Monday, January 11, 2010

Tergelak Atau Digelak?


Raja Lawak.

Dalam orang ramai sibuk-sibuk ingin menonton AJL semalam, aku seperti tiada apa-apa nafsu pun ingin menonton kerana konsep juara lagu itu sendiri bagi aku sudah lari jauh dari kebiasaan.
Contohnya seperti tahun dimana kumpulan rock kangkang Search, akak Gee kita Fauziah Latif, Aishah, Ramlah Ram bertanding, lagu-lagu pada waktu itu sangat sedap sehingga tidak jemu untuk mendengarnya berkali-kali.
Tapi kali ini aku sepatah haram pun tidak kenal dengan artis-artis (kononnya artis) yang bertanding.
Apatah lagi lagu-lagu yang mereka nyanyikan.
Entah.
Mungkin bukan minat aku.

Bernasib baik kerana pada malam AJL semalam ada satu lagi rancangan yang dapat menarik minat aku untuk menekan button di remote control astro.
Saluran 105, astro Prima.
Tidak lain, tidak bukan.
Raja Lawak.
Sebenarnya tidaklah lawak sangat pun.
Tetapi tetap ada 2-3 orang yang dapat membuatkan aku tergelak berdekah-dekah.
Bagi aku musim ini Raja Lawak menampilkan kelainan.
Juri-juri sudah bertukar, cara memberi komen dan ulasan pun sudah lain.
Konsep itu sendiri agak berlainan dari musim lepas.
Tetapi tetap okey bagi aku.

Apa yang dapat diperhatikan, 2-3 orang peserta ada potensi untuk pergi jauh, hanya perlu untuk polish dan mantapkan jalan cerita.
Lawak tu sudah ada, isi cerita sudah ada.
Cuma perlu untuk polish lebih sedikit sahaja.
(Cewah!dah macam juri pula)
Peserta seperti Idlan, Faiz, Kecik,An2 ada keistimewaan yang mampu membuat penonton tergelak.
Yang lain hanya biasa-biasa sahaja.
Tidak lebih tidak kurang.
Bukan ingin tergelak dengan lawak meraka, tetapi ingin tergelak dengan gaya peserta yang tidak lawak langsung, hanya memperbodohkan diri sendiri (Ingat lagi Amir RL3?)
Aduh.
Apa-apa pun, aku terhibur dengan Johan dan Zizan sebenarnya.
Kadang-kadang lawak mereka lebih terhibur berbanding peserta.

4 comments:

  1. lalala... patut laa acab ajak ko tanak turun ye.

    cis.

    aku tade astro, aku terpaksa mendengar perkembangan raja lawak dari korang2.

    sape2 yg korang pomot, itu lah yg akan ku perhatikan.

    beb, ada video 18++ neh. ending terbaik beb. tggu sampai ending tau.

    http://www.youtube.com/watch?v=chwgdrQAUfw

    ReplyDelete
  2. juara lagu semalam aizat-pergi.lagu paling drama aku untuk tahon lepas.hehe.

    ReplyDelete
  3. aku suka layan lagu GSC - Raja Lawak

    ReplyDelete
  4. ajai : haha..raja lawak lg best drpd hiburan2 glemer tu..ceh!..disebabkn you tube tu ak da popular sekejap..=D
    affnie : xbest,xbest..haha
    baijat : tp johan ngan zizan yg lawak sebenarnyer..=D

    ReplyDelete