Tuesday, November 17, 2009

Jalan-Jalan


Kembara Jalanan.

Hish.
Sudah lama tidak mengembara.
Jalan-jalan bercuti ke seluruh pelusuk negara.
Kali terakhir masa zaman diploma dulu.
Pusing seluruh Ipoh bersama Asrul Hadi.
Dari Kuala Lumpur ke Ipoh singgah ke Sri Iskandar dan kembali ke Shah Alam.
Seronok.
Tetapi selepas itu sudah tiada masa untuk berjalan.

Dalam kepala otak ini memang sudah bercadang untuk mengembara lagi.
Cadangan kali ini ;
1. Pulau Pinang
2. Indonesia
3. Borneo

1. Ya. Cadangan ni memang dari dulu lagi (betul tak Affnie, Ajai?) Tapi tidak pernah termakbul.
Banyak sangat rintangan dan permasalahan. Entahlah. Tapi kali ini memang ingin membuat perancangan terperinci. Tapi mungkin dengan sumber ekonomi masing-masing yang tidak menentu membuatkan pelan ini terbantut seketika.

2. Bali, Padang, Bandung, Jakarta. Kota-kota yang penuh dengan sejarah. Tapi disebabkan ketiadaan passport dan krisis kewangan yang sedikit meruncing jadi cadangan ini diletakkan pada tangga ke-2. Tapi masih mempunyai impian untuk touring around Indonesia.

3. Borneo. Destinasi pilihan. Tetapi bukan bersama rakan-rakan. Destinasi ini hanya bersama yang tercinta. Pulau Sipadan ; entah bila dapat jejak.

Hanya tunggu waktu sahaja.
Memang ingin mengembara.
Mencuci minda.
Membuang segala sampah sarap dalam diri.
Bak kata pepatah,
" Jauh perjalanan, luas perjalanan "

5 comments:

  1. weh.tggu aku da keje la.kite kumpul duit then pegi melancong ke bandung ke pe...kakak kwn aku keje bhgn ticketing.mybe leh dpt staff price..boleh fotorama byk2..arhh..tak sbr...tunggu ms yg seswai k aiman..one rite day pasti termkbol..

    ReplyDelete
  2. apa kata kita naik tren..... bak kata traveller - good night KL and good morning Singapore....

    ReplyDelete
  3. affnie : nnt ak ngan baijat nk backpack singapore..yeahhhaaa!
    baijat : jum,jum..=D
    bud : haha, penang spot paling menarik utk bercuti..=D

    ReplyDelete