Tuesday, December 22, 2009

Kecantikan Dan Rupa.


Cantik bahasa, cantik rupa paras.

Semasa bersembang bersama rakan kelmarin, aku terpikir juga beberapa perkara.
Dalam banyak-banyak topik yang dibincangkan secara sihat adalah antara rupa paras dan budi pekerti.
Apa yang dapat aku simpulkan semasa dan selepas perbincangan sihat (ok ok, tidak berapa nak sihat kerana beberapa orang rakan terlibat dengan aktiviti merokok dan perbincangan berlaku dalam keadaan berasap sentiasa) tersebut adalah :

1. Rupa paras = ok, Budi pekerti = tidak ok adalah bersamaan dengan tidak ok
2. Rupa paras = tidak ok, Budi pekerti = ok adalah bersamaan dengan ok
3. Rupa paras = ok, Budi pekerti = ok bersamaan dengan bonus!

Ya.
Memang ramai akan memilih pilihan no. 3 tu.
Tetapi bagi aku pilihan no. 2 pun ok juga.
Tidak guna kalau rupa paras menarik tetapi budi pekerti tidak cantik.
Betul lah kata-kata mak :
"Nak pilih calon hidup ni rupa paras tidak penting, yang penting budi pekerti"
Tambah mak lagi :
"Kalau dapat yang cantik manis tu dah kira bonus dah"
Cakap mak ni memang selalunya betul.

4 comments:

  1. ceh~~rupe paras xpenting konon!!tp kalo ang d`beri pilihan mesti ang nak yg comey2 je kan?kan??..

    ReplyDelete
  2. aku cantik tak? haha.aku memndg harta.rupe tak penting.hahahhaha..

    ReplyDelete
  3. ko dah dpt bonus ujung taun kan? (metaphorically speaking)

    ReplyDelete
  4. shura : mesti la, rupa paras ni mmg la bonus kn?kn?..ala,taste ang tu pon ak tau yg mcm maner..haha..=D
    affnie : bagus, kalau memandang harta tu lg advance la kn..hahah..=D
    ajai : ceh!komen ko tu xder kena mengena ngan entri di atas..

    ReplyDelete