Thursday, April 29, 2010

Gila Bola.


Sambil sambil menunggu game Champion League antara Barcelona dengan Internazionale tadi, aku saja saja online kejap.
Biasalah, nak membunuh masa kononnya.
Jadi seorang kawan ni buzz lah aku dekat facebook aku.
Haa, aku sudah ada facebook (fyi) berkat doa kawan-kawan yang tak sudah sudah nak aku open account facebook tu.
Meh meh add aku then kita dapat merapatkan lagi ikatan silaturahim yang sedia terjalin tu.
Tak gitew u'olls?

Si Polan : Aiman, kau buat apa tu? Online jer lah kau eh?
Mohammad Al-Aiman : Alahai, tak ada buat apa pun. Tunggu bola kejap lagi ni ha. Kau?
Si Polan : Haa, eloklah tu. Aku pun nak tanya pasal bola ni. Apa pasal lelaki minat sangat bola eh? Tak rimas ke haa?
Mohammad Al-Aiman : Ler, apa punya soalan la dey? Nak rimas apanya?
Si Polan : Oit, aku tanya ni confirm confirm lah bersebab.
Mohammad Al-Aiman : Haa. Apa pasal?
Si Polan : Ni si ***** boyfriend aku tu. Minat sangat bola. Naik muntah aku. Asal dating jer mesti nak balik awal. Alasan dia nak tengok bola. Hish!
Mohammad Al-Aiman : Ler, dah namanya lelaki mesti lah minat bola. Kang kalau minat dekat alat alat make up tu kau nak ke?
Si Polan : Ahh kau ni, asyik asyik nak back up si ***** tu. Sama jer lah kau orang lelaki ni.
Mohammad Al-Aiman : Yang kau nak angin sangat ni apa pasal ni? Period ke hape?

Haa, tu antara petikan dari conversation aku dengan kawan aku tadi.
Nak tulis semua malas jadi aku ambil point sajalah.
Punyalah nak marah marah kawan aku tadi tu.
Rupanya point pasal bola jer pun.
Ish ish ish.
Okey lah tu boyfriend kau pergi tengok bola.
Ni aku nak bagitau sikit ni.
Lelaki memang normal lah kalau tengok bola.
Kau orang-orang perempuan tu kenalah terima kalau kalau boyfriend kau orang tu minat bola.

Aku kadang kadang rimas jugak tengok kawan kawan aku yang bila tengok bola bawak girlfriend.
Kalau girlfriend diaorang tu okey aku tak kisah sangat.
Ni macam macam perangai.
Ada yang sampai bergaduh gaduh sebab boyfriend nak tengok bola tapi girlfriend tak nak.
Lepas tu ada yang kelakar, boyfriend tengok bola tapi girlfriend tunggu dalam kereta buat muka masam.
Weih, kalau iya pun tak suka layankan sajalah.
Tak letih ke duduk dalam kereta tu?
90 minit beb, tu belum lagi campur masa tambahan.
Peh, memang kebas bontot weih.

Jadi kepada member aku tadi (tu kalau kau bacalah blog aku)
Kau tak payahlah nak rimas rimas ke hape ke dekat boyfriend kau tu.
Biarlah tengok bola pun, dari dia buat benda tak berfaedah.
Kenalah give and take kan?
Kau ingat dengan kau marah marah tu dapat halang dia dari tengok bola ke?
Tak dapat la weih.
Lelaki ni kalau dah minat bola tu memang susah nak tinggal.

P/S : Barcelona kalah tadi dengan 2-3 aggregate. Damn la weih! Tapi tak kisah sebab barca pegang game. Barca pegang bola 75%-25%. Nampak sangat Milan main defensive gila vavi.

Wednesday, April 28, 2010

Satu Kali Lima Sama Dengan Lima (5-FIVE-KHAMSAH)


Okey, aku telah di-tagged oleh miss Syida Shukor.
Yeah!
Big clap for her (Clap!Clap!Clap!)
Kau orang should check her blog out.
Sebab bagi aku its interesting la.
Serious weih.
Tu bagi aku la, tak tau la kalau kalau selera kau orang lain dari aku kan?

