Thursday, April 29, 2010

Gila Bola.


Sambil sambil menunggu game Champion League antara Barcelona dengan Internazionale tadi, aku saja saja online kejap.
Biasalah, nak membunuh masa kononnya.
Jadi seorang kawan ni buzz lah aku dekat facebook aku.
Haa, aku sudah ada facebook (fyi) berkat doa kawan-kawan yang tak sudah sudah nak aku open account facebook tu.
Meh meh add aku then kita dapat merapatkan lagi ikatan silaturahim yang sedia terjalin tu.
Tak gitew u'olls?

Si Polan : Aiman, kau buat apa tu? Online jer lah kau eh?
Mohammad Al-Aiman : Alahai, tak ada buat apa pun. Tunggu bola kejap lagi ni ha. Kau?
Si Polan : Haa, eloklah tu. Aku pun nak tanya pasal bola ni. Apa pasal lelaki minat sangat bola eh? Tak rimas ke haa?
Mohammad Al-Aiman : Ler, apa punya soalan la dey? Nak rimas apanya?
Si Polan : Oit, aku tanya ni confirm confirm lah bersebab.
Mohammad Al-Aiman : Haa. Apa pasal?
Si Polan : Ni si ***** boyfriend aku tu. Minat sangat bola. Naik muntah aku. Asal dating jer mesti nak balik awal. Alasan dia nak tengok bola. Hish!
Mohammad Al-Aiman : Ler, dah namanya lelaki mesti lah minat bola. Kang kalau minat dekat alat alat make up tu kau nak ke?
Si Polan : Ahh kau ni, asyik asyik nak back up si ***** tu. Sama jer lah kau orang lelaki ni.
Mohammad Al-Aiman : Yang kau nak angin sangat ni apa pasal ni? Period ke hape?

Haa, tu antara petikan dari conversation aku dengan kawan aku tadi.
Nak tulis semua malas jadi aku ambil point sajalah.
Punyalah nak marah marah kawan aku tadi tu.
Rupanya point pasal bola jer pun.
Ish ish ish.
Okey lah tu boyfriend kau pergi tengok bola.
Ni aku nak bagitau sikit ni.
Lelaki memang normal lah kalau tengok bola.
Kau orang-orang perempuan tu kenalah terima kalau kalau boyfriend kau orang tu minat bola.

Aku kadang kadang rimas jugak tengok kawan kawan aku yang bila tengok bola bawak girlfriend.
Kalau girlfriend diaorang tu okey aku tak kisah sangat.
Ni macam macam perangai.
Ada yang sampai bergaduh gaduh sebab boyfriend nak tengok bola tapi girlfriend tak nak.
Lepas tu ada yang kelakar, boyfriend tengok bola tapi girlfriend tunggu dalam kereta buat muka masam.
Weih, kalau iya pun tak suka layankan sajalah.
Tak letih ke duduk dalam kereta tu?
90 minit beb, tu belum lagi campur masa tambahan.
Peh, memang kebas bontot weih.

Jadi kepada member aku tadi (tu kalau kau bacalah blog aku)
Kau tak payahlah nak rimas rimas ke hape ke dekat boyfriend kau tu.
Biarlah tengok bola pun, dari dia buat benda tak berfaedah.
Kenalah give and take kan?
Kau ingat dengan kau marah marah tu dapat halang dia dari tengok bola ke?
Tak dapat la weih.
Lelaki ni kalau dah minat bola tu memang susah nak tinggal.

P/S : Barcelona kalah tadi dengan 2-3 aggregate. Damn la weih! Tapi tak kisah sebab barca pegang game. Barca pegang bola 75%-25%. Nampak sangat Milan main defensive gila vavi.

Wednesday, April 28, 2010

Satu Kali Lima Sama Dengan Lima (5-FIVE-KHAMSAH)


Okey, aku telah di-tagged oleh miss Syida Shukor.
Yeah!
Big clap for her (Clap!Clap!Clap!)
Kau orang should check her blog out.
Sebab bagi aku its interesting la.
Serious weih.
Tu bagi aku la, tak tau la kalau kalau selera kau orang lain dari aku kan?

Tapi ada jugak peraturan dia :

- Copy award ni macam dapat Grammy Award
- Bagitahu siapa dan link blog pemberi award ni
- Tajuk post mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH
(yang ni aku tak tahu kenapa nak kena tulis FIVE-KHAMSAH tu, tapi layankan sajalah)

Lepas tu kena jawab 10 soalan (jawab soalan tu mesti kau orang dah biasakan?):

1) 5 nama samaran kamu:

