Saturday, February 27, 2010

Kaki Oh Kaki.


Ish!
Tidur pun tidak lena sebab kaki ni asyik berdenyut.
Seksanya.
Sampai bila mau macam ni?
Hadoih.

Friday, February 26, 2010

Ice Ice Baby.


Time-time panas macam sekarang ni memang best kalau dapat makan Ais Kacang.
Memang nikmat habislah kan?
Macam orgasme tu.
Lagi-lagi kalau letak kacang, sirap, air gula merah dengan susu cair lebih.
Lepas tu pula ada kismis, gula kundur dengan buah laici.
Memang syok habis!

Wednesday, February 24, 2010

A Wish For A Good Friend.


I hope that you will get through that operation tomorrow.
I hope that my prayers and good wishes can have some positive effect on tomorrow's event.
Wishing you well babe.

Tuesday, February 23, 2010

Shop-a-holic


Mari membeli-belah.

Kaki masih tidak baik, tapi fikiran asyik nak keluar membeli-belah.
Banyak betul barang-barang yang ingin dibeli.
Bernafsu sungguh engkau ni Al-Aiman.
Ceh!
Ye la, ye la.
Mana tahan beb, hampir 5 minggu lepak rumah.
Jadi keinginan untuk membeli belah tu memang tahap maksimumlah.

Terus sahaja on pc, browse blogspot.
Terus shopping.
Ya.
Kemudahan sekarang dihujung jari.
Banyak juga barang yang aku dibeli.
Memang buang duit betul tapi tak boleh nak dibendung.
Nampak yang smart sikit terus click.
Nampak yang harga berpatutan sikit terus click.
Sekarang sedang menunggu bungkusan sampai di rumah.
Masih tersenyum sehingga kini.

Monday, February 22, 2010

Art Attack.


Semalam aku dapat tawaran untuk melukis batik.
Yeah!
'Thats kinda make me excited because drawing batik is one of my dream'.
Jadi semangat tu memang membuak-buaklah kan.
'Now i'm only search the coolest and simplest design and adapt my own design to make it something simple'.

Sunday, February 21, 2010

Joke Of The Month.


Geli hati.

Semalam aku terbaca surat khabar keluaran kosmo yang dibeli oleh abah aku.
Apa yang menghiburkan hati adalah headline 'Najib terharu sokongan padu peminat Facebook'.
Memang aku tergelak besar walaupun hanya membaca headline sahaja.
Eh.
Apa ni?
Dalam sejam boleh terima lebih 200 komen?
Weih!
Come on la, tak logik langsung ok.
Boleh fikirlahkan dalam sejam tu tidak akan ada serentak 200 orang yang ingin sangat meng'komen' Perdana Menteri Malaysia yang berjiwa rakyat ni kononnya.
Memang kelakarlah.

Kemudian ada kolum kecil berkenaan PM Malaysia ini yang kononnya popular dengan mempunyai lebih 92,000 orang kenalan.
Dan kenalan semakin meningkat minggu demi minggu.
Mungkin lagi 2-3 bulan kenalan Perdana Menteri Malaysia ni akan mencecah 1 juta orang kenalan.
Mungkin juga kan?
Aduhai.
Agak-agaklah kan, PM Malaysia ni baca ke tidak komen-komen kau orang?
Agak-agaklah kan, PM Malaysia ni betul ke reply komen-komen kau orang?
Agak-agaklah kan, PM Malaysia ni tau ke nak upload gambar dia dekat dalam page dia tu?

Huh.
Seperti ungkapan Nabil Raja Lawak :
' Lu pikir la sendiri '

P/S : Semakin hari, semakin banyak benda-benda mengarut yang dibuat oleh pemimpin negara.
Bullshit!
Oh ya!
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Yeah!

Saturday, February 20, 2010

Brain Freeze.


Aduh.

Sudah lama tidak keluar berjalan.
Memang tepu kepala otak ni.
Hampir sebulan lebih hanya memerap dalam rumah.
Makan.
PS2.
Tidur.
Kadang-kadang terasa macam orang zaman paleolitik.
Nasib baik kehadiran rakan-rakan datang melepak di rumah sambil menonton liga juara-juara eropah minggu ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa bosan.
Tambahan pula dengan kemudahan untuk access internet sudah available.

Haih.
Mengidam inginkan hoodie Pull & Bear.
Terasa macam nak pergi One Utama habiskan duit gaji untuk shopping.
Yeah!

Friday, February 19, 2010

Apa Cerita Ni?










Kebodohan tahap melampau.

Kenapa aku boleh terpengaruh dengan cerita mat salleh ni?
Entah.
Tapi disebabkan kebosanan melanda diri aku, aku layankan saja cerita ni.
Ceh!
Memang tiada motif pun cerita ni.
Selama menonton cerita ni pun aku banyak kali menyumpah seorang diri.
Memang betul-betul ingin memesongkan akidah.
Nasib baik dulu khatam sekolah agama dengan cemerlang.
Kalau tidak memang boleh terpengaruh habislah.
Habiskan duit, habiskan masa.
Apa pun tidak dapat.
Hampeh!

Rating filem : 4.5/10

P/S : Ini semua salah Ajai. Ceh!
Haha =D

Wednesday, February 10, 2010

Ketinggalan.


Yeah!
Jarang update sebab tiada access untuk ber'internet'.
Jadi agak bersawang blog ni.
Akan kembali aktif bila sudah ada access dan sudah sihat.

P/S : Yeah! I know that no one care.
Haha.

Thursday, February 4, 2010

Boredom II


Yeah.

Tempoh hari aku ke hospital, appointment doktor untuk check kaki aku ni.
Setelah kaki ni di x-ray untuk kali kedua, didapati bahawa tulang kaki ni masih sama keadaannya seperti baru-baru patah hari tu.
What?!
Sudah 2 minggu lebih masih tidak sambung lagi tulang kaki ni?
Aku menjadi panik seketika melihat x-ray tersebut.
Dalam kepala memang macam-macam aku fikir.
Apa yang ditakutkan ialah kaki ni tidak boleh berfungsi kerana yang patah dekat kawasan sendi.
Itu memang diakui sendiri oleh doktor.
Sampai aku pun ter'mencarut' dekat doktor tu kerana keceluparan mulut beliau.
Memang takut.

Sekarang aku diberi cuti tambahan selama 3 minggu lagi untuk menunggu tulang kaki ni sembuh sepenuhnya.
Memang bertambah boringlah aku duduk dirumah.
Arghhh!
"Someone please take me out, i'm bored as hell!"