Tapi ada jugak peraturan dia :

- Copy award ni macam dapat Grammy Award
- Bagitahu siapa dan link blog pemberi award ni
- Tajuk post mesti ada perkataan 5-FIVE-KHAMSAH
(yang ni aku tak tahu kenapa nak kena tulis FIVE-KHAMSAH tu, tapi layankan sajalah)

Lepas tu kena jawab 10 soalan (jawab soalan tu mesti kau orang dah biasakan?):

1) 5 nama samaran kamu:

  • Man
  • Aiman
  • Wong (yang ni kawan kawan sekolah panggil, aku tau aku tak macam cina tp ni sebab nama aku macam pemain bola sepak MPPJ dulu jadi cikgu aku bagi aku nama tu)
  • Mohd (ni panggilan kat rumah)
  • Badja (yang ni kawan kawan hatkor panggil, jangan tanya kenapa)
2) 5 tarikh paling penting dalam hidup kamu:
  • Dah sah sah hari aku keluar dari perut mak aku : 02/10
  • Ni abah punya harijadi : 15/04
  • Ni mak punya harijadi : 25/06
  • Hari lahir keputeraan Rasulullah (kalau kau orang tak tau la) : 12 Rabiulawal
  • Ni kalau tak tau aku rasa baik kau orang pindah Bangladesh : 31/08
3) 5 perkara kamu buat semalam:
  • Tidur
  • Makan
  • Sambung main Playstation 2 ; Fifa10
  • Online sepanjang hari
  • Tengok bola AFC Champion League ; Suwong Bluewings v Singapore Armed Forces
4) 5 perkara yang buat kamu gembira:
  • Tidur
  • Makan makan dan makan
  • Reading : sudah semestinya lah kan?
  • Tengok bola, makan bola, tidur bola
  • Online : sejak ada kemudahan ni memang setiap hari pun online..haha..=D
5) 5 drama/ filem kegemaran kamu:
  • Gol dan Gincu : sebab fazura hot kot?..=D
  • Filem tamil : filem ni menggambarkan realiti kehidupan. Apa ada hal kan?
  • Gerak Khas
  • Roda Roda Kuala Lumpur
  • Sembilu Kasih
6) 5 hobi kamu:
  • Melukis : yang ni memang favourite kalau ada idea mencurah-curah confirm tak berhenti lukis.
  • Berenang : second favourite kalau dapat pergi berenang akan berendam dari pagi sampai petang.
  • Reading : semua benda pun akan baca even risalah iklan multilevel sekalipun.
  • Melepak : haa, ni boleh jadi hobi ke? since selalu sangat and memang suka melepak ni kan?
  • Tidur : ni paling syok di alam semesta ni =D
7) 5 orang yang kamu suka/sayang:
  • Mak Abah
  • Atok Nenek
  • Adik Abang Kakak
  • Makcik Pakcik
  • Kawan Kawan
8) 5 tempat percutian idaman kamu:
  • Barcelona : boleh tengok bola
  • Madrid : boleh tengok bola lagi
  • Milan : boleh tengok bola lagi lagi
  • New York : boleh pergi library dia yang architecture dia tu sangat meruntuh perasaan.
  • Boston : budak budak hatkor mesti tau kenapa kan? aha..=D
9) 5 sebab kamu jawab soklan ni:
  • Entah
  • Tak tahu
  • Sebab di-tagged kot?
  • Sebab Syida Shukor suruh pick up soalan ni dekat blog dia.
  • Kena jawab sampai lima kali ke?
10) 5 orang yang kamu nak tag :
P/S : Sila abaikan gambar di atas.

Sunday, April 25, 2010

Sabtu Kerja Half Day, Ahad Public Holiday.


Lepas tengok bola semalam pergi lepak dekat Azura.
Kononnya nak lepak sekejap saja, last-last lepak sampai tengah malam.
Ramai semalam yang lepak.
Adalah dekat 20 orang juga.
Yang peliknya kawan-kawan aku ni, kalau tak set perjumpaan tu memang ramai saja yang datang.
Tapi kalau dah beriya-iya telefon, sms semua pun macam haram.
Mesti ada juga yang tak datang.

Sambil-sambil nak tunggu bola start tu, Afiq Aziz mengutarakan isu tentang kenaikan dan penyelarasan gaji Pengawal Keselamatan.
Memang masing-masing pun memberikan pendapat dan pandangan.
Kebetulan salah seorang dari kawan aku tu kerja sebagai pengawal keselamtan.
Jadi topik yang dibincangkan itu agak releven jugalah bagi aku.