  • Man
  • Aiman
  • Wong (yang ni kawan kawan sekolah panggil, aku tau aku tak macam cina tp ni sebab nama aku macam pemain bola sepak MPPJ dulu jadi cikgu aku bagi aku nama tu)
  • Mohd (ni panggilan kat rumah)
  • Badja (yang ni kawan kawan hatkor panggil, jangan tanya kenapa)
2) 5 tarikh paling penting dalam hidup kamu:
  • Dah sah sah hari aku keluar dari perut mak aku : 02/10
  • Ni abah punya harijadi : 15/04
  • Ni mak punya harijadi : 25/06
  • Hari lahir keputeraan Rasulullah (kalau kau orang tak tau la) : 12 Rabiulawal
  • Ni kalau tak tau aku rasa baik kau orang pindah Bangladesh : 31/08
3) 5 perkara kamu buat semalam:
  • Tidur
  • Makan
  • Sambung main Playstation 2 ; Fifa10
  • Online sepanjang hari
  • Tengok bola AFC Champion League ; Suwong Bluewings v Singapore Armed Forces
4) 5 perkara yang buat kamu gembira:
  • Tidur
  • Makan makan dan makan
  • Reading : sudah semestinya lah kan?
  • Tengok bola, makan bola, tidur bola
  • Online : sejak ada kemudahan ni memang setiap hari pun online..haha..=D
5) 5 drama/ filem kegemaran kamu:
  • Gol dan Gincu : sebab fazura hot kot?..=D
  • Filem tamil : filem ni menggambarkan realiti kehidupan. Apa ada hal kan?
  • Gerak Khas
  • Roda Roda Kuala Lumpur
  • Sembilu Kasih
6) 5 hobi kamu:
  • Melukis : yang ni memang favourite kalau ada idea mencurah-curah confirm tak berhenti lukis.
  • Berenang : second favourite kalau dapat pergi berenang akan berendam dari pagi sampai petang.
  • Reading : semua benda pun akan baca even risalah iklan multilevel sekalipun.
  • Melepak : haa, ni boleh jadi hobi ke? since selalu sangat and memang suka melepak ni kan?
  • Tidur : ni paling syok di alam semesta ni =D
7) 5 orang yang kamu suka/sayang:
  • Mak Abah
  • Atok Nenek
  • Adik Abang Kakak
  • Makcik Pakcik
  • Kawan Kawan
8) 5 tempat percutian idaman kamu:
  • Barcelona : boleh tengok bola
  • Madrid : boleh tengok bola lagi
  • Milan : boleh tengok bola lagi lagi
  • New York : boleh pergi library dia yang architecture dia tu sangat meruntuh perasaan.
  • Boston : budak budak hatkor mesti tau kenapa kan? aha..=D
9) 5 sebab kamu jawab soklan ni:
  • Entah
  • Tak tahu
  • Sebab di-tagged kot?
  • Sebab Syida Shukor suruh pick up soalan ni dekat blog dia.
  • Kena jawab sampai lima kali ke?
10) 5 orang yang kamu nak tag :
P/S : Sila abaikan gambar di atas.

Sunday, April 25, 2010

Sabtu Kerja Half Day, Ahad Public Holiday.


Lepas tengok bola semalam pergi lepak dekat Azura.
Kononnya nak lepak sekejap saja, last-last lepak sampai tengah malam.
Ramai semalam yang lepak.
Adalah dekat 20 orang juga.
Yang peliknya kawan-kawan aku ni, kalau tak set perjumpaan tu memang ramai saja yang datang.
Tapi kalau dah beriya-iya telefon, sms semua pun macam haram.
Mesti ada juga yang tak datang.

Sambil-sambil nak tunggu bola start tu, Afiq Aziz mengutarakan isu tentang kenaikan dan penyelarasan gaji Pengawal Keselamatan.
Memang masing-masing pun memberikan pendapat dan pandangan.
Kebetulan salah seorang dari kawan aku tu kerja sebagai pengawal keselamtan.
Jadi topik yang dibincangkan itu agak releven jugalah bagi aku.

Afiq Aziz : Bagus la jugak tu Najib buat macam tu. Untung la **** sebab gaji naik. Gaji pokok pulak tu. Belum tambah dengan elaun semua bagai.
Herry : Haa, **** tu kerja sabtu ahad ke?
Ashraf Zaidon : Haah. **** tu ahad dia public holiday. Tapi sabtu dia separuh akhir (muka confident ditambah dengan senyuman yang manis sambil menghirup minuman)

Aku dengan kawan-kawan lain memang bantai gelak.
Apa pasal pulak separuh akhir Ashraf Zaidon oi!?
Sabtu tu separuh hari la weih, half day.
Bukan separuh akhir.
Ingat ni kejohanan bola sepak 9 sebelah west country ke?

Herry : Haa. Elok lah tu, ahad nanti si **** final la kan?

P/S : Banyak sangat tengok bola punya pasal la ni. =D

Wednesday, April 21, 2010

Bali Trip Yaw!









Hari ni memang hari yang tak produktif bagi aku.
Satu hari ni aku duduk lepak rumah saja.
Main Ps2, online, tengok movie, makan, tidur.
Jadi bila malam mak ajak dinner, makan luar.
Memang aku tak lepaskan peluanglah.
Keluar ambil angin luar.
Duduk terperap dekat rumah memang rasa tepu kepala otak ni.

Malam tadi aku gerak pergi Giant Puchong dengan mak dan adik aku.
Mak nak singgah sebab nak cuci mata katanya.
Rupa-rupanya baru aku perasan, cuci mata tengok emas.
Mak ni kalau sudah masuk kedai emas, memang akan lepak dalam tu lama-lama.
Aku rasa lebih kurang macam aku lepak minum dekat kedai mamak saja mak lepak tengok emas tu.
Barulah aku perasan dan dapat rasa perasaan abah kalau keluar dengan mak.
Memang lama mak dekat kedai emas tu.

