Friday, January 8, 2010

Aktiviti Minggu Ini.














Jalan-Jalan Cari Makan.

Jalan-jalan mencari port untuk makan memang syok.
Lagi-lagi kalau dapat makan di tempat yang agak santai dan tidak seberapa sibuk dan ramai orang.
Lokasi pada kali ini agak berlainan.
Kerana tempat ini pertama kali aku jejak hasil daripada buah mulut orang yang mengatakan tempat makan ini sangat berbaloi.
Jadi aku mengambil keputusan untuk mencuba.
Tidak salah untuk mencuba.
Tidak sedap lain kali tidak payah datang.
Kalau sedap boleh datang selalu.

Menu kali ini : Masakan Bali
Whoa!
Nampak macam sedap bila pertama kali melihat menu.
Rambang mata ingin pilih kerana kesemuanya nampak menggoda dan menggiurkan.
Aku memilih 'Balinease Chicken Salad' bersama 'Garlic Bread'.
Memang berlainan cara persembahan menu ini.
Tidak seperti garden salad yang selalu aku pesan di kafe-kafe terkemuka.
Untuk minuman aku hanya memilih 'Apple Juice'
Yang menariknya ialah pencuci mulut pada hari itu.
'Ace Kacang'
Memang menarik.
Apatah lagi ais kacang memang kegemaran aku.
Suasana di sini pula amat tenang sehingga dapat rasakan yang kita seperti berada betul-betul di Bali.
Sungguh mengasyikkan.
Memang sangat berbaloi.
Puas dan kenyang.

Restoran Pilihan : Bumbu Bali, Puchong
Rating : 9.5/10

P/S : Affnie : haruslah mencuba kerana pasti cik suka, sgt suka dengan suasana disini
Shasha : jom la lepak kat sini,ajak Kaza skali. Best wooo!
Noorhashura : nanti diner jom kat sini sebab nak makan 'Ace Kacang', amacam?
FaridLo : amacam menu dia?ada berani?
Maaf, disebabkan asyik nak makan sampai terlupa mengambil kemeriahan dan gambar sendiri dan rakan-rakan.

5 comments:

  1. mahal ke tak wei?kalau btul sedap mahal mmg berbaloi-baloi la haha

    ReplyDelete
  2. sasha : ala harga mcm tmpt standard tu tp memang sedap abis la..jom try..=D

    noorhashura : a.d.a...=)

    ajai : ahaha..tau pon xper..jom bali!

    baijat..jgn pergh,mari ke sini jom..=D

    ReplyDelete