Thursday, May 6, 2010

Letih Punya Pasal.


Petang tadi aku kemas kemas bilik yang dah macam tongkang pecah tu.
Memang habuk sekilo dia punya banyak.
Sejak sejak sakit ni memang aku tak lepak bilik pun.
Lepak dekat ruang tamu saja sebab senang apa-apa hal.
Jadi kesungguhan aku petang tadi membuatkan aku letih gila.
Jadi lepas kemas kemas bilik tu aku pun mandi dan terlelap.

Maghirib pun tiba dan mak aku pun dah bising bising suruh bangun.
Tak elok tidur time maghrib ni.
Setan banyak lalu lalang.
Mak aku berpesan berkali kali dekat aku.
Jadi dalam keadaan terpaksa (sebab syok oh tidur bila badan kau letih) aku pun bangun.
Ambil tuala terus masuk dalam toilet.

Dalam toilet aku terus basuh basuh muka.
Memang jenis aku ni basuh muka dulu baru gosok gigi.
Lepas basuh muka aku pun capailah pencuci muka.
Memandangkan muka aku ni jerawat dia sikit punya banyak jadi kekerapan untuk mencuci tu mestilah banyak.
Paling tak pun 3 kali sehari.
Jadi sedang sedang aku cuci muka tu aku rasa lain macam.
Ni apa pasal pulak ni? (detik hati aku)
Ni tak kan dah ada effect kot pencuci muka ni kat kulit aku? (aku mula jadi pelik)

Punyalah aku terkejut beruk yang aku buat cuci muka tadi bukan pencuci muka.
Tapi ubat gigi Fresh and White.
Patut lah berangin lain macam rasa dia.
Macam mana lah boleh tersalah ambil ni?
Ni mesti mamai bangun tidur tu tak abis lagi.
Sepanjang mandi tadi aku senyum sajalah sorang-sorang memikirkan kesengalan diri sendiri tu.
Ish ish ish.
Fresh and White oh Fresh and White.

P/S : Teringat dekat asrama dulu ada seorang kawan ni gosok gigi dengan pencuci muka. Memang terbaik dari ladang gigi dia punya putih. Aha =D

8 comments:

  1. haha (gelak x ikhlas sbb dh ngantok)
    ubt gg leh kecutkan jerawat...
    renung2 kan...
    slamat mencube...
    -zambri latip-

    ReplyDelete
  2. faridrul : kau tu ajaran sesat..malas aku nk ikut..kalau muka kau pon licin confirm aku ikut..ngeh ngeh =D

    ReplyDelete
  3. sila pakai tia amelia atao nath licinkn kulit punyer.tak tipu.hehe.

    ReplyDelete
  4. affnie : cadangan tu akan dipertimbangkan =D

    ReplyDelete
  5. gle la ko..xpnh aku penat gle pon cuci muke dgn ubt gigi

    ReplyDelete
  6. aminah : haa..nanti satu hari nanti akan jadi la benda sama mcm aku tu..aha..

    ReplyDelete
  7. reyna : letih oh! tu yg smpai jd cmtu tu..ahaha =D

    ReplyDelete