Lepas beli belah barang dapur dekat Giant, perut masing-masing pun berkerongcong.
Aku pun memang dalam kepala nak makan sedap.
Jadi kita orang pun terus menuju ke Restoran Bumbuu Bali yang betul-betul dekat dengan Giant tu.
Ini juga first time aku bawak mak makan dekat sini.
Terkesima jugak orang tua tu bila bawak makan kat tempat macam ni.
Geli hati aku tengok gelagat mak.

Menu malam ni kita orang pilih yang biasa-biasa saja.
Mak nak kongsi dengan adik aku.
Kenyang lagi katanya.
Entah iya, entah tidak tapi aku layankan sajalah.
Menu : Nasi Campur Bumbuu Bali, Garden Chicken Salad, Watermelon Juice, Special Cappucino.
Seperti biasa makan dekat sini memang terbaik dari ladang.
Kalau kau orang ada dekat-dekat area Puchong ni, aku cadangkan try makan dekat sini.
Belum cuba, belum tahu kan?

Rating : 9/10

P/S : Sasha : Amacam? Nanti bawak lah Kaza makan dekat sini. Sedap Oh! Dari hari tu kau nak aku bawak pegi sini kan? =D

Sunday, April 18, 2010

Senandung Semalam.


Semalam memang hari yang penuh dengan kisah seronok-bengang-suka.

Pagi :

Okey, pagi-pagi aku sudah keluar rumah.
Menuju ke UiTM Shah Alam sebab aku perlu menghadiri temuduga untuk sambung belajar. Temuduga berjalan lancar dan seperti yang di duga para panel penemuduga semuanya lecturer aku time belajar dulu.
Jadi agak santai temuduga tu berlangsung.
Tapi memang ramai sangat orang tadi.
Semuanya bersemangat berkobar-kobar aku tengok.
Aku pula merasakan diri ni sudah nampak tua sebab yang datang temuduga tu majoriti average umur 18-20.
Wah,wah.
Memang nampak sangat kot muka dia orang semuanya muda remaja lagi berbanding dengan aku.
Barulah aku perasan yang aku ni sudah sedikit berumur (ceh! perasan muda kau ni)

Tengah hari :

Lepas temuduga terus aku gerak ke Shah Alam City Centre.
Jumpa mak dengan abah sebab hari ni nak celebrate birthday abah.
Makan dekat Kenny Rogers.
Sudah agak lama juga tidak makan.
Memang sedap oh Kenny Rogers.
Lepas makan aku pergi Maxis Centre.
Sedang-sedang menunggu giliran, ada seorang makcik dengan anak dia ni datang.
Gaya memang agak berlagak sikit.
Okey, tu aku tidak kisah pun. Lantak dia lah nak berlagak ke apa kan?
Tapi apa yang buat sakit hati tu, makcik tu selamba adab saja terus pergi kaunter dengan tak ambil nombor giliran.
Dengan erti kata lain potong line lah.
Potong line aku pulak.
Memang aku rasa nak mengamuk (kalau kau orang pun aku rasa confirm nak mengamuk jugak)
Aku pun tegur lah makcik tu dengan penuh tatasusila sebab aku sudah lama tunggu tak kan nak bagi terus dekat dia kan?
Banyak lemak makcik ni.

"Makcik, nombor giliran boleh ambil dekat sana eh?"

Sambil tunjuk-tunjuk dekat kaunter nombor giliran.
Makcik tu buat muka tak puas hati.

"Makcik tak nampak ke atau nak saya tolong ambilkan?"

Aku saja cakap kuat-kuat bagi semua orang dengar.
Bukan aku nak kurang ajar atau apa, tapi tak kan nak biarkan orang macam ni kan?
Muka makcik tu dalam tak puas hati tu jadi merah.
Terus dia tarik anak dia sambil bisik-bisik dan jeling-jeling aku (anak dia aku agak dalam umur 18-20)
Eh, tolonglah makcik oi.
Awak tu sudah tua. Tak kan adab tu tak reti lagi?
Lepas tu tunjuk sikap tu dekat anak kau tu.
Memang elok lah.
Emak borek, anak rintik nanti.

Malam :

Makcik aku datang bertandang ke rumah.
Jadi bila sudah ramai-ramai memang wajib untuk buat makan-makan besar.
Sekali lagi Dominos Pizza menjadi menu pilihan.
Memang meriah plus makcik aku ada baby baru jadi sepanjang malam tu asyik main saja dengan baby tu.
Baby tu comel oh!

P/S : Abah, Happy Birthday. Semoga panjang umur dan di limpahi rezeki. Amin.

P/S lagi : Baru aku perasan satu hari tak makan nasi. Sehari tak makan nasi memang akan rasa lain macam. Tekak melayu tapi acah-acah orang putih. Aha =D

Friday, April 16, 2010

Temuduga Jawatan Pegawai Kanan Kerajaan.


