Friday, May 28, 2010

The Third.


Setelah sekian lama nak pergi tengok movie, akhirnya tercapai jugak hajat nak pergi semalam.
Tengok Shrek 3 dimana kalau siapa yang dah tengok Shrek 1 & 2 wajib tengok Shrek 3 ni.
Sebabnya cerita Shrek 3 ni ada banyak sinambungan dari cerita Shrek 1 & 2 tu.
Aku memang agak excited nak tengok cerita ni sebenarnya.
Iya lah, nak tau jugak ending cerita dia sebab dulu tengok Shrek 2 ingat dah abis dah rupanya ada lagi.

Sepanjang cerita memang aku tergelak habis.
Masih lagi maintain dia punya lawak jenaka.
Si Donkey dengan Si Puss tu memang sidekick yang kelakar buat Shrek.
Tapi dalam kelakar kelakar tu ada jugak moment sedih sedih.
Sedih sedih tapi aku bantai gelak jugak sebab tak boleh tahan kelakar weih.
Plot cerita menarik dengan satu dua plot yang dapat jugak tackle kita punya feeling tu.
Grafik pun semakin mantap jugak.
Untuk yang sukakan jenaka Shrek dan kawan kawan tu aku syorkan pergilah tengok.
Boleh jugak release-release tension kan?

Rating Filem : 8/10

P/S : Si Puss tu makin comel pulak dalam cerita Shrek 3 ni. Ahaha =D

Friday, May 21, 2010

Laughter Is The Best Medicine.




Jangan tanya mana aku dapat gambar ni.
Tapi gambar ni memang buat aku tergelak-gelak seharian.
Apa punya fashion lah bergambar macam ni.
Yang paling terbaik tu gambar dengan Rani Mukherjee tu.
Peh, kalau bagi orang kampung tengok memang bangga habis lah.
Tak dapat bergambar dengan artis betul gambar macam ni pun boleh.
Memang bright up my day la weih! =D

P/S : Affnie : Tak nak bergambar dengan Remy Ishak ke Fahrin Ahmad ke macam gambar atas ni? Ahaks! =D

Monday, May 17, 2010

Aktiviti Hujung Minggu.











Sudah seminggu tidak meng-update-kan blog ni.
Beberapa keadaan tidak mengizinkan aku untuk update sebenarnya (ceh, alasan!)
Okey, kaki aku sudah sembuh tapi tidak sepenuhnya.
Masih lagi terasa kebas dan lenguh tapi yang bestnya sudah boleh memandu kembali.
Jadi tiada lagi alasan untuk aku tidak keluar meng-enjoy-kan diri.
Sebab sudah 4 bulan duduk terperap dalam rumah memang bosan amat oh!

Hujung minggu adalah hari aku lepak bersama kawan-kawan.
Sabtu aku lepak sambil tengok show Bane (tak tahu sila google)
Lama gila aku tidak lepak tengok show since last November.
Jadi show Bane semalam memang puas dan terbaik.
Dapat tengok band kawan-kawan bermain memang best.
Sabtu memang enjoy.

Ahad aku lepak Shah Alam bersama kawan-kawan diploma dulu.
Keluar melepak bersama Affnierously, Wawan dengan Raffiuddin Roslan memang syiok!
Banyak gila benda nak catch-up balik dengan dia orang ni sebab masing-masing sudah balik ke kampung halaman.
Chances untuk melepak tu memang tak ada lah kan?
Dia orang datang Shah Alam pun sebab ada raptai konvo.
Jadi kesempatan ini tidaklah dilepaskan begitu jer kan?
Melepak bersembang dengan mereka memang mengembalikan memori balik.
Oh, rindu pulak zaman-zaman belajar dulu.

P/S : Kepada kawan-kawan diploma : Tahniah sebab dah habis belajar apa semua tu dan selamat menempuh alam pekerjaan. Nanti aku nak collect kat semua orang mintak belanja. =D

Sunday, May 9, 2010

Seharian Bersama Teman-Teman.


Sabtu semalam adalah hari paling gembira bagi aku buat ketika ni.
Sebab dapat hangout dengan one (or two maybe three) of my best friends dan dapat buat beberapa sesi fotografi yang tak seberapa.
Cuaca petang sabtu tu pulak hujan dan agak dingin.
Sebenarnya ia tidaklah menghalang aktiviti kami tu pun.

Dari Bangi aku yang ditemani Amir Fahrezat terus bergerak ke KL Sentral untuk menjemput Ahmad Faridrul Lizan, Marzawani dan Fauzyah.
Then dari KL Sentral kita orang menuju terus ke Sentul.
Sudah agak lama tidak menjejakkan kaki dekat KL PAC ni.
Jadi agak teruja sedikit (okey banyak sebenarnya..kau jakun aiman!) bila dah sampai situ.
Last jejak pergi KL PAC tahun 2006 kot itu pun sebab nak tengok teater yang dah lupa nama tu.

Selepas sesi fotografi dekat KL PAC, kita orang menuju ke Lake Garden.
Tukar venue sebab rupa-rupanya dekat KL PAC kalau nak bergambar sakan perlu mendapatkan permission.
Ceh! Memang potong betul lah kan?
Jadi keterujaan kami pada awal-awal tadi terus menerus bertukar jadi ke-hampeh-an.
Sebagai alternative Lake Garden menjadi pilihan walaupun hari sudah semakin gelap.