Afiq Aziz : Bagus la jugak tu Najib buat macam tu. Untung la **** sebab gaji naik. Gaji pokok pulak tu. Belum tambah dengan elaun semua bagai.
Herry : Haa, **** tu kerja sabtu ahad ke?
Ashraf Zaidon : Haah. **** tu ahad dia public holiday. Tapi sabtu dia separuh akhir (muka confident ditambah dengan senyuman yang manis sambil menghirup minuman)

Aku dengan kawan-kawan lain memang bantai gelak.
Apa pasal pulak separuh akhir Ashraf Zaidon oi!?
Sabtu tu separuh hari la weih, half day.
Bukan separuh akhir.
Ingat ni kejohanan bola sepak 9 sebelah west country ke?

Herry : Haa. Elok lah tu, ahad nanti si **** final la kan?

P/S : Banyak sangat tengok bola punya pasal la ni. =D

Wednesday, April 21, 2010

Bali Trip Yaw!









Hari ni memang hari yang tak produktif bagi aku.
Satu hari ni aku duduk lepak rumah saja.
Main Ps2, online, tengok movie, makan, tidur.
Jadi bila malam mak ajak dinner, makan luar.
Memang aku tak lepaskan peluanglah.
Keluar ambil angin luar.
Duduk terperap dekat rumah memang rasa tepu kepala otak ni.

Malam tadi aku gerak pergi Giant Puchong dengan mak dan adik aku.
Mak nak singgah sebab nak cuci mata katanya.
Rupa-rupanya baru aku perasan, cuci mata tengok emas.
Mak ni kalau sudah masuk kedai emas, memang akan lepak dalam tu lama-lama.
Aku rasa lebih kurang macam aku lepak minum dekat kedai mamak saja mak lepak tengok emas tu.
Barulah aku perasan dan dapat rasa perasaan abah kalau keluar dengan mak.
Memang lama mak dekat kedai emas tu.

Lepas beli belah barang dapur dekat Giant, perut masing-masing pun berkerongcong.
Aku pun memang dalam kepala nak makan sedap.
Jadi kita orang pun terus menuju ke Restoran Bumbuu Bali yang betul-betul dekat dengan Giant tu.
Ini juga first time aku bawak mak makan dekat sini.
Terkesima jugak orang tua tu bila bawak makan kat tempat macam ni.
Geli hati aku tengok gelagat mak.

Menu malam ni kita orang pilih yang biasa-biasa saja.
Mak nak kongsi dengan adik aku.
Kenyang lagi katanya.
Entah iya, entah tidak tapi aku layankan sajalah.
Menu : Nasi Campur Bumbuu Bali, Garden Chicken Salad, Watermelon Juice, Special Cappucino.
Seperti biasa makan dekat sini memang terbaik dari ladang.
Kalau kau orang ada dekat-dekat area Puchong ni, aku cadangkan try makan dekat sini.
Belum cuba, belum tahu kan?

Rating : 9/10

P/S : Sasha : Amacam? Nanti bawak lah Kaza makan dekat sini. Sedap Oh! Dari hari tu kau nak aku bawak pegi sini kan? =D

Sunday, April 18, 2010

Senandung Semalam.


Semalam memang hari yang penuh dengan kisah seronok-bengang-suka.

Pagi :

Okey, pagi-pagi aku sudah keluar rumah.
Menuju ke UiTM Shah Alam sebab aku perlu menghadiri temuduga untuk sambung belajar. Temuduga berjalan lancar dan seperti yang di duga para panel penemuduga semuanya lecturer aku time belajar dulu.
Jadi agak santai temuduga tu berlangsung.
Tapi memang ramai sangat orang tadi.
Semuanya bersemangat berkobar-kobar aku tengok.
Aku pula merasakan diri ni sudah nampak tua sebab yang datang temuduga tu majoriti average umur 18-20.
Wah,wah.
Memang nampak sangat kot muka dia orang semuanya muda remaja lagi berbanding dengan aku.
Barulah aku perasan yang aku ni sudah sedikit berumur (ceh! perasan muda kau ni)

Tengah hari :

