Friday, January 15, 2010

Polis Oh Polis


Ini Realiti.

Semalam, aku ke stesen Petronas berdekatan rumah untuk mengisi minyak kereta.
Suasana sayu dan sunyi.
Dalam pada aku ingin mengisi minyak, aku terpandang sebuah kereta polis

'Ish, ada masalah ke?Tidak pernah polis parking dekat sini, lagi-lagi malam macam ni'
Detik hati kecil aku.

Aku pun teruskan agenda aku untuk mengisi minyak kereta.
Tiba-tiba perut aku membuat hal.
Dengan tidak membuang masa, terus aku berlari-lari anak ke tandas.
Semasa memenuhi hajat, aku terdengar perbualan yang lebih kurang begini.

'Mana kau punya permit?' (suara berlagak)
'Enggak ada pak'
'Huh?! tiada? pengenalan diri?'
'Pun enggak ada pak'
'Haa, baguslah kalau macam tu..senang sedikit kerja aku' (suara mengugut)
'Maafin gue pak, gue tidak bersalah' (suara merayu)
'Berapa kau ada dalam poket kau tu?' (suara mengugut secara keras)
'Enggak ada wang pak..maafin gue pak' (suara merayu lagi)
'Kau jangan nak tipu akulah!' (suara menengking)
'Bagi semua yang ada, kalau tidak nahas!' (suara menengking lagi)
'Maafin gue pak' (suara sedih+merayu-rayu)
'Haa, bagus..cukup la ni!'(suara puas)
'Hahahah' (gelak beramai-ramai)
'Ish,ish bagaiamana gue mau balik pak, duitnya itu untuk tambangnya teksi pak' (suara sedih+merayu-rayu)
'Itu kau punya pasal, buat salah sendiri mau tanggung..lain kali buatlah macam ni lagi'
'Hahahaha' (gelak beramai-ramai)

Aku tergamam sebentar.
Terbantut untuk melepaskan hajat.
Aku berasa kecewa dengan lagak anggota polis tersebut.
Selama ini aku hanya mendengar cerita rakan-rakan, tetapi semalam aku dengar dengan telinga sendiri.
Seperti kata orang putih ;
'Loud and clear'

Ceh!
Tidak guna jadi polis kalau macam ni.

P/S : Penghayatan untuk makna lambang polis itu sendiri tidak diterap.

4 comments:

  1. Lain kali ko rakam je....bg kat SPRM....

    kekadang aku dok fikir nape la diorg sanggup wat mcm tu.....

    kalau catch and release xpe lagi tapi
    dah jadi macam tu

    Pasal dah wat benda macam tu, mula kerja yang di buat x berkat, bila x berkat dah x jadi ikhlas, bukan jadi ibadah sebab niat x betul,

    Tidak hairanlah crime rate susah nak turun pasal orang-orang macam tu la juga penyumbang kepada rate....

    ReplyDelete
  2. apabila ia dianggap sebagai normal, maka itu sudah menjadi satu masalah.

    aku paham bahawa sukar nak mendapatkan kesemua anggota polis yang jujur apatah lagi dalam usaha mereka nak menambah anggota memandangkan ketika ini cuma ada kira2 30'000 polis untuk 2.7 juta rakyat.

    tapi harga yang perlu dibayar negara amatlah tinggi apabila pemakan2 rasuah ini berleluasa.

    oh ye, aku juga pernah tengok depan mata. dats why aku terasa normal.

    ohh...

    ReplyDelete
  3. ni pengalaman kezen aku.ade road block.kene tahan.dorang bukan tanya ade lesen ke tak, tapi tny no.handphone ape? nnt leh msg2.haiyak.

    ReplyDelete
  4. baijat : ak paham maksud ang, ang dulu polis kn?..=D
    ajai : disebabkn normal la diorg naik lemak..
    affnie : haha..tu bkn mata duitan tu buaya darat..=D

    ReplyDelete