Selesai sesi fotografi di Lake Garden, kami menuju ke pasar malam Jalan TAR.
Okey, dah lama tak lepak kat pasar malam ni.
Jadi jalan-jalan lah kejap cari benda makan untuk lapik perut.
Kebetulan ada jual-jual buku, jadi memang tak sah lah aku kalau tak singgah.
Hasilnya, aku dapat menyambar satu novel (teruja!)

Okey, aku malas nak bebel banyak.
Enjoy gambar-gambar kat atas tu.
Selebihnya ada dekat facebook.
Kalau rajin pergi la tengok sendiri.
Terima kasih diucapkan kepada Amir Fahrezat dan Ahmad Faridrul Lizan untuk gambar gambar yang 'cun melecun cantik gila tertarik kau memang da-boom ni'.
Kepada yang berminat dengan hasil kerja mereka berdua ni bolehlah buzz diaorang.
Best oh sabtu semalam!

P/S : Affnie : Sorry! aku tau mesti kau nak marah marah dekat aku sebab tak ajak. Tapi next installment untuk sesi fotografi mesti ajak kau punya. Itu kalau kau dekat dekat area lembah klang. Kalau dekat lembah kinta tu susah siktlah =D

Thursday, May 6, 2010

Letih Punya Pasal.


Petang tadi aku kemas kemas bilik yang dah macam tongkang pecah tu.
Memang habuk sekilo dia punya banyak.
Sejak sejak sakit ni memang aku tak lepak bilik pun.
Lepak dekat ruang tamu saja sebab senang apa-apa hal.
Jadi kesungguhan aku petang tadi membuatkan aku letih gila.
Jadi lepas kemas kemas bilik tu aku pun mandi dan terlelap.

Maghirib pun tiba dan mak aku pun dah bising bising suruh bangun.
Tak elok tidur time maghrib ni.
Setan banyak lalu lalang.
Mak aku berpesan berkali kali dekat aku.
Jadi dalam keadaan terpaksa (sebab syok oh tidur bila badan kau letih) aku pun bangun.
Ambil tuala terus masuk dalam toilet.

Dalam toilet aku terus basuh basuh muka.
Memang jenis aku ni basuh muka dulu baru gosok gigi.
Lepas basuh muka aku pun capailah pencuci muka.
Memandangkan muka aku ni jerawat dia sikit punya banyak jadi kekerapan untuk mencuci tu mestilah banyak.
Paling tak pun 3 kali sehari.
Jadi sedang sedang aku cuci muka tu aku rasa lain macam.
Ni apa pasal pulak ni? (detik hati aku)
Ni tak kan dah ada effect kot pencuci muka ni kat kulit aku? (aku mula jadi pelik)

Punyalah aku terkejut beruk yang aku buat cuci muka tadi bukan pencuci muka.
Tapi ubat gigi Fresh and White.
Patut lah berangin lain macam rasa dia.
Macam mana lah boleh tersalah ambil ni?
Ni mesti mamai bangun tidur tu tak abis lagi.
Sepanjang mandi tadi aku senyum sajalah sorang-sorang memikirkan kesengalan diri sendiri tu.
Ish ish ish.
Fresh and White oh Fresh and White.

P/S : Teringat dekat asrama dulu ada seorang kawan ni gosok gigi dengan pencuci muka. Memang terbaik dari ladang gigi dia punya putih. Aha =D

Monday, May 3, 2010

Movie Marathon.



Siapa yang tak suka tengok movie marathon?
Sila angkat tangan.
Aku rasa yang tak suka tu memang jenis tak sukakan hiburan kot.
Tapi ada ke yang tak sukakan hiburan?
Okey, minggu lepas aku tengok dua movie.
Kalua ikutkan nak tengok tiga movie tapi macam malas pulak jadi dua pun okey kot.

First, aku tengok When In Rome.
Cerita ni memamg typical hollywood pasal romantik komedi.
Biasalah kalau cerita cerita romantik komedi keluaran hollywood ni.
Kau orang mesti dah boleh agak ending dia.
Cuma apa yang boleh dipuji tu ialah lakonan Kristen Bell dengan Josh Duhamel tu agak bagus lah.
Plot cerita pulak ada sedikit kelainan.
Tu yang menarik sikit tu.
Yang lain lain mungkin bagi aku tiada kot?
Kelakar pun hanya kelakar yang biasa biasa.
Aku rasa baik tunggu DVD copy keluar baru kau orang tengok cerita ni.

Second, aku tengok cerita Iron Man II.
Haa, cerita ni memang yang paling ditunggu-tunggu sekali.
Scene action dia memang terbaik dari ladang.
Memang epic habis.
Dari scene dekat track monaco tu sampai lah scene gaduh dengan Ivan Vanko tu memang buat aku melopong weih.
Tapi aku kecewa sikit sebab time gaduh dengan Ivan Vanko tu sekejap saja dia kalahkan.
Agak mengganggu klimaks jugak lah.
Dari awal sampai habis memang cun cerita ni, cuma part tengah tengah cerita agak slow sikit.
Mungkin strategi dia orang atau apa pun aku tak tau lah kan?
Lain-lain overall memang sangat okeylah cerita ni.
Memang sangat-sangat aku recommend kau orang pergi tengok.
Tapi pada yang tak tengok Iron Man I mungkin akan blur sikit dengan cerita ni awal awal nanti.

Rating When In Rome : 5.5/10

Rating Iron Man II : 9.5/10

P/S : Ajai : next time tengok movie bawak sekali pampers eh? tak payah nak keluar keluar banyak kali pergi toilet. Kan? =D