Friday, April 29, 2011

Kawan atau Lawan?


Benda ni rasanya kau orang pon dah biasa dengar.
Pasal kawan kawan yang menyusahkan kita.
Pasal kawan kawan yang bagi kita baik tak payah nak cakap yang dia tu layak bergelar kawan.
Aku rasa kat dunia ni tak ada kawan yang betul betul kawan baik.
Tu pada pendapat aku lah.
Pada kau orang aku tak tau lah kan?

Sebab aku cakap macam tu banyak sebenarnya.
Tapi malas nak kupas sebab benda ni dah berkali-kali rasanya kau orang baca atau dengar.
Jadi kat sini aku nak kau orang semua bagi pendapat atau komen pasal soalan yang akan aku ajukan ni.

Persoalan dier begini :

" Harus ke kita gelarkan mereka ni kawan kalau mereka ni ingin kan balasan atas setiap perbuatan dia? dan haruskah kita gelarkan mereka kawan kalau meraka ni berat hati nak menolong kita tapi kita ni tolong mereka macam nak gila?"

Haa, aper lagi.
Jawab jangan tak jawab.
Tiada masa diberikan dan jawablah selama mungkin.
Aku perlukan jawapan sebab benda ni dah lama aku pikirkan.
Sama-samalah kita pikir.
Terima kasih ya.

P/S : Aku setuju ngan Calvin.

Tuesday, April 26, 2011

Minggu Peperiksaan


Sekarang ni aku hanya study untuk paper 3hb dengan 5hb ni.
Iye, dua paper jer untuk semester ni.
Land Law dan Intro to Architecture.
Tapi nak study tu memang bercinta sikitlah.
Sebab buku yang nak baca tu memang tebal macam yellow pages.
Nak buat macam mane, layankan saja.
Periksa oh periksa.

Tuesday, April 19, 2011

Bosan


Pagi nanti pukul 9 ader test Construction.
Memang aku tak der mood langsung nak jawab test pagi nanti.
Jadi sambil-sambil aku study (study ke agak-agak?), aku pon sebok lah menconteng.
Sebab dah lama tangan ni tak menconteng.
Sebab kepala otak ni rasa tak nak study.
Sebab memang nak conteng-conteng.
Jadi rasa gatal pulak.
Memang sekarang aku bosan.
Bosan yang amat.
Alahai.
Bosan oh Bosan.

Monday, April 18, 2011

Garis Mati


Alhamdulillah.
Segala-galanya sudah selesai.
Tak der la semua, tapi segala project dan esaimen dah selesai.
Yang tinggal hanya test dan final exam sahaja.
Jadi lepas sudah beban yang ditanggung nak siapkan final project dan esaimen semua tu.
Sekarang hanya fokus pada test minggu ni dan seterusnya untuk final exam bulan depan.
Tidak dilupa kepada final presentation khamis ni.

Eh, macam banyak jer ni.
Bukan ke tadi aku cakap tinggal sikit ke?
Kenapa macam banyak balik jer ni?
Adoiyai, aku pulak yang jadi pening balik.

P/S : Selamat periksa akhir semesta rakan seperjuangan.

Sunday, April 10, 2011

Kedamaian





Semalam aku lari dari kesibukan aktiviti harian.
Rasa ingin lari ke kampung.
Jadi, aku ke Kuala Selangor.
Memang perjalanan ni tak dirancang langsung.
Kepala otak ni sudah kusut dengan pelbagai esaimen dan project sampaikan rasa macam dah jem dah otak ni.

Bila sampai disini hilang segala masalah.
Esaimen, project semua aku dah tak ingat.
Hilang dari kusut kusut bandar.
Tenang dan nyaman.
Memang syok duduk kampung.

P/S : Next trip nak pergi belah belah utara pulak. Mesti lagi syok.

Wednesday, April 6, 2011

Iye, aku tau.


Iye, aku tau.
Aku memang banyak complaint.
Banyak sangat.
Sampai kadang kadang kawan kawan pon naik rimas.
Aku complaint pon sebab aku tak puas hati.
Aku tak puas hati sebab aku nak kan jawapan.
Jadi sebab tu aku complaint (banyak).
Lagi banyak aku complaint, lagi puas la hati aku sebab aku dapat jawapan kepada persoalan yang aku nak tau.
Sekian.

Monday, April 4, 2011

Major Renovation.


Alhamdulillah.
Selesai sudah major renovation bilik aku.
Memang dari bulan lepas lagi nak buat.
Tapi sibuk yang melampau.

Jadi dikesempatan yang ader pada malam ni yang agak bersenang lenang ni, aku pun merajinkan lah diri ni.
Hasilnya?
Berbakul-bakul debu dan sampah.
Berbeg-beg plastik besar aku angkut bawak keluar rumah.
Amboi, ni sampah berapa bulan punyalah agaknya ni.

Jadi sekarang agak selesa sebab bilik pun dah kemas.
Mood nak study pun adalah sikit.
Sikit jer lah.
Okeylah tu daripada tak ada langsung.
Nak pegi sambung esaimen sebab dah ada mood balik ni.
Bye.

Sunday, April 3, 2011

S>E>R>O>N>O>K.


Baru sahaja sampai dari melaka.
Memang meriah dan seronok walaupon penat yang teramat sangat.
Tapi memang berbaloi sebab batch aku bolot majoriti semua kategori yang dipertandingkan.
Tapi yang paling aku bangga dan seronok team futsal aku juara.
Memang akan ingat sampai bila-bila.
=D

P/S : Gambar akan di-upload-kan dalam masa terdekat. Kalau aku rajinlah. Haha.

Friday, April 1, 2011

In The Middle Of Nowhere


Hai semua.
Tadi sebab bosan, macam-macam la aku google.
Sampai kat satu belog ni aku terjumpa benda ni.
First time tengok memang pelik.
Iye lah, aper yang tak pelik nyer kan?
Store Prada kat tengah-tengah gurun.

Gila ke hapa?
Haha.
Jangan pelik, benda ni semua hasil kerja budak mat salleh yang sudah sememangnya tak ada kerja.
Sebab aper?
Sebab store Prada hanya store semata-mata dan tak ada pintu masuk pun.
Hanya tingkap besar tu jer.
Ini sebab ianya hanya art-installation kat tengah-tengah gurun tu.
Kerana nak mengelakkan driver yang drive kat highway berdekatan tu boring.
Jadi ia telah secara tak langsung jadi jugak billboard.
Memang marketing strategy.
Kenapalah benda-benda macam ni kita tak penah nak terfikir eh?

Awal-awal tu memang aku terfikir jugak, aperlah yang gila sangat store Prada ader kat tengah-tengah gurun ni.
Haha.

P/S : Layout belog dah tukar. Sejuk sikit mata memandang. =D