Thursday, March 18, 2010

Thankful.


Kelmarin ada appointment di hospital untuk check kaki aku ni.
Memang berdebar-debar sepanjang berada dekat hospital tu.
Mana tidaknya, takut juga kaki aku ni tidak sembuh-sembuh.
Lepas tu pula, pada appointment lepas doktor kata kalau tidak sembuh kaki aku mesti operate.
Operate?
Oh, tidak!

Syukur alhamdulillah, tulang kaki aku sudah perlahan-lahan cantum.
Tetapi doktor kata akan ambil sedikit masa lagi untuk recover.
Aku lega setalah melihat penerangan doktor bersama-sama x-ray aku.
Memang nampak tulang kaki tu sudah cantum sedikit.
Kalau sebelum ni memang nampak tulang keting tu terkeluar.
Ngeri oh tengok.

Lepas doktor buka simen, aku agak terkejut melihat kaki aku.
Kecut weih!
Kaki aku kecut gila.
Kaki kiri kecil berbanding kaki kanan dan sendi-sendi kaki semua keras.
Tapi aku tetap legalah sebab doktor kata tu semua normal sebab sudah lama kaki aku bersimen.
Sekarang aku hanya buat latihan fisio.
Latih sendi-sendi kaki aku ni bergerak.
Kalau tidak latih nanti tidak boleh bergerak langsung.
Mungkin akan makan masa untuk kaki ni bergerak balik.

P/S : Ada masa aku upload gambar x-ray kaki aku kalau aku rajin.

4 comments:

  1. huhuhuhu..semoga sembuh laju2..leh dating dgn aku.. ;p

    ReplyDelete
  2. nasib tak yah operate kalau tak lagi lama nak baik...rajin2 buat latihan fisio tu

    ReplyDelete
  3. sian ko.cepat2 la keje tak sabar nk ko belanja ni :D

    ReplyDelete
  4. reyna : ha,nk dating?..boleh2..nnt da sihat la eh?..=)
    zazi : tu la,alhamdulillah la xoperate..=)
    shasha : amboi,amboi..ko ni xhabis2 nk belanje..iye la,nnt ak msk keje ak blanjer la..
    mkn dkt cafe canselori..amacam?..ahaha..=D

    ReplyDelete