish, peliklah aku. Tiba-tiba kau tegur aku ni?"
Mohammad Al-Aiman : "La, tak boleh ke nak tegur? Bukan aku tak kenal kau pun kan?
Kawan Lama : "Boleh, cuma aku pelik sebab dulukan kita jarang bercakap?"
Mohammad Al-Aiman : "Iye lah, sebab dulu kau sombong, budget-budget cun"
Mohammad Al-Aiman : "Orang tegur pun kau bukan nak layan sangat pun kan?"

....................................

Mohammad Al-Aiman : "Weih. Apsal senyap?"

Selang lima minit kemudian kawan lama tu signed out.
Mesej yang aku bagi tadi tidak dibalas.
Eh, direct sangat ke apa yang aku cakap tadi?

Thursday, March 11, 2010

Anak Bapak.


Hari dulu, ada majlis makan-makan dekat rumah makcik aku.
Biasalah jamuan kecil bersama keluarga.
Ramai juga sedara mara yang datang.
Meriah.
Sudah macam hari lebaran pula.
Aku seperti biasalah, duduk didapur.
Bukan apa, senang apa-apa hal nanti nak rasa makan ke, nak minum air ke.
Jadi kalau sudah lepak dekat dapur tu memanglah sesak.

Dalam pada ramai-ramai orang sedang mengemas selepas acara, aku lepaklah bersama pakcik aku sambil menolong apa yang perlu.
Sambil buat kerja sambil berborak.
Kalau borak dengan orang tua ni memang macam-macam topiklah keluar.
Tiba-tiba datang makcik aku iaitu isteri pakcik aku ni menyertai kami.

Makcik : "Bang, pegilah tegur sikit si angah tu bang"
Pakcik : "La,nak tegur apanya? dia ada buat salah ke?"
Makcik : "Tidaklah buat salah, saya risau ni dengan dia tu. Umur baru 18tahun tapi sudah mula merokok. Abang tak risau ke?"
Pakcik : "Alah, biasalah tu budak-budah mah"
Makcik : "Haa, itulah abang. Macam manalah anak-anak kita tu tak jadi macam tu? Abang pun tak tegas. Abang mesti tegas dengan anak-anak bang. Ish, dah berapa kali saya cakap dah pasal benda ni. Tapi abang buat tak tahu saja"

"Bla..bla..bla..bla..bla"

Aku pun beredar memberi laluan untuk sepasang suami isteri itu berbincang.
Nanti kalau aku lepak situ juga, nampak macam tidak hormat pula kan?
Aku pun terus menuju ke anjung rumah.
Kelihatan adik aku serta sepupu aku (iaitu anak pakcik dan makcik aku tadi) sedang lepak menghisap rokok.

Sedang asyik berborak bersama adik dan sepupu aku tu, datanglah pakcik aku tadi dengan muka yang agak bengang.
Mungkin disebabkan penat dimarah oleh isterinya.
Dia bergegas menuju ke arah kami.

Pakcik : "Angah, bagi rokok sebatang. Mak kau ni macam-macamlah. Rimas ayah"

Perut Oh Perut.


Gemuk.

Disebabkan hanya terperap dalam rumah 24/7 sejak sakit kaki ni, badan pun sudah naik.
Iye lah.
Mana tidaknya, makan tidur makan tidur.
Sampaikan sekarang badan dah macam pelampung bocor melekat dekat pinggang.
Oh my god!
I want back my good old six pack.
Damn.

Wednesday, March 10, 2010

Kawan Lama.


Tempoh hari aku berborak sakan dengan rakan-rakan di tempat berjemaah biasa.
Aku kalau sudah berjumpa rakan-rakan memang berborak tidak ingat dunia.
Sedang asyik berborak, tiba-tiba datang seorang hamba Allah ni menepuk bahu aku.

"Man. Lama tak jumpa kau man. Mana hilang?"

"Eh,tak pergi mana pun. Ada sini-sini saja"
Aku menyapa sedikit kebingungan.

"Ya Allah, lama betul tak sembang dengan kau ni"
"Ingat lagi tak aku?"

Aku hanya menjeling sambil scan balik kepala otak aku yang berkapasiti 2gb ni.
Memang lama aku tenung mamat ni.

"Eh, kau ingat lagi dulu-dulu zaman sekolah?"
"Bla..bla..bla..bla..bla"

Aku rileks saja perhatikan gelagat mamat ni.
Kemudian dia menyapa lagi.
"Man, kau tak ingat aku man?"
"Ini Nizam lah man, nizam. Kau tak ingat kita jalan kaki sama-sama pergi mengaji dulu?"
Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak ingat.
(Memang aku tidak ingat langsung muka mamat ni)

Muka mamat ni berubah menjadi pelik dan hairan.
"Eh bro, kau bukan Azman eh?"

"Dude, kau ni silap orang ni. Nama aku Mohd Al-Aiman"

Aduhai.
Malu habis mamat tu.
Muka merah macam baru lepas telan cili api satu guni.
Mamat tu terus bergegas pergi tanpa menoleh kebelakang.
Aku dan rakan-rakan tercengang sebentar.
Ada sedikit nak ketawa tapi aku tahankan saja.
Dalam hati aku penuh dengan tanda tanya.
Selamba betul mamat tu eh?