Aku check benda ni semalam dekat web portal.
Kelik gambar untuk detail.
Doakan aku ya kawan-kawan.
Sekarang nak pergi prepare portfolio oh!
Perasaan : Gembira!

Wednesday, April 14, 2010

1-300-888-333 ; Nombor Bertuah Hari Ni.






Duduk rumah sorang-sorang memang tak best langsung.
Diulangi tak best langsung.
Jadi disebabkan kebosanan yang melampau dan kelaparan yang tidak dapat nak bendung tu, aku pun gatal-gatal lah tangan pergi telefon Dominos Pizza.
Okey, hari ni tekak ada sikit orang putih.
Sebab baru lepas tengok drama orang putih scene makan pizza.
Jadi ada sedikit terpengaruh disitu.
Ala, biasalah terpengaruh tu kan?
Kau orang pun sama dengan macam aku jugak.

Oleh kerana kelaparan yang memuncak, nafsu makan aku lebih sikit hari ni.
Jadi aku pun order lah Pizza BBQ Chicken Cheese lebih lebih, Twisted Garlic Bread dengan Cheese Onoin Ring.
Dominos pizza memang sedap dan makan pun tak muak.
Harga pun murah dan delivery pun free.
Jadi instead of Pizza Hut, aku lagi prefer Dominos Pizza.

Rating : 8.5/10

P/S : Makan pizza sorang-sorang memang syok oh! Tak percaya pergi try, tapi jangan makan dekat kedai lah. Nanti orang ingat kau orang ada crisis hidup pulak kan?

P/S lagi : Dah makan habis Onion Ring tu baru perasan gambar tak tangkap. Hampeh! Satu lagi, operator tu tulis nama aku Mr.Ainan. Alahai, dah lain maksud dah tu.

Sunday, April 11, 2010

Psst..Psst..Bukan Sebarang Malam.


Sedara mara aku dari kampung semua turun Bangi malam tadi.
Lepak-lapak rumah aku sambil-sambil tengok final bola.
Kononnya nak sokong pasukan Hijau Kuning.
Habis satu rumah berwarna Hijau Kuning malam tadi.
Memang meriah kalau sudah ramai-ramai berkumpul.
Tahniah juga diucapkan kepada pasukan Negeri Sembilan kerana telah memenangi Piala F.A untuk kali kedua nya dalam sejarah bola sepak negara.
Kedah memang bagi peluang untuk kau orang menang.
(Ceh! Padahal dah kalah, nak bagi alasan banyak)

Kami kalau sudah berkumpul memang mulut masing-masing tak boleh nak diam.
Mesti ada saja benda yang nak diceritakan.
Sudah semestinya akan disulami gelak tawa yang menggila kalau sudah ramai-ramai macam tu.
Memang meriah habis macam ada kenduri pulak dekat rumah aku malam tadi.

Sedang-sedang menunggu separuh masa kedua nak mula, tiba-tiba ada satu iklan ni yang telah mengubah terus suasana malam tu.
Iklan yang dimaksudkan tu adalah iklan Psst..Psst..MJ Bukan Sebarang Malam.
Iklan pasal Malam Jumaat tu (kalau tak tahu tu pergi google)
Ala, kau orang-kau orang yang rajin mengadap tv tu mesti akan perasan punya.
Confirm!
Tiba-tiba anak buah aku yang sorang ni telah mengajukan soalan cepu-mas kepada mama dan papa dia (juga kepada semua yang mendengar)

"Mama, papa. Kenapa iklan tu sembur-sembur mulut dia? Malam jumaat memang kena buat macam tu ke? Mama dengan papa tak pernah pun adik nampak buat macam tu bila malam jumaat?"

Haa, apa nak jawab kalau soalan macam tu diajukan?
Lagi-lagi budak-budak pula yang tanya apa semua kan?
Memang aku lihat mama dengan papa dia tak tahu nak jawab apa.
Sengih macam kerang busuk then garu-garu kepala sajalah.
Aku pun jadi serba salah, sebab macam nak tolong jawabkan tapi aku pun tiba-tiba jadi kelu lidah sebab tak tahu nak jawab apa.

"Adik, jom kita pegi beli ice-cream jom! Pak Long terasa macam nak makan ice-cream lah"

Abah aku terus ajak budak tu keluar pergi 7-11 konon-konon nak pergi beli ice-cream.
Padahal tu semua taktik nak alih tumpuan saja tu.
Tapi memang kita orang malam tu tak tahu nak jawab apa.
Semua orang pun tercengang sebab budak tu baru umur 5 tahun kot.
Alahai.

P/S : Macam mana lah nanti agaknya kalau anak-anak aku yang tanya benda-benda ni semua kat aku nanti? Kena prepare dari sekarang lah jawabnya ni.

Thursday, April 8, 2010

Sex And The City


Hari ni sarapan pagi awal.
Bukan selalu sarapan pagi awal macam ni.
Sebab tak boleh nak tidur malam tadi, ni semua tengok bola punya pasal.
Nasib baik berbaloi, sebab Manchester United tak layak next round Champion League.
Jadi boo! untuk mereka dan peminat-peminat meraka. =D
Hai Reyna, hai Afiq Aziz, hai Amarezal.

