Saturday, March 13, 2010

Terkenang.


Lagi kisah rokok.
Entah kenapa kebelakangan ini banyak sangat aku bermimpi pasal rokok.
Aduh.
Tolonglah.
Ia membuatkan aku rimas sangat sebab asap rokok tu yang sangat menyesakkan hidung ditambah pula dengan bau-bauan yang amat tidak menyenangkan.

Teringat dulu masa sekolah asrama.
Peraturan sangat ketat dan disebabkan peraturan ketat tu lah ramai pelajar melanggar peraturan.
Mungkin disebabkan jiwa muda-mudi pelajar, cepat memberontak.
Benda yang paling laris ketika di asrama dulu ialah rokok.
Ketika itu, siapa yang jadi tokan rokok memang champion lah.
Sebab dialah yang paling disanjung kerana berani menyeludup rokok ke dalam kawasan asrama.
Dan dialah juga yang mempunyai kuasa veto didalam aktiviti jual beli rokok di asrama.
Dan tokan rokok itu jugalah kawan sekatil aku dulu.
(Harap maklum, aku dulu katil dua tingkat. Jangan salah faham)

Memang tidak dinafikan bahawa kawan aku ni antara usahawan kecil yang berjaya masa di asrama dulu.
Tapi dalam waktu kemahsyuran kawan aku tu bergelar usahawan, benda yang dia paling tidak gemar ialah spotcheck.
Kalau ada khabar-khabar angin yang menyatakan akan ada spotcheck, kawan aku ni lah orang yang paling tidak tentu arah sekali.
Tetapi biasalah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
Kawan aku tu ditangkap kerana memiliki serta menjual benda haram.
Dan aku juga ditangkap kerana disyaki bersubahat.

................................................

Warden Asrama : "Kamu tahu tak apa kesalahan kamu?" (dengan nada yang agak tinggi)
Kawan Aku : "Tidak pasti cikgu"
Aku : "Saya tidak bersalah cikgu"
Warden Asrama : "Mustahil! kamu kalau dah buat salah memang tak mahu mengaku kan?" (dengan nada tinggi lagi sambil menjeling-jeling)

Warden Asrama : "Entah apa nak jadi kalau sekarang pun kamu sudah perangai macam ni"(nada seperti tadi)
Warden Asrama : "Erm, cikgu Roslan boleh check budak-budak lain lah. Yang dua orang ni biar saya selesaikan" (warden tadi memberitahu kepada rakan sejawatnya)

Sekarang kami hanya tinggal bertiga di dalam bilik displin asrama.
Aku dan kawan aku ni memang sudah jangkakan hukuman yang akan dijatuhkan kepada kami.

Warden Asrama : "Rokok korang nanti aku simpankan, lepas ni ambil dekat rumah aku. Korang ni pun kalau nak berniaga tu pandai-pandailah. Nanti kantoi susah pula aku nak menjawab nanti dengan pihak atasan." (dengan nada berbisik)

Kami agak terkejut.
Biar betul cikgu ni?

Warden Asrama : "Nanti kau hulur-hulurlah satu kotak dekat aku nanti, aku punya stok malam ni habis, lupa nak pegi 7-11 tadi"

Aku dan kawan aku hanya tersenyum sesama sendiri.

2 comments:

  1. jadi tokan ni memang disanjung ramai.haha.budak2 sekolah, memg nakal =P

    ReplyDelete
  2. affnie : aah,mmg disanjung ramai..dan xkurang menyusahkan member2 utk meng-cover-kn kegiatan murni diorg tuh..ahaha..=D

    ReplyDelete