Tuesday, March 9, 2010

Lepaking.










Ni gambar masa hangout dengan rakan-rakan before kaki patah.
Memang lepas hangout ni terus kaki patah.
Ni kira last lepak la masa ni.
Missed time like this and miss you guys damn much.

Credit to Faredrul for the nice picture.
Ada masa boleh ajar aku snap-snap.

Monday, March 8, 2010

Love Lost In The Hail Of Gunfire.


Boleh percaya ke ni?

Tadi berlegar-legar membaca blog kawan-kawan.
Sebab bosan tak tahu buat apa kan?
Sampai terlintas dekat satu blog ni dari seorang anonymous ni.

"Dye buat ak gila bayang dowh! help me! Oh Damn. I love you so much sayang. Its true when u said " sometimes, u haf to met the wrong person bfore u meet the right person". Btol3. & for sure u are the right person for me. No doubt. Sayang, u dah berkorban byk tuk i. N honestly, bfore this i tak percaya ade lelaki yg sggup wat semua ap yg u dah wat kt i tuh. Sumpah i terharu! :') & u menangis sbb i. & ur guts to do whatever u r doing right now. I promise u that i wont let u down anymore. Sayang i utk u bkn sampai mati tp sampai syurga :'))"

Okey.
Di atas ni adalah entri dekat blog anonymous tu yang merupakan seorang wanita yang di-post-kan untuk kekasihnya.
Bukan apa, cuma nak bagi pendapat aku saja.
Ermm, boleh percaya ke?
Sebab aku pernah dapat ayat-ayat yang seperti di atas ini dari seorang wanita, then last-last break up juga.
Point aku sebenarnya ialah untuk quote "Sayang i utk u bkn sampai mati tp sampai syurga" tu. Bagi aku bullshit la.
Serious.

Sunday, March 7, 2010

Wonder Wonder Land.


Mate,
I dare you to take me to watch this movie.
Now.
Because i'm bored to death.

Saturday, March 6, 2010

And There Goes My Friends.


Kawan.

Baru tadi lepak minum bersama rakan-rakan sambil menghirup udara luar.
Segar walaupun pada hakikatnya tidaklah sesegar mana pun.
(Udara dekat lembah kelang ni nak segar macam mana kalau pembangunan tidak henti-henti kan?)
Bermacam-macam topik dibicarakan walaupun ada satu dua topik yang sudah berkali-kali dibincangkan.
Dalam banyak-banyak topik tu, ada juga topik yang menarik perhatian aku.
Berkenaan perangai dan sikap kawan-kawan.

1. Sikap kawan yang suka makan kawan.
Bagi aku, perlu ke kalau seseorang tu dianggap kawan kalau sanggup menikam dan makan kawan sendiri?
Aku sendiri tidak sanggup untuk makan kawan sendiri.
'Bro before hoes'
Ni ungkapan yang selalu aku dengar dalam cerita-cerita hollywood.
Aku agak setuju disitu.

2. Sikap kawan yang terlalu berkira dalam segala hal.
Bukanlah tidak boleh berkira, tetapi sesekali bertolak ansurlah sedikit.
Tak kan tak boleh kut?
Tidak luak pun kalau bertolak ansur dengan kawan-kawan.
Dan dengan kawan-kawan pun nak berkira ke?

3. Sikap kawan yang terlalu berjimat.
Yang ni memang aku tidak boleh terima.
Bukannya tidak boleh nak berjimat, tetapi janganlah sampai kedekut.
Semua benda nak harapkan kawan-kawan.
Contoh situasi :
Kau nak hisap rokok tapi minta rokok dekat kawan.
Bukan sekali dua tapi banyak kali.
Duit ada tapi memang suka meminta.
Aduh.
Agak annoying aku tengok kawan yang macam ni.

4. Sikap kawan yang bermuka-muka.
Depan cakap lain, belakang cakap lain.
Dengan orang lain cakap macam ni, dengan kita cakap macam ni.
Weih.
Apa ni?
Aku rasa aku tak perlu kawan macam ni.
Apa guna kawan kalau belakang kita cakap buruk tentang kita kan?
Wtf?!

Aku rasa aku memang kurang gemar dengan sikap-sikap yang macam ni.
Ya.
Memang ada segelintir kawan-kawan aku yang perangai macam ni dan aku memang kurang bertegur sapa dengan mereka.
Sebab aku tidak rasa rugi walau sedikit pun.
Sebab nak buat apa kalau dapat perangai kawan yang macam lembu ni kan?

Thursday, March 4, 2010

Quote Of The Day.


"No one stays at the top forever"

Wednesday, March 3, 2010

Mail Order.


Yeah!
Barang yang dipesan minggu lepas sudah sampai.
Sangat lega.
Sudah berhari tunggu baru sampai semalam.
Sweet.
Senyum sampai ke telinga.
=)