Sedang-sedang sarapan tu aku pun belek-belek lah majalah kekeluargaan milik mak aku yang tersayang tu.
Entah macam mana boleh ada atas meja makan ni pun aku tak tahu.
Aku pun selak-selak lah majalah yang paling aku jarang nak baca tu.
Selak punya selak, aku agak terkejut juga lah sebab column satu artikel ni yang buat aku tersedak sebab aku terkejut kejap.

Terkejut sebab apa?
Sebab satu isi surat dari seorang pembaca ni.
Pembaca ni bukan pembaca regular untuk majalah kekeluargaan kalau kau orang nak tau.
Pembaca ni umur dia 13 tahun macam tu (dalam kepala otak aku, average umur pembaca majalah kekeluargaan ni mesti dalam lingkungan 25-45 kan? tapi ni 13 tahun beb)
Dan dalam isi surat tu dia boleh tulis lebih kurang macam ni :

Puan, saya ingin bertanyakan sesuatu. Dan perkara ni amat merungsingkan fikiran saya sejak seminggu dua ni. Apa yang saya rungsingkan adalah macam mana saya ingin memberitahu teman lelaki saya bagaimana ingin melakukan hubungan kelamin. (Wtf! time ni yang aku tersedak tu) Bagaiman saya ingin mengajak teman lelaki saya melakukannya. Di sekolah, kesemua kawan-kawan saya sudah melakukan hubungan kelamin dan sudah ada pengalaman tetapi saya seorang yang belum melakukannya. Kawan-kawan saya pula akan kerap mengejek saya selagi saya tidak melakukannya. Diharap puan dapat membantu saya. Sekian.

Aku amat terkejut weih!
Hilang kejap selera makan aku pagi tadi.
Budak tu baru umur 13 tahun tapi sudah nak have sex semua tu.
Gila advance kot!

Dulu aku umur 13tahun, nak cerita sex pun segan.
Ni budak ni selamba saja hantar surat apa bagai semua dekat majalah bagi satu dunia tau.
Budak form 1 sudah tak segan silu nak cerita pasal sex sekarang ni.
Aku baya-baya dia orang ni dulu masa mimpi basah pun tak cerita kat abah aku.
Ish, segan yang amat kot.

P/S : Dulu-dulu time awal-awal kenal dengan sex, tengok cerita lucah ramai-ramai dengan kawan-kawan. Memang kelakar habislah. Tak ada rasa bernafsu pun sebab dah tengok ramai-ramai kan?

P/S lagi : Ingat lagi masa mimpi basah dulu, awek dalam mimpi tu hot sangat. =D

Tuesday, April 6, 2010

Greek History.


"Man, cerita ni best gila. Rugi kalau kau tak pergi tengok man"

"Kau mesti suka cerita-cerita macam ni punya"

"Masa first before cerita ni keluar dulu, aku tengok thriller dia. Sikit punya best lah kan? Lepas tu aku pergi tengok cerita dia, mak oi memang terbaik man. Tak rugi pun tengok"

Ni adalah antara ulasan kawan-kawan aku masa dia orang tengok cerita Clash Of The Titans tempoh hari bila aku tanya best ke cerita tu.
Ada apa dengan cerita tu?
First ; cerita ni adalah remake cerita tahun 1981 dimana jalan cerita tu sudah di ubahsuai sikitlah mengikut selera penonton sekarang.
Second ; cerita ni lakonan Sam Worthington. Alahai. Tak kenal? Ni mamat yang berlakon cerita yang meletup-letup kat pawagam 2-3 bulan lepas. Kau orang google lah sendiri eh?
Third ; ada awek ni. Gemma Arterton. Comel oh!

Okey, aku pun bukan nak review sangat cerita ni
Sebab lepas aku tengok cerita ni pun aku tak kagum sepertimana kawan-kawan aku.
Cerita ni pun ada pusing sikit info pasal greek history tu sendiri.
Erm, bukan sikit tapi banyak juga.
Pada yang tak tau tu, lepas tengok cerita ni kau orang pergi google sikit info pasal greek mythology.
Mesti perasan punya.
Biasalah, cerita hollywood ni kalau tak pusing memang tak sah. (tak percaya pergi tengok cerita 300)

Plot cerita ni bagi aku agak lemah sikit dan nampak longgar.
Scene lawan-lawan pun aku tak dapat rasa feel dia. (tak macam scene lawan-lawan cerita 300)
Tapi, aku puji special effect dia tu.
Memang agak cun lah kan?
Lain-lain tu semua biasa saja.

Rating Filem : 5.5/10

P/S : Daripada tengok cerita ni, baik kau orang pergi tengok cerita How To Train Your Dragon. Lagi terhibur.

P/S lagi : Ajai, kau cakap trailer best? Tapi hampeh cerita ni. Ni kau mesti dah review cerita ni bagi 8/10 kan? Aha =D

Sunday, April 4, 2010

Ayu Sungguh Cik Adik Bertudung.