Lepas temuduga terus aku gerak ke Shah Alam City Centre.
Jumpa mak dengan abah sebab hari ni nak celebrate birthday abah.
Makan dekat Kenny Rogers.
Sudah agak lama juga tidak makan.
Memang sedap oh Kenny Rogers.
Lepas makan aku pergi Maxis Centre.
Sedang-sedang menunggu giliran, ada seorang makcik dengan anak dia ni datang.
Gaya memang agak berlagak sikit.
Okey, tu aku tidak kisah pun. Lantak dia lah nak berlagak ke apa kan?
Tapi apa yang buat sakit hati tu, makcik tu selamba adab saja terus pergi kaunter dengan tak ambil nombor giliran.
Dengan erti kata lain potong line lah.
Potong line aku pulak.
Memang aku rasa nak mengamuk (kalau kau orang pun aku rasa confirm nak mengamuk jugak)
Aku pun tegur lah makcik tu dengan penuh tatasusila sebab aku sudah lama tunggu tak kan nak bagi terus dekat dia kan?
Banyak lemak makcik ni.

"Makcik, nombor giliran boleh ambil dekat sana eh?"

Sambil tunjuk-tunjuk dekat kaunter nombor giliran.
Makcik tu buat muka tak puas hati.

"Makcik tak nampak ke atau nak saya tolong ambilkan?"

Aku saja cakap kuat-kuat bagi semua orang dengar.
Bukan aku nak kurang ajar atau apa, tapi tak kan nak biarkan orang macam ni kan?
Muka makcik tu dalam tak puas hati tu jadi merah.
Terus dia tarik anak dia sambil bisik-bisik dan jeling-jeling aku (anak dia aku agak dalam umur 18-20)
Eh, tolonglah makcik oi.
Awak tu sudah tua. Tak kan adab tu tak reti lagi?
Lepas tu tunjuk sikap tu dekat anak kau tu.
Memang elok lah.
Emak borek, anak rintik nanti.

Malam :

Makcik aku datang bertandang ke rumah.
Jadi bila sudah ramai-ramai memang wajib untuk buat makan-makan besar.
Sekali lagi Dominos Pizza menjadi menu pilihan.
Memang meriah plus makcik aku ada baby baru jadi sepanjang malam tu asyik main saja dengan baby tu.
Baby tu comel oh!

P/S : Abah, Happy Birthday. Semoga panjang umur dan di limpahi rezeki. Amin.

P/S lagi : Baru aku perasan satu hari tak makan nasi. Sehari tak makan nasi memang akan rasa lain macam. Tekak melayu tapi acah-acah orang putih. Aha =D

Friday, April 16, 2010

Temuduga Jawatan Pegawai Kanan Kerajaan.


Aku check benda ni semalam dekat web portal.
Kelik gambar untuk detail.
Doakan aku ya kawan-kawan.
Sekarang nak pergi prepare portfolio oh!
Perasaan : Gembira!

Wednesday, April 14, 2010

1-300-888-333 ; Nombor Bertuah Hari Ni.






Duduk rumah sorang-sorang memang tak best langsung.
Diulangi tak best langsung.
Jadi disebabkan kebosanan yang melampau dan kelaparan yang tidak dapat nak bendung tu, aku pun gatal-gatal lah tangan pergi telefon Dominos Pizza.
Okey, hari ni tekak ada sikit orang putih.
Sebab baru lepas tengok drama orang putih scene makan pizza.
Jadi ada sedikit terpengaruh disitu.
Ala, biasalah terpengaruh tu kan?
Kau orang pun sama dengan macam aku jugak.

Oleh kerana kelaparan yang memuncak, nafsu makan aku lebih sikit hari ni.
Jadi aku pun order lah Pizza BBQ Chicken Cheese lebih lebih, Twisted Garlic Bread dengan Cheese Onoin Ring.
Dominos pizza memang sedap dan makan pun tak muak.
Harga pun murah dan delivery pun free.
Jadi instead of Pizza Hut, aku lagi prefer Dominos Pizza.

Rating : 8.5/10

P/S : Makan pizza sorang-sorang memang syok oh! Tak percaya pergi try, tapi jangan makan dekat kedai lah. Nanti orang ingat kau orang ada crisis hidup pulak kan?

P/S lagi : Dah makan habis Onion Ring tu baru perasan gambar tak tangkap. Hampeh! Satu lagi, operator tu tulis nama aku Mr.Ainan. Alahai, dah lain maksud dah tu.