Ya, bertemu kita lagi.
Pada yang setia mengikuti blog aku ni mungkin akan perasan pada
entri yang lepas aku cerita pasal rambut budak-budak lelaki masa zaman-zaman sekolah dulu.
(Ceh, padahal entri lepas baru semalam =D)
Kali ni aku nak kupas pula cerita pasal budak-budak perempuan masa zaman-zaman sekolah.
Kalau sudah cerita pasal budak-budak perempuan ni tak lain tak bukan mesti pasal tudung lah kan?
Sebab majoriti sekolah dekat seluruh Malaya ni semuanya wajib untuk memakai tudung.

Semua ni aku perasan sebab sudah banyak aku lihat iklan-iklan tudung yang berlumba-lumba tayang.
Tak kiralah dekat dalam surat khabar ke, dekat dalam fliers iklan ke, dekat dalam internet ke, dekat dalam t.v ke, even dalam radio pun tak silap aku ada aku terdengar.
Jadi aku rasa fashion tudung sekarang sudah menjadi-jadi.
Alhamdulillah lah sebab sambil-sambil kau orang bergaya tu boleh juga tutup-tutup aurat apa semua kan? (Chewah!)
Evolusi tudung-tudung berfashion ni semua kalau tak silap aku Wardina Safiah yang mulakan.(tegur aku kalau salah ya kawan-kawan)
Lepas tu sekarang isteri mawi si Ekin, then si budak AF tu Heliza tak silap aku nama dia.
Farah Adeeba pengacara tv9 tu pun cantik molek saja menggayakan tudung berfashion-fashion ni.
Tak lupa kepada Datin Nurjuma bekas pengacara tv3 tu dengan anak penyanyi dangdut tu, nama dia Beinda tak silap aku.

Pendek kata bila mana artis atau selebriti ni semua bergaya dengan fashion-fashion tudung masing-masing aku tengok makin ramai yang terbuka hati untuk bertudung.
Termasuk beberapa orang kawan-kawan aku sebab dia orang cakap antara sebabnya dia orang bertudung kerana terpengaruh juga dengan fashion artis-artis ni bertudung.
Bagi aku tu sudah kira okey.
Alhamdulillah sekali lagi.
Two thumbs up guys.
Pada yang tak tahu, semua nama yang aku sebut dekat atas tu semuanya personaliti, artis dan selebriti Melayu.
Kalau tak kenal silalah google saja nama-nama tu.

Okey, sekarang aku nak flashback balik fashion-fashion tudung budak-budak perempuan masa zaman sekolah dulu.
Ni masa zaman aku dulu lah, sekarang aku tak pasti kalau-kalau ada lagi ke tak sebab aku pun dah lama tak jenguk-jenguk budak-budak sekolah.
Dan ni juga pada pemerhatian aku masa dekat sekolah dulu.

1) Tudung jenis labuh.

Budak-budak yang pakai jenis tudung labuh ni memang sudah semestinya tergolong dalam golongan yang baik-baik, sopan santun kan? Iya lah, pakai tudung labuh tu bagi aku menggambarkan mereka ni betul-betul menjaga diri. Nampak mereka juga terasa sejuk hati. Budak-budak yang pakai tudung lebuh ni juga adalah budak yang paling kurang kena sakat dengan budak-budak lelaki masa aku dekat asrama dulu. Tak sampai hati kot nak sakat dia orang ni.

2) Tudung jenis hujung tudung selit dengan cincin.

Haa, faham tak apa maksud aku? Okey, dia macam ni tau. Kau orang bayangkan kain skarf pengakap yang kita pakai dulu waktu ko-ko tu. Kan kena selit dengan wogel (sila google ya) Lebih kurang macam tu lah. Tapi aku tengok budak-budak masa tu suka pakai cincin tak pun pengikat rambut yang jenis getah bergulung-gulung yang macam wayar telefon tu selit dekat hujung tudung yang bahagian bawah tu. Aku pun tak tahu apa motif dan sebab budak-budak buat style macam ni. Tapi apa yang aku nampak macam dia orang ni nak tayang dada pun ada. Eh, serious weih.

3) Tudung jenis biasa tapi bahagian bawah lilit dekat bahu.

Yang ni pula aku tengok memang kebanyakan budak-budak sekolah aku pakai macam ni. Aku rasa sebab simple dan senang saja kot. Tapi aku tengok dia orang ni macam selekeh pun ada. Iya lah, mana tidaknya kan? Aku perhatikan budak-budak ni biarkan tudung dia orang yang bahagian atas tu menggelebeh. Lepas tu hujung tudung tu main lilit-lilit saja dekat bahu. Kadang-kadang tu ada yang tak pakai anak tudung. Serabai oh. Adoiyai. Tapi ada juga budak yang kreatif sikit dan tak nak nampak selekeh jadi dia orang beli plastik yang keras tu then potong-potong kemudian selit dekat bawah bahagian atas tudung tu bagi tak menggelebeh. Haa, yang jenis macam ni tak adalah nampak selekeh sangat lah.

4) Tudung jenis pakai dan ikat.

Simple saja style ni. Pakai lepas tu ikat bahagian bawah tu. Tapi nampak lah jambul rambut tu terkeluar. Fashion tudung macam ni selalunya time pendidikan jasmani tak pun waktu ko-ko hari sabtu. Mungkin leceh kot bagi dia orang dan nak menyenangkan.

5) Tudung jenis senteng dan kecil.

Apa yang aku perhatikan, jenis pemakaian tudung ni hanya budak-budak yang budget popular yang selalu pakai. (budak-budak yang konon cun lah senang cerita) Sebab apa aku cakap macam tu? Okey, sebab dia kau orang boleh ingat balik kan yang selalunya budak-budak yang pakai tudung jenis senteng dan kecil ni selalunya nak tayang rambut. Tudung senteng jadi rambut bahagian belakang tu terkeluarlah. Jadi senang nak tayang yang dia orang sudah color rambut tu merah la, coklat la, kelabu tahi anjing la. Lepas tu habis waktu sekolah lepas pagar saja terus buka tudung. Iya lah, tak cool lah kan pakai tudung lepas sekolah. Pakwe-pakwe (dulu kan masa zaman aku sekolah panggil pakwe makwe) pun boleh usha-usha kan dan seterusnya jadi bangga dan gedik.

Ni antara jenis-jenis fashion tudung yang aku ingatlah masa zaman aku sekolah dulu.
Mungkin ada lagi 2-3 jenis tudung yang aku terlepas.
Lupa kot sebab sudah berapa tahun tinggalkan sekolah ni.
Jadi mungkin kau orang yang perempuan tu (lelaki pun tak kisah) boleh ingat-ingatkan aku balik.
Kadang-kadang tu gelihati juga bila ingat kawan-kawan aku yang perempuan tu kalau jumpa atau berselisih dengan budak lelaki yang kacak sikit mesti lah nak tiup-tiup bahagian atas tudung yang menggelebeh tu.
Sampaikan tu mesti lepas dia orang buat tu akan ada lah yang mengikut tiup-tiup sekali. =D

P/S : Sekarang ni aku tengok sudah macam-macam style orang pakai tudung. Paling terbaru aku tengok selendang pun boleh jadi tudung. Lepas tu tudung pun ada nama eh sekarang. Fareeda la, Sumayaa la, Hawa la, Miza la. Macam-macam.

P/S lagi : Kita seharusnya faham maksud sebenar bertudung tu dan bukan disebabkan mengikut trend semata-mata. Fahamilah maksud sebenar dan renung-renungkan lah.

P/S lagi lagi : Kau orang yang perempuan tu boleh juga cerita apa style kau orang pakai tudung dekat sekolah dulu pada aku. Boleh juga aku tumpang gelak kalau kelakar fashion kau orang tu. =D

Saturday, April 3, 2010

Kerana Rambutku Begitu Berharga.


Rambut aku sudah panjang.
Erm, tak panjang sangat sebenarnya tapi sekarang memang tak boleh rambut panjang sikit.
Confirm rasa rimas.
Kalau kepala sudah rasa rimas, mulalah tak reti mahu duduk diam.
Sampaikan kawan aku si Ashraf Zaidon pelik sebab rambut aku ni pendek tapi mengada-ngada nak potong jugak.

Rasanya sejak awal masuk belajar time diploma dulu aku sudah tidak berminat mahu rambut panjang lagi.
Dulu iya lah, lepas SPM memang mahu rambut panjang.
Siap berlumba-lumba dengan kawan-kawan rambut siapa paling panjang.
Siapa rambut paling panjang, dia lah yang paling cool.
Lepas tu pula, awek minat kalau rambut panjang ni.
Tu dulu lah kot masa zaman-zaman sekolah dulu.
Aku cakap macam ni sebab dulu selalu aku perasan dekat sekolah tu kalau budak lelaki rambut panjang mesti ada seorang-dua perempuan jeling-jeling punya.
Confirm weih.

Bila cerita pasal rambut ni, aku teringat balik waktu-waktu sekolah dulu.
Macam-macam style rambut digayakan budak-budak.
Rambut panjang, pendek, botak semua ada gaya masing-masing lah.
Masing-masing tak nak kalah dengan rambut masing-masing.
Bila ingat-ingat balik gelihati pun ada.

1) Rambut jenis sikat belah tepi.

Antara style rambut yang agak popular juga dulu. Sebab senang saja nak buat, lagi-lagu kalau jenis muka-muka bulat ni. Siapa yang buat gaya rambut macam ni selalunya dulu kalau dekat sekolah mesti di panggil budak skema. Memang siapa yang sikat belah tepi tu memang nampak macam budak skema pun lagi-lagi kalau pakai kaca mata. Dulu aku time sekolah rendah rambut sikat belah tepi kot tapi nasib baik tak pakai kaca mata. Tak adalah nampak skema sangat.

2) Rambut jenis flat-top.

Haa, jenis rambut macam ni selalunya mesti bapak dia orang polis, askar atau apa-apa badan beruniform. Confirm ah. Style rambut ni memang kalau kita tengok tu nampak macam displin saja budak tu tapi sebenarnya dia orang tak suka pun style macam ni. Ni pun sebab dengar cakap bapak. Sebab dulu ada kawan aku ni asyik mengeluh sebab dia tak suka rambut flat-top ni sebenarnya tapi sebabkan takut dekat bapak dia yang garang tu punya pasal jadi terima sajalah. Aku rasa style flat-top pun okey juga, ada iras-iras Guile. (Karekter game Street Fighter tu)

3) Rambut jenis botak nipis. (Gondol)

Jenis botak nipis atau orang panggil gondol ni mungkin jenis yang malas nak gayakan rambut dia orang tu. Sebab senang saja kot nak jaga, tak perlu sikat atau tak perlu minyak rambut. Lepas mandi tu, siap-siap terus gerak ke sekolah, As simple as that. (Aku pun tak tahu sebenarnya kenapa diorang nak botak nipis ni tapi aku tengok kawan-kawan yang botak tu memang jenis yang malas nak gayakan rambut pun)

4) Rambut jenis jambul. (Sikat depan)

Jenis rambut sikat ke depan kata orang. Kalau dulu dekat sekolah budak-budak panggil rambut style gay-boy. Ingat lagi kan? Entahlah, aku pun tak tahu kenapa panggil gay-boy sebab aku tengok budak-budak gay tak ada pun buat rambut style macam ni. Tapi dari apa yang aku nampak budak-budak yang buat rambut style macam ni dulu memang ada nampak kasanova sikit. Antara style rambut yang popular jugalah dulu.

5) Rambut jenis sikat belah tengah.

Fashion rambut yang paling popular. Aku boleh bet yang kau orang (yang lelaki lah) dulu mesti pernah buat fashion rambut ni. Rambut mesti panjang dan tebal. Tepek-tepek minyak rambut banyak sikit lepas tu sikat rapi. Depan cermin saja nak gayakan rambut ni mahu makan 10 minit juga. Mana tidaknya, rambut ni lah dulu paling market sekali sebab semua pun terikut-ikutkan fashion David Backham. Lepas tu pula awek-awek mesti jeling-jeling punya. Dia punya bangga tu memang tak payah cakaplah kan? Kalau time perhimpunan pula, mesti pakai songkok sebab nak sorok rambut tu, kalau tak memang kena gunting free sajalah dengan cikgu displin.

Sudah semestinya rambut aku dulu fashion yang no.5 tu.
Memang habis style kot fashion tu dulu.
Memang merasakan diri ni adalah antara yang terkacak juga dulu.
Aha, aku tau tu tengah gelakkan lah tu.
Tapi bila tengok balik gambar-gambar zaman sekolah dulu memang kelakar.
Aku pun pelik kenapa aku buat gaya rambut macam tu dulu.

P/S : Ingat nak buat baliklah gaya rambut belah tengah tu. Baru terasa macam Tomok zaman New Boyz tu. Dulu ramai kot minat dekat dia sebab rambut dia belah tengah. Sejarah mungkin berulang.

P/S lagi : Kalau yang perempuan tu ceritalah dekat aku dulu kau orang rambut jenis apa yang style. Nak tau jugakan? Iya lah sebab dulu dekat sekolah semua pakai tudung, jadi tak boleh nak agak.

Friday, April 2, 2010

Mahu Culik Saya? Silakan Ya.


Sekarang ni aku rasa macam makin hari dunia ni semakin pelik.
Iya lah, sebab semalam aku ada baca surat khabar The Star.
Ada satu kolum ni yang aku baca yang buat aku rasa macam tak masuk akal pun ada.
Pelik juga sebenarnya tapi menarik.

Pay $4900 tp get yourself kidnapped for kicks.

Paris : Thrill seekers in France unimpressed by skydiving, rock climbing, bungee jumping and others extreme sports are turning to a new way of testing their limits to a designer kidnapping.
For a $4900 basic abduction package, customers r seized by strangers, bundled into a car, bound and gagged and kept in a cellar for about 4 hours or more. If that sounds too tame, boat chases and helicoptar escapes can be added to the tailormade experience. The company even promises to kidnap you in a realistic manner for examples when you leaving the supermarket, work and restaurant. They also offer other sevices such as manhunt - you can be the hunter or the hunted more like a scene in a James Bond movie.

Haa, aku tau kau orang mesti kepala sudah garu-garu, mata terkebil-kebil.
Apa macam, tak percaya?
Ni yang dikatakan kegilaan dunia kot.
Suka buat aktiviti yang lain dari yang lain.
Sebabnya mungkin nak rasa cabaran yang baru.

Bagi aku idea tu sudah cukup gila.
Mungkin pada pendapat aku, teori dia nak kan peserta experienced something dan dari situ peserta boleh deal with it better kot.
Tapikan ada juga best dia sebab boleh rasa macam mana jadi macam James Bond.
Oh, siapa oh yang tak nak jadi macam James Bond kan?
Siapa tak nak sila angkat tangan.

P/S : Agak-agak kau orang kalau aku nak buat package yang macam ni tapi lagi thrill macam ready nak kena langgar dengan komuter dekat KL Sentral ke or terlibat sekali dalam scene pengemboman berani mati ke, ada tak siapa nak join? Tak apa, tiada yuran penyertaan. Kalau nak join boleh terus sms ON CULIK ke 34567. Bawah umur sila minta kebenaran